11 Langkah Pengurangan Perbelanjaan Kerajaan Malaysia 2014

Rasanya ramai dah sedia maklum mengenai 11 langkah kerajaan yang telah diumumkan bagi mengurangkan perbelanjaan dalam sektor awam bagi tahun 2014. Mungkin ada yang tidak tahu, maka entri ini akan senaraikan langkah-langkah tersebut yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia - Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Langkah tersebut bakal dilaksanakan bermula 1 Januari 2014 dan dianggap sebagai kaedah untuk memastikan sektor awam negara ini (Malaysia) berbelanja dengan lebih berhemat. Ia bakal membabitkan sektor awam yang mempunyai 1.4 juta kakitangan.
11 Langkah Pengurangan Perbelanjaan Kerajaan Malaysia 2014

11 Langkah Pengurangan Perbelanjaan Kerajaan Malaysia 2014

  1. Elaun keraian Menteri dan Timbalan dikurangkan 10 peratus. Elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan gred JUSA C dan ke atas dikurangkan 5-10 peratus.
  2. Kos utiliti elektrik dikurangkan 5 peratus bagi semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
  3. Bayaran tol pegawai tinggi kerajaan dikurangkan 30 peratus iaitu antara RM50-RM100.
  4. Membekukan pengubahsuaian pejabat bagi semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
  5. Mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC), seperti yang dilaksanakan dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Ini mengoptimumkan penggunaan 1MTC untuk tujuan bengkel, kursus serta seminar.
  6. Mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian saguhati. Ini melibatkan semua penganjuran persidangan dan majlis kerajaan yang melibatkan penjawat awam.
  7. Kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa dikurangkan. Contohnya kelayakan penerbangan bagi pegawai gred JUSA C ke bawah diturunkan menjadi kelas ekonomi.
  8. Mengurangkan belanja penyediaan makanan dan minuman semasa mesyuarat. Ini termasuklah juga perbelanjaan makan minum untuk persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel dan semua acara rasmi kerajaan.
  9. Mengurangkan penggunaan kain pemidang dalam setiap majlis rasmi kerajaan.
  10. Mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat sedia ada, ini untuk mengurangkan sewaan terhadap ruang premis.
  11. Mengetatkan perlantikan juruperunding untuk projek kerajaan. Ini termasuklah perlantikan juruperunding untuk projek fizikal kerajaan.

Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu - 1MTC

Amacam? Dah ada 11 langkah yang diutarakan untuk memastikan perbelanjaan negara berhemat. Apa yang menarik ialah mengenai elaun keraian Menteri Kabinet yang sekarang ini diberikan sebanyaik RM12,320 akan dikurangkan menjadi RM11,088 sebulan. Dan untuk Timbalan Menteri dari RM6,000 menjadi RM5,400 sebulan.

Nampaknya sudah ada langkah dibuat, yang mungkin pada sesetengah pihak menganggap ia masih kurang memadai. Itu pendapat mereka. Sekarang, apa pula langkah kita semua untuk berbelanja dengan lebih bijak? Yelah, dari terus merungut, kita perlu berusaha dan menjadikan diri kita fleksibel untuk menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Jika dulu, kita berbelanja beli minum kopi pahit sehingga berbelas ringgit di Cafe cap hijau, mungkin tahun 2014 kita boleh tukar minum kopi di warung Setar Bakri. Jika dulu, kita dok ngadap makan ayam goreng seketul dua sehingga RM8-12 ringgit, apakata tahun 2014 makan ayam goreng sendiri yang boleh dapat sekor dengan harga sama?

Perbelanjaan perlu diurus dengan baik supaya kesan ekonomi yang menekan tidak membebankan kita. Kita ada pilihan, dan pilihan lebih baik boleh kita dapat jika kita cari. Seperti yang telah saya kongsikan sebelum ini, mengenai Tips Beli Barang Murah Secara Online, itu juga boleh dijadikan panduan untuk berbelanja dengan lebih bijak.

Hiduplah dengan sederhana, dan jadikan diri sendiri lebih berdikari.

Kredit Gambar: http://atjeh.biz


1 comment... add one now

terbaek.net terbaek.net December 31, 2013
haha tang gambar yang ada starbuk tu mmg xblh blar hahaa

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.