Langkau ke kandungan utama

500 Ribu UV, 1 Juta Hits Dalam 1 Tahun

Jika dulu, ia merupakan satu angan-angan. Memang tidak menjangkakan bahawa blog ini boleh sampai ke tahap ini. Walaupun ia tidak setanding dengan blog lain yang seusia; namun kejayaan kecil ini saya jadikan satu semangat untuk terus memberikan sesuatu kepada dunia blog Malaysia.

Seperti kata +Bro Framestone ; blog ini tidak begitu menonjol memandangkan niche yang kurang mendapat perhatian ramai. Ramai orang suka pada blog yang ada gossip, cerita sensasi, kisah politik, yang ada gambar cun melecun si pemilik blog dan blog yang kerap bagi hadiah dan giveaway. Blog ini hampir 80 peratus berkaitan informasi untuk blogger Malaysia.

Ia sebuah blog bagi membantu blogger Malaysia terutama blogger blogspot untuk berjaya dengan sendiri di dalam dunia blog. Ia sebuah blog yang kongsikan ilmu, panduan, tips dan teknik blogging. Ia sebuah blog yang paparkan kisah blogger Malaysia. Blog ini berkongsi kejayaan dengan pengunjung dan pembaca; serta memberikan rahsia-rahsia kejayaan blogger Malaysia.

500 Ribu UV, 1 Juta Hits Dalam 1 Tahun


500 ribu pengunjung unik dari 1 Januari sehingga 15 Disember 2013 .... bukan mudah nak capai.

1 juta pageviews atau hits setahun bukan usaha sehari semalam.

Blog ini kurang pengikut - kalau diikutkan menerusi jumlah followers; tak sampai 5 ribu pun ketika entri ini ditulis.

Masih banyak lagi lompang yang perlu ditampal. Masih banyak ilmu yang perlu saya cari.

Dulu, saya pernah mengeluh mengapa blog tiada pengunjung, pageveiws tak gerak-gerak. Saya mula rasa kecewa.

Tetapi, atas dorongan dan semangat dari ramai rakan blogger, saya teruskan usaha. Perkara paling penting yang saya buat ialah mencari ilmu percuma mengenai blog. Belajar dari kesilapan diri sendiri dan blogger lain. Buat analisis sendiri, buat kajian sendiri. Terus cuba, itu dan ini yang ada masanya telah memakan diri sendiri.

Dapatkan duit menerusi blog. Dapatkan income dengan apa yang ditulis. Awal berblog memang tak pernah berjaya, tetapi alhamdulillah ... saya dah boleh jana pendapatan menerusi blog, walaupun tak banyak tapi ia tetap rezeki yang melegakan di saat-saat kesempitan.

Alhamdulillah, dan in Sha Allah.

Saya akan terus berikan yang terbaik buat anda semua, dan memastikan tahun hadapan ada kejayaan pula buat anda.

p.s: Statistik di atas berdasarkan Google Analytics dari 1 Januari - 15 Disember 2013.




Lagi Komen Pembaca ...

  1. Pencapaian ini sudah dikira hebat. Tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Kehebatan itu adalh disebabkan oleh anda, diinspirasikan oleh Allah S.W.T

      Padam
  2. huish... sifu memang terbaiklah... hebat betoi... Tahniah na sifu. Bila depa nak nobat sifu dlm anugerah ek?

    BalasPadam
  3. hebat!.. moga terus diberi kekuatan untuk berkongsi ilmu

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, namun setiap satu permulaan akan ada akhirnya nanti.

      Padam
  4. Tahniah HH...yang pasti tak boleh give up kan...Ramai yang kat luar sana yang sentiasa ternanti-nanti tips terbaru dari HH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Sokongan pengunjung dan pembaca seperti Raudzahlah yang buat saya terus terusan korek ilmu sana sini.

      Padam
  5. Apa kes petik nama gua dalam entry ini he...23x gurau je...

    Tunggu la Awards : Best Blogger Tutorial Awards... Itu pun kalau ada yang nk calonkan awards ini.

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  6. Hebat!mmg hebat blog ni...semoga terus berjaya..

    BalasPadam
  7. Tahniah... Popular bukan jaminan satu kehebatan tetapi nikmat dan perkongsian ikhlas itu memberi ganjaran yg tidak ternilai... itulah anugerah buat HH

    BalasPadam
  8. tahniah HH....semoga ini bukan penghujungnya bagi mengkongsi idea-idea dalam penulisan blog....

    BalasPadam
  9. tahniah bro...boleh laa sy jadikan bench mark untuk tahun 2014 nanti..kalau dapat hampir menyamai rekod tuan pun sy rasa bangga..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.