Belajarlah Dari Kesilapan - Bila bercuti, biasalah .... blog kena letak jauh sikit. Nanti ada yang marah, kecualilah kalau bercuti tu atas sebab kerja sebagai seorang blogger. Weihh adalah .. blogger yang kerjanya 'bercuti'. Aha, dan pastinya entrinya akan berkisah mengenai percutiannya. Saya pun akan sesekali kongsikan kepada anda beberapa kisah percutian saya kepada anda semua. Mana tahu, ada tips menarik percutian yang boleh dijadikan panduan.

Ok, entri kali ini saya ingin menulis mengenai kesilapan. Kesilapan yang sering kita lakukan di dalam hidup. Mujur ada blog. Mengapa? Sebab blog boleh bantu diri untuk kenal-pasti kesilapan itu, dan perbaikinya di masa hadapan. Dan paling bagus, kesilapan yang kita buat, boleh kita beritahu pada orang lain supaya tidak mengulanginya.

Belajarlah Dari Kesilapan

Belajarlah Dari Kesilapan
Inilah kelebihan yang ada pada mereka yang ada blog. Blog bukan sekadar penulisan untuk orang lain, tetapi untuk diri sendiri. Dan sebenarnya, wujudnya awal blog adalah untuk diri sendiri dan ... barulah untuk orang lain. Ramai yang menjadi blogger sekarang, lebih suka menulis untuk orang lain lalu mengabaikan apa yang perlu untuk diri sendiri. Bila pengabaian ini berlaku, maka penulisan jadi kurang ikhlas dan kurang jujur.

Berbalik kepada belajar dari kesilapan. Ya, tadi tu juga merupakan kesilapan ramai blogger sekarang, menulis untuk orang lain, yang pada masa sama ketepikan apa yang mahu ditulis bagi diri sendiri.

Belajar dari kesilapan, bukan setakat belajar punca, tetapi belajar juga cara nak baiki kesilapan yang dilakukan. Sering yang dilakukan ialah kita angguk akan kesilapan yang telah dibuat, tetapi tidak merencanakan cara untuk atasi, atau elak.

Kita baca blog A, kita sedar kesilapan tersebut mungkin berlaku, tetapi kita tak ambil kesah mengenai jalan penyelesaian. Jadinya, apabila berlaku, kita tergagap mencarinya.

Kita sendiri buat kesilapan, kita beritahu apa silap kita, tapi jalan keluar tak diberikan.

Maka, apa yang kita buat ibarat separuh jalan. Belajarlah dari kesilapan bukan bermaksud kita anggap tahu oh itu salah dan ini salah, tetapi kita mesti elas dari melakukannya sekali lagi. Dan untuk elak, kena ada langkah dan tatacara. Inilah ramai yang kurang beri perhatian, akibatnya selalu je berlaku pisang berbuah dua kali.

Serius. Saya sendiri pun dok terbuat benda yang sama.

Maka, elakkan berlaku, sediakan penyelesaian dan belajar cara betul untuk belajar dari kesilapan.


18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ya, kita sentiasa buat kesilapan. Bila kita silap seeloknya kita dapat perbetulkan kesilapan. Kalau tak perasan kesilapan kita, in sya Allah akan ada orang yang cakna menegur...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Nabi dah pesan, Allah juga dah pesan ... mengapa kita pula yang enggan berpesan-pesanan? Ye tak?

      Padam
  2. Assalam
    Membetulkan kesilapan diri , belajar mengenal diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, kita diberikan waktu untuk menilai apa yang telah kita buat .... kalau ajal datang, memang tak dapat dah.

      Padam
  3. sama-sama lah kita scan diir tuk perbetulkan balik

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Nak berlari .. kena kasik lutut berdarah dulu .. ye tak?

      Padam
  5. benyak benda yang kita boleh lakukan untuk perbaiki diri..... menarik jugak, dgn blog boleh kesan kesilapan... dan fikirkan cara memperbaikinya... :)

    My recent post : Aku Barista, Peminat Tegar Kopi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kita boleh jadikan blog kita sebagai satu alat untuk kita ketahui mana silap dan salah langkah kita dalam hidup.

      Padam
  6. kesilapan mengajar kita erti kehidupan dan kedewasaan........

    BalasPadam
  7. Belajar dari kesilapan untuk memperbaiki diri. Jika tidak diperbaiki ia akan terus menghantui kita. Kita akan sentiasa rasa bersalah.

    BalasPadam
  8. Bila belajar dari kesilapan kita akan cepat ingat.

    BalasPadam
  9. Banyak yang boleh belajar jika ada kesilapan. Jarang kita buat jadi teruskan. Mesti akan ada juga salah di mana-mana.

    BalasPadam
  10. kesilapan memang tak dapat nak elak terutama bagi perkara baru... tetapi boleh diminamakan dengan cara mencari maklumat yang berkaitan.
    Belajar tidak salah yang salah tak mau belajar... :D

    BalasPadam
  11. Kalau dalam dunia blogger, tu yang penting kita ada kawan blogger yang jujur dalam memberi komen. Kalau tak, sampai ke sudah kita tak tahu apa salah silap kita.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement