Kaki Spam Mengganas

Uhh, mentang-mentang saya 'meninggalkan' blog selama sehari, berjujukan komen spam masuk ke dalam ruangan komen entri-entri saya. Maaf, komen berbentuk spam link memang saya tak layan, dan saya akan delete, dan saya tag sebagai spammer.

Kaki Spam Mengganas

Ini adalah satu bentuk tindakan yang saya lakukan untuk mereka yang tinggalkan komen semata-mata untuk promosikan entri mereka dalam link. Kalau sekali dua, tak mengapa ... saya izinkan. Tetapi kalau sampai 77 komen yang sama .... anda memang tidak layak berada di sini. Saya padam dan saya hantar report profile anda sebagai seorang spammer. Saya tiada toleransi kepada perbuatan sebegini.

Saya bukan apa, kalau nak komen ... biarlah kena cara. Nak komen, komenlah dengan betul. Setakat nak kata entri ini bagus ... lepas tu berjela dengan link entri anda dalam setiap entri-entri dalam blog ni, memang saya naik hangin la.

Hilang hormat saya pada mereka yang lakukan perkara seperti ini. Orang lain saya tak pasti, tapi bagi saya ... anda memang akan saya reject terus-terusan.

Maaf kalau tindakan ini agak keterlaluan, tetapi cara anda ini akan menjadi ikutan orang lain. Dan perbuatan anda adalah tidak baik untuk sesebuah blog.

Mohon jangan lakukan perkara begini. Ruangan komen itu dibuka untuk anda komen pendapat, luahan, cadangan serta ketidakpuashatian anda, bukan nak berjela letak url link yang saya tak minat nak baca. Maaf. Kalau anda seorang bertanggungjawab, hentian perbuatan anda itu.

kaki spam ruang komen blog mengganas

{ 12 comments.. read them below or add one }

deno deno December 08, 2013
pernah juga dapat macam tu, deno terus delete.. sebab tu perlu ada approval sebelum deno publish komen
Ezad Skytech Ezad Skytech December 08, 2013
blog sy kalau sehari tu memang lebih 50 komen masuk dalam SPAM...memang delete terus la...
Encik Afendi Encik Afendi December 08, 2013
Spam memg sentiasa byk....
Ezelovesse7en Ezelovesse7en December 08, 2013
bukan ni cuma spam robot? yg memang akan sentiasa menghantar link ke mana2 blog yg dia crawl... memang spam2 mcm ni cuma nak jual link dorang je... sy pun bnyk dapat juga.. tapi google automatik block jadi ia x appear dalam entri yg terbaru. cuma appear dalam entri2 yg lama.
cleverspider55 a.k.a alam1cinta cleverspider55 a.k.a alam1cinta December 08, 2013
Hahaha..tu kira dah melampau tu kalau sampai mcm tu.Bukan komen tu,memang promosi habis..
Sabar je lah.
MY@R MY@R December 08, 2013
memang pn..bukan saja pengunjung malaysia..malah pengunjung luar negara pn beri spam kt blog saya..tetapi memang tidak akan dilayan..
Carlos Santiago Carlos Santiago December 08, 2013
sama la kita. penat aku nk delete.
Khir Khalid Khir Khalid December 08, 2013
Mmg perlu berhati2 ni.. t kasih diatas peringatan HH..
weschairs weschairs December 09, 2013
Baru nk letak link.. koh koh koh gurau ja k
Erza Japar Erza Japar December 09, 2013
uiks...bhaya ni spam..eheh

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.