Dulu Blog Mereka Dikenali Tetapi Kini Terkubur

Sejauh mana iltizam kita untuk terus berada di dalam dunia blog Malaysia? Baru ini saya dapat tahu ada rakan blogger yang satu ketika dahulu cukup terkenal dalam dunia blog, malah blog mereka pernah berada di dalam majalah. Hebat tak hebat, penangan majalah memang boleh buat seorang blogger itu dikenali ramai. Tapi sayang, saat indah itu seketika cuma.

Saya lihat ramai blogger terutama wanita berhenti berblog setelah berumahtangga. Ada kebaikan dan keburukan. Itu pilihan dan hak mereka. Saya pasti ada alasan mereka tidak lagi berblog dan menutup blog mereka yang sudah terkenal itu. Masing-masing ada pandangan dan pendapat, dan saya hormati atas pendirian kukuh itu.

Dulu Blog Mereka Dikenali Tetapi Kini Terkubur

Inilah dunia blog Malaysia. Kejap naik, kejap turun. Kejap dikenali lepas tu ... tuan punya blog dan blog pun tak tahu apa cerita. Ini bukan kisah satu, kisah dua, malah dah lebih berdozen yang begitu.
Dulu Blog Mereka Dikenali Tetapi Kini Terkubur

Jadi, itulah, seperti pernah saya katakan, populariti dikecap hanya seketika, esok lusa tiada siapa yang tahu. Jika dulu, usaha sana sini untuk menaikkan nama blog tetapi last-last ... dibiarkan sepi dan akhirnya keluar 'Blog not found'. Sayang bukan?

Ada yang cuba nak naik, tetapi tak berjaya. Mereka tutup blog.

Ada yang dah dapat naik, dan mula dikenali tetapi .... mereka juga akhirnya tutup blog.

Segalanya tanpa diduga dan tanpa dirancang.

Maka, buat rakan-rakan blogger, tetapkan sasaran untuk tahun mendatang. Apa sebenarnya yang anda mahukan menerusi blog anda - populariti? anugerah? capai pendapatan online sendiri? mahu memberikan sesuatu kepada dunia?

Hilang lama, baru mengganti. Blogger baru bercambah mekar setiap hari. Persoalannya ialah samada mereka akan terus kekal, atau menjadi seperti rakan blogger yang saya katakan tadi.

Mahu menjadi blogger hebat? Cuba contohi Kak Kujie. Walaupun sudah boleh dianggap pangkat nenek, dia merupakan antara blogger yang terbaik - sentiasa kongsikan sesuatu yang menarik dan bermanfaat, dan terus terusan menabur jasa dan membuat budi sebagai seorang blogger sejati!


6 comments.. read them below or add one

Kak Tie Kak Tie December 17, 2013
betul tu..patah semangat,kekangan masa..semuanya ada...
Ezad Skytech Ezad Skytech December 18, 2013
cara bahagi masa nak berblogging tu penting...kalau tak kena gaya...memang selamat tinggal la dunia blog...
Lynn Munir Lynn Munir December 18, 2013
Nak mula jadi blogger tu agak senang,tapi nak mengekalkan aktiviti terus berblogging tu yang payah.
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah December 18, 2013
minat berblogging sahaja yang memboleh blogger itu bertahan..
izan mama mia izan mama mia December 18, 2013
sayangnya kalau blog dah dikenali di ttp pula...
Fizi Zaidi Fizi Zaidi December 18, 2013
dianggap nenek ehh..apa pun berblog x mengenal usia..all the best semua :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.