Kemaskini blog dengan entri terbaru memang perlu, tetapi perlu tahu bilakah waktu yang mujarab atau perlu bagi seseorang blogger lebih kerap update blog. Bukan tak boleh buat entri terbaru setiap masa, tetapi dalam keadaan sekarang, blogger perlu lebih bijak memilih situasi supaya nanti semua entri yang ada dalam blog dapat perhatian pengunjung dan pembaca.

Apa yang saya nampak, apabila terlalu kerap buat entri terbaru, dalam jurang masa yang pendek, nanti akan ada entri baru yang telah kita terbitkan tidak mendapat kunjungan sepatutnya. Rugilah bila dah tulis tetapi kurang pembaca, apatah lagi andai ia merupakan entri penuh manfaat buat pengunjung.
6 Situasi Bila Perlu Kerap Update Blog

Saya sering buat kesilapan ini. Dalam satu pagi, saya terbitkan sehingga 4-5 entri terbaru. Buat pengunjung yang dah biasa atau pembaca setia, mereka mungkin akan menyedari entri-entri ini. Tetapi buat pengunjung pertama, mungkin akan terlepas entri-entri baru yang lain. Maka, perlu strategi dan ketahui situasi supaya apa yang telah dimuatkan dalam blog itu disampaikan sepenuhnya dan mendapat pembacaan daripada pengunjung terutama pengunjung pertama kali.

6 Situasi Bila Perlu Kerap Update Blog

Selain menyediakan widget entri terkini di sidebar blog, penting blogger update blog berdasarkan situasi supaya entri-entri ini akan tersedia dalam ruang maya menerusi enjin carian dan juga RSS serta bloglist. Ada yang update blog terlalu kerap sehingga ada entri tidak berjaya disenaraikan di enjin carian atau terlepas di paparan RSS serta bloglist.

  1. Apabila blog anda berada di dalam bloglist orang lain, kekerapan update entri boleh dilakukan sebanyak sela masa 2-3 jam satu entri.
  2. Apabila anda join sesuatu segmen, kontes atau giveaway, jumlah pengunjung unik atau pertama kali akan bertambah, inilah masa anda menambah entri-entri menarik terkini bagi menarik minat mereka.
  3. Apabila anda jadi penganjur sesuatu segmen, kontes atau giveaway. Jadikan entri segmen, kontes atau giveaway sebagai sticky post, tetapi terbitkan entri terkini lebih kerap daripada biasa, tetapi dalam sela masa antara 1-2 jam bagi setiap entri baru.
  4. Apabila terdapat lonjakan trafik yang tidak disangka, mungkin disebabkan oleh entri-entri popular yang mendapat perhatian menerusi Facebook, Google atau Twitter. Pikat pengunjung-pengunjung in dengan lebih banyak entri baru. Jika boleh, cuba buat entri berangkai dengan entri popular tersebut, ini akan menarik minat pembaca yang sama untuk lihat entri berkaitan.
  5. Jika anda seorang blogger baru atau blog anda masih baru ... perlu lebih kerap update blog, dan pastikan blog anda punyai entri secukupnya untuk menarik minat pengunjung dan pembaca. Blogger baru perlu lebih banyak entri memandangkan ada kecenderungan Google menyemak blog-blog baru ini terlebih dahulu daripada blog-blog lain yang ada di dunia maya.
  6. Apabila blog anda sudah ada pengunjung dan pembaca setia yang konsisten. Maka kekerapan untuk kemaskini blog serta berikan entri terbaru perlu lebih daripada kebiasaan. Pembaca setia yang sudah terpikat dengan blog anda adalah aset untuk blog menerima trafik dan meningkatkan pageviews. Jika sebelum ini anda hanya buat 1-2 entri seminggu, maka selepas punyai pembaca setia tersendiri, perlu berikan lebih samada 4-5 entri seminggu atau 1 entri sehari.

Buat Secara Konsisten Tidak Terburu-Buru

Fahami situasi tersebut supaya anda boleh maju setapak demi setapak dalam dunia blog. Saya tidak mendorong anda untuk melangkah macam orang berlari lompat bergalah, tetapi saya tunjukkan jalan untuk anda berlari 1.5 km atau lari 400 meter dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya. Bukan menang yang dituju tetapi garisan penamat itu yang ingin anda capai. Jika tak sampai ke garisan penamat, apalah guna berlari ... dan jika menang, itu bonus ... kerana usaha itu telah dibuat dengan daya anda.



Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

16 Komen

tips terbaik.. sedar akn kepentingan mengimbangi kekerapan menghasilkan entri :)

Reply

terima kasih HH, perkongsian yang sangat bermanfaat:)

Reply

terima kasih HH , ilmu yg sangat berguna utk blogger berjaya.

Reply

terima kasih for da tips^^

Reply

tq..tq..tq HH atas entri ini.

Reply

Good idea. In sya Allah akan dipraktik jika berkesempatan:)

Reply

tips yang bagus utk kami semua yang masih baru dlm dunia blogger

Reply

berlari 1000 meter sehari.....

Reply

hemm.. teman suka baca blog HH, seriuss.. tak kedekut tips! tQ!

Reply

assalamualaikum hh...perkongsian yg baik...:)

Reply

Thankz atas info berguna nie bro.. :)

Reply

nak tulis blog update selalu hadapi kekangan masa!

Reply

Kadang blogging memang nak bikin bosan, tapi setelah saya membaca tips dari abang HH, saya nak semangat kerjakan blog saye.
thanks infonya.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.