Langkau ke kandungan utama

Bila Blogger Berlagak Sebagai Wartawan

Hentikan berlagak seperti seorang wartawan. Cukup-cukuplah entri yang kaut bulat-bulat dari media massa. Saya nampak ramai blogger yang ambil jalan mudah dengan cekup dari A sampai Z sesuatu berita, walhal mereka tiada sedikit pun informasi sebenar mengenainya.

Saya pernah melakukan kesilapan ini. Naif. Hanya kerana mahukan trafik mudah, saya cedok bulat-bulat berita, tak ada ungkapan atau tulisan yang saya tulis sendiri. 100 peratus tiru. Memang mudah, tak perlu nak susah payah fikir ayat, tak susah payah nak pergi dapatkan maklumat terperinci.

Itu kesilapan pertama, kesilapan dan salah kedua saya ialah tiada backlink diberikan, malah nama penulis asal artikel tersebut saya tak nyatakan. Kasihan pada yang penat lelah tulis berita dan cerita tersebut. Semua ini kerana gara-gara mahu menempatkan blog di carta trafik blog dan laman web Malaysia. Oh ... alangkah salahnya saya ketika itu.

Tulis entri, yang ambil dari sumber berita, ambil dari blog orang lain ... lepas tu tutup mata, dan kaku jari untuk tulis sumber dari mana. Apabila kena tanya dek pengunjung blog; tak dapat nak menjawab, diam senyap ... nyata ketika itu saya tidak bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis dan sebarkan.

Berlagak seolah inilah tulisan milik saya. Berlagak seperti seorang wartawan, tapi haram ... tak ada satu nota yang ada di atas meja pun apabila menulis entri tersebut. Hanya menggunakan Ctrl-C dan Ctrl-V. Mudah cepat buat entri. Siap terus terbitkan, kemudian hebah sana sini di laman sosial.

Jangan lakukan kesilapan ini. Jika anda mahu menjadi seorang blogger yang dihormati, disegani, dan mempunyai kredibiliti sebenar, hentikanlah buat entri yang berlagak seolah anda seorang wartawan yang terkejar sana-sini mencari berita.

Jika mahu sebarkan berita dan isu semasa sekalipun, buat secara betul, buat seperti seorang blogger dan bukan seperti seorang wartawan. Anda ada pendapat sendiri - nyatakan. Anda ada pengalaman unik - ceritakan. Anda mahu ulas - buatlah ayat sendiri. Keunikan menjadi blogger, ialah anda menulis bukan atas arahan, anda tulis tanpa perlu ke meja editor dan anda menulis kerana ia luahan, pemikiran, serta emosi anda.

Yakin dengan kemampuan diri anda dalam menulis dan menerbitkan entri sendiri. Mengapa perlu bergantung kepada orang lain? Mahu jadi blogger sebenar, maka belajarlah jadi blogger ... dan bukan berlagak sebagai seorang wartawan.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Setuju sgt. Saya harap orang2 yang berkenaan (you know who you are) ambil nasihat HH ni. Tq for sharing HH..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga ambil pengajaran dari entri sendiri .. saya juga tak sempurna mana, mudah lupa dan hanyut dek kerana trafik blog.

      Padam
  2. memang tu... banyak sangat blogger copy n paste dari berita.. pastu take backlink. kesian dan penat yang menulis tu...

    BalasPadam
  3. terkena pada diri sendiri jugak....macam saya, berita dan story yang disiarkan biarlah mendapat persetujuan dan tepat untuk disiarkan...selalunya entry mengenai 'TENTERA' di blog saya mendapat kerjasama dari pelbagai pihak dengan begitu baik sekali tetapi ada back link........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita ingat mengingati sesama sendiri, bukan nak hentam tapi nasihat sebb nak lihat dunia blog Malaysia lebih dihormati.

      Padam
  4. btul tu setuju sgt...langsung x letak back link.Pastu bile trafik laju msuk canang satu malaysia...blog popular...yang paling kasihan orang yang mencari sumber tu....Saya hrp org2 yg berkenaan sedarlah...bersederhana itu penting....dikuatiri cpt naik cpt turun....

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum...bro HH,

    benar sekali penyataan nie.. yg lemah kena tanya apa nak jawab jika sesuatu entry itu copy paste..kan dah.

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, itu antara pengajaran yang saya ingin kongsikan... tulis biar bertanggungjawab dan tahu apa yang dikongsikan.

      Padam
  6. Nak buat macam tu tidak salah..cuma berikan kredit kepada si penghasil artikel..jangan main copy paste ja..lepas tu berikan lah pandangan sendiri terhadap berita atau artikel itu..jangan hanya seronok sebarkan berita tanpa memikirkan kredibiliti sebagai blogger..dari www.tepakku.com

    BalasPadam
  7. Hukum ALLAH SWT pun..manusia TAK TAKUT...main hantam semacam...inikan pulak hukum BLOGGER...sukahati masing masinglah...NIAT penulis blogger...TAK SAMA weh...

    BalasPadam
  8. sy stuju..skit ati juga klau org copy paste xkredit ni...

    BalasPadam
  9. terima kasih en.hasrulhassan :) saya suka blog ini.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …