Cara Tanggani Malware Dalam Blogspot

Adakah anda ada masalah dengan malware di blog anda? Jika ada, anda patut baca entri ini bagi memastikan blog anda sentiasa bebas daripada malware. Malware bahaya untuk kesihatan blog anda kerana ia akan membuatkan blog anda tidak dapat diakses, malah ia juga akan menyebabkan blog anda disenaraihitamkan oleh Google.

Cara Tanggani Malware Dalam Blogspot

Jadi, bagi memastikan blog anda sentiasa bebas daripada malware, anda sepatutnya mendaftarkan blog anda dengan Google Webmaster Tools.

Apakah Itu Malware?

Oh ya, anda mungkin tak berapa pasti apakah itu malware. Malware adalah singkatan kepada Malicious Software, atau perisian merbahaya. Ia biasanya dianggap sebagai ancaman kerana kebolehannya untuk mengumpul data-data sensitif seperti kata kunci, id, kata laluan, maklumat bank dan sebagainya. Malah, seandainya komputer anda terkena jangkitan malware, komputer anda mungkin boleh diakses oleh orang lain.

Jadi dalam bab blogging ini, andainya blog anda punyai malware, kemungkinan maklumat yang ada dalam blog anda termasuklah kata laluan akaun Google, akaun Nuffnang dan seumpamanya dicuri tanpa anda sedar. Malware dalam blog selalunya berkaitan dengan script tertentu yang diletakkan dalam blog terutama di bahagian widget blog.

Mungkin awalnya script tersebut tidak berbahaya, tetapi kerana faktor-faktor tertentu; ia boleh dijangkiti oleh virus dan menjadikan ia satu script yang merbahaya untuk mereka yang menggunakannya; yang pastinya oleh blog-blog dan laman web.

Daftarkan Blog Untuk Cegah Malware di Google Webmaster Tools

Untuk itu, dengan mendaftarkan blog anda dengan Google Webmaster Tools, blog anda akan dipantau dan anda akan menerima pemberitahuan seperti di bawah.
Pemberitahuan tersebut akan disertakan dengan tindakan yang sewajarnya anda buat untuk hilangkan ancaman malware tersebut. Dalam contoh di atas, apabila saya dapat pemberitahuan, tanpa gagal terus saya padam bahagian yang dikatakan punca adanya malware tersebut.

Saya diberitahu bahawa terdapat satu script yang digunakan telah dikompromi dan mengandungi arahan-arahan untuk mengumpul data-data tertentu dalam blog ini. Jadi, saya padamkan terus dan sudah pun maklum kepada pihak Google.

Pihak Google akan ambil masa selama 48 jam untuk memeriksa kembali kandungan blog supaya benar-benar bebas dari ancaman malware.

Namun, untuk tindakan susulan, anda boleh gunakan perkhidmatan percuma online bagi periksa samada blog anda tidak ada lagi mengandungi malware.

Hati-hati dengan widget yang anda guna dalam blog. Ia mungkin akan jejaskan kesihatan dan keselamatan blog anda.





{ 14 comments.. read them below or add one }

anyss anyss December 08, 2013
Assalamualaikum,
Terima kasih dengan info ni...dapat ilmu baru
Carlos Santiago Carlos Santiago December 08, 2013
betul tu. sebaiknya jgn guna widget... lagi selamat.
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim December 08, 2013
Thanks....malahan saya langgan dari US untuk setahun....baik kalau boleh dapat yang percuma.
MyCherita MyCherita December 08, 2013
igtkan komputer shj yg ada malware..blog pon boleh terkena... tq for sharing tuan,,
Ainul Hamid Ainul Hamid December 08, 2013
Terima kasih En Hasrul atas perkongsian ini
Nurfaezah Abdullah Nurfaezah Abdullah December 08, 2013
kena daftar ngan google webmaster ne
sha my heart sha my heart December 09, 2013
saya dah buka Google Webmaster Tools tapi banyak pula arahannya. Kurang faham. Kena cari tutorial nampaknya.

Apa-apa pun, terima kasih sebab sudi berkongsi. =)
Amirul Bin Ramli Amirul Bin Ramli December 09, 2013
Saya baru daftar webmaster tools ni. Bagus juga ada analisis untuk traffik blog
Sukma Haron Sukma Haron December 09, 2013
nice sharing...boleh diapplikasikan.......
Auntie Kemai Auntie Kemai March 03, 2015
salam admin, kalau malware di wordpres bagaimana nak elak yer? Thanks in advance
Top Seo Friendly Top Seo Friendly November 22, 2015
Tak sangka ya blog pun boleh dijangki malware, rupanya blog pun perlu diimbas dengan anti malware atau anti virus.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.