Hanya Kerana Bekalan Air Tiada

Air. Hari tu saya dah cakap betapa pentingnya air untuk manusia. Dan tengok, saya buktikan bahawa tanpa air, manusia jadi tak keruan. Hanya menerusi satu entri informasi berkaitan ketiadaan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur, trafik blog ini melonjak lebih 10 ribu sehari! Bekalan air tiada, blog dapat trafik....hehehehe

Satu informasi yang bersifat kritikal memang disukai ramai, terutama pencari maklumat. Sifat desperate yang ada telah membolehkan blog saya menerima trafik tanpa disangka. Nasib baik ia merupakan informasi sebenar yang saya kongsi dan bukan entri ntah apa-apa yang boleh buat orang yang baca rasa geram cam nak gigit telinga.

Hanya Kerana Bekalan Air Tiada

Alhamdulillah, 10 ribu pageviews dijana pada 17 Disember 2013, memberikan maklumat mengenai kawasan-kawasan yang terjejas dengan keputusan bekalan air bersih yang telah diumumkan oleh Puspel. Harapnya entri itu bukan sahaja menggembirakan saya tetapi memberikan maklumat berguna pada mereka yang terjejas dengan masalah ini.
Tips dapat trafik menerusi Facebook


Tahu apa yang telah saya buat? Saya mula kesan entri tersebut mula dapat perhatian pada 16 Disember, lalu saya giatkan lagi sebaran dengan Google+ dan tweet entri terbabit, termasuk juga berkongsi informasi tersebut di beberapa fanpage tertentu di Facebook.
Tips dapat trafik menerusi Facebook dari hasrulhassan.com

Bantu Orang Lain Dengan Cara Kongsi Informasi

Walaupun entri ini tidak ada kena mengena dengan diri saya secara langsung, tapi saya ada kawan-kawan yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur. Saya mungkin bebas daripada masalah tersebut, tapi apa yang mampu saya buat ialah menyebarkan informasi mengenai gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur kepada rakan-rakan dan teman menerusi laman sosial. Nak tulis menerusi SMS ... errkk banyak guna modal tu .. hehehhee...

Tak sangka kerana kongsi di Facebook, entri tersebut menerima hampir 1000 likes dan boleh dikatakan antara entri blog saya yang dapat jadi viral kecil dalam laman sosial.

Anda juga boleh kongsi dan berikan manfaat pada orang lain; dan in Sha Allah, dengan niat mahu bantu apa yang terdaya, blog anda akan dapat tempiasnya.

5 comments.. read them below or add one

Zamani Abe Zamani Abe December 19, 2013
nice info! len kali leh cuba gak ;)
Sukma Haron Sukma Haron December 19, 2013
tip yang baik....tajuk yang penting menjadi buruan orang ramai.....
Amirul Bin Ramli Amirul Bin Ramli December 19, 2013
Sangat bijak.. Haha. kagum saya dibuatnya. lepas ni akan cuba cari yang hangat sebelum buat entri. =)
shahfir yusof shahfir yusof December 20, 2013
nie antara cara untuk tingkatkan pageview..isu semasa...hh ada bagitahu dulu..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.