Nampaknya pengaruh blogger semakin kuat di Malaysia. Ramai yang nampak impak besar yang boleh diberikan oleh blogger. Semakin ramai di luar sana yang mula mengiktiraf blogger. Peluang makin terbuka untuk blogger Malaysia menyerlah, diketahui dan dikenali.
Blogrrr - Malaysia Largest Blogger Gathering 2013

Blogrrr - satu usaha oleh MYNIC Berhad untuk memberikan lebih pendedahan antara blogger dan pembaca, serta masyarakat umumnya. Blogrrr adalah satu penganjuran untuk menemukan, menghimpunkan dan mempromosikan blog-blog yang ada di Malaysia.

Blogrrr - Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia 2013

Menerusi himpunan ini, akan cuba direalisasikan himpunan penulis blog terbesar di Malaysia - di dalam Malaysia Book of Records. Difahamkan banyak blog terkenal yang memberikan sokongan perhimpunan ini termasuklah Amanz.my, BlogSerius, BeautifulNara, Arena Kereta dan beberapa blog lain. Malah ada selebriti popular tempatan yang akan turut serta seperti Ally Iskandar (isterinya kan ke blogger), Iqram Dinzly (juga blogger) serta Marsha. Malah, penampilan khas blogger Nisa Kay dan Aman Firdaus juga dikatakan akan memeriahkan perhimpunan ini.

100+ Blogshop Booth Disediakan

Menerusi Blogrrr ini akan ada booth untuk para blogger yang ada blog niaga, dengan pendaftaran hanya RM50 sahaja. Dianggarkan ada lebih 100 gerai blogger akan dibuka.

Selain itu terdapat juga lebih 10 bengkel seminar yang akan diadakan. Jadi, ada peluang untuk menimba ilmu berkaitan blog daripada blogger-blogger terkenal Malaysia.

Saya juga difahamkan ada anugerah tertentu akan diberikan buat blog-blog Malaysia, dan pencalonan sedang dijalankan untuk diadili. Kategori yang dipertandingkan untuk anugerah blog tersebut adalah  
  1. Best Blogshop (for blog that sells online)
  2. Best IT & Gadget Blog
  3. Best Art & Photography Blog
  4. Best Entertainment Blog
  5. Best Food & Travel Blog
  6. Best Sports Blog
  7. Best Fashion & Beauty Blog
  8. Best Family & Health Blog
  9. Best Personal Blog
  10. Best Automotive Blog 

Perhimpunan ini terbuka buat semua, bukan setakat blogger sahaja. Sesiapa jua boleh hadir dengan kemasukkan percuma. Ia akan diadakan di MIECC, Mines pada 14 Disember 2013.


Untuk info lanjut anda boleh semak di blogrrr.my atau facebook blogrrr.


 

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Blogger Malaysia semakin meningkat! Buktinya? Setiap hari Alexa traffic ranking (global rank) blog saya makin kurang tapi traffic rank in Malaysia tiba-tiba makin cepat bertambah, ni menunjukkan bahawa makin banyak blog atau laman web dari Malaysia yang sedang naik!

    BalasPadam
  2. blogger semakin diiktiraf di Malaysia..terbaik tu!

    BalasPadam
  3. blogger semakin diiktiraf, satu berita yg baik ni.

    BalasPadam
  4. Berita yang baik un tuk Blogger Malaysia...semakin di iktiraf...
    Alhamdulillah...


    x0x0 ^___^

    BalasPadam
  5. Seiring dengan perkembangan dunia global, Blogger bakal diiktiraf sebagai
    kerjaya satu masa nanti, masa tu mana-mana blogger otai bolehlah demand kl ada jawatan CEO Blog...ecehceh..:)terima kasih info ni HH..

    BalasPadam
  6. bella da book the booths. see all there ^_^

    BalasPadam
  7. Wah. Bagusnya... Macam nak pergi je. =)

    BalasPadam
  8. jangan lupa singgah ke booth saya no.26.jumpa di sana ok..peace!!

    BalasPadam
  9. Menarik sgt, tapi tak dapat pergi..tiket mahal hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement