10 Gambar Menggemparkan Dunia 2013

Tahun 2013 bakal meninggalkan kita. Telah banyak perkara berlaku di dunia sepanjang 2013. Dan saya telah mencari sumber untuk berkongsi dengan anda perkara-perkara besar yang berlaku pada tahun 2013. Dan antaranya ialah gambar-gambar yang telah menggemparkan seluruh dunia pada tahun 2013.

Gambar-gambar ini ada yang suka, ada yang duka. Semuanya dilensakan oleh jurugambar-jurugambar profesional yang berada di kawasan atau tempat peristiwa itu berlaku. Dan kebanyyakannya telah dilaporkan oleh agensi-agensi berita antarabangsa termasuklah dari Yahoo News, Reuters serta AFP.

10 Gambar Menggemparkan Dunia 2013

Mari kita lihat apa peristiwa besar tersebut, dan kisah di sebalik gambar yang dikongsikan ini.

Gambar Mangsa Runtuhan Plaza Rana

Seorang warga Bangladesh memeluk seorang wanita, keduanya merupakan mangsa runtuhan bangunan Plaza Rana. Runtuhan bangunan mengeluarkan pakaian ini berlaku di Savar, berdekatan Dhaka, Bangladesh pada 25 April, 2013. Runtuhan tersebut mengorbankan 1,129 orang.

Gambar Lelaki Terjun Dari Plaza LDA yang Terbakar

Seorang lelaki terjatuh dari bangunan tinggi yang terbakar di tengah Lahore, Pakistan. Kejadian ini dirakamkan pada 9 Mei 2013. Kebakaran telah berlaku di tingkat 7 Plaza LDA yang kemudian merebak ke bahagian atas bangunan. Dilaporkan sekurang-kurangnya 3 orang terjun atau terjatuh dari bangunan tersebut untuk menyelamatkan diri.

Foto Budak Lelaki di China yang Mata Dicungkil Keluar

Di Taiyuan, wilayah Shanxi, seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dikorek atau dicungkil matanya, dipercayai oleh ibu saudara kanak-kanak tersebut. Gambar di atas dirakamkan bersama ibu kanak-kanak tersebut ketika memohon bantuan kewangan di sebuah hospital di wilayah berkenaan pada 3 September 2013. Kisah ini telah menggemparkan seluruh rakyat China.

Foto Seseorang Terjun Bunuh Diri dari Jambatan di China

Gambar menunjukkan seseorang telah terjun dari Jambatan Sungai Wuhan Yangtze di wilayah Hubei, China pada 7 Februari 2013. Diberitakan ada pasangan terjun bunuh diri dalam kabut jerebu yang melanda. Mereka terjun seorang selepas seorang, laporan menyebut pasangan tersebut masih tidak ditemui dan kemungkinan tipis untuk hidup.

Gambar Sami Sri Lanka Bakar Diri

Seorang Sami Buddha dari Sri Lanka, Bowatte Indaratane membakar diri di tengah bandar Kandy pada 24 Mei 2013. Kejadian ini berlaku sebagai bantahan kepada penyembelihan lembu yang dilakukan di negara tersebut.

Foto Roona Begum

Roona Begum, kanak-kanak yang mengidap penyakit Hydrocephalus bersama ibunya Fatima Khatun. Penyakit ini adalah berkaitan pengumpulan air di bahagian cerebrospinal otak. Gambar dirakamkan pada 13 April 2013 di kediaman mereka di kampung Jirania, Agartala, Agartala adalah sebuah pekad di negeri Tripura.

Gambar Bayi Diselamatkan dari Saluran Pembentungan

Gambar di atas merupakan rakaman dari sebuah futej AFPTV yang diterima pada 28 Mei 2013. Futej berkenaan menunjukkan penyelamat sedang membuka saluran pembentungan (saluran paip najis) untuk menyelamatkan bayi baru lahir yang tersekat setelah 'disalurkan' menerusi sebuah lubang tandas. Kejadian ini berlaku di bandar Jinhua, bahagian timur wilayah Zhejiang.

Foto Bangkai Gajah Tersekat di Jambatan Keretapi

Foto menunjukkan bangkai gajah yang tesekat di sebuah jambatan keretapi di Khunia, dalam lingkungan daerah Jalpaiguri, negeri Timur India iaitu Bengal Barat pada 14 November 2013. Sekurang-kurangnya 7 ekor gajah mati selepas sebuah keretapi penumpang melanggar sekumpulan gajah yang sedang menyeberang landasan ketika itu.

Gambar dan cerita selebihnya boleh anda baca di sini - Yahoo News - 10 Photos That Shocked The World 2013


{ 10 comments.. read them below or add one }

Encik Afendi Encik Afendi December 20, 2013
menyeramkan....dan menyayat hati....
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 20, 2013
Ada lagi senarai lain yang lebih terkesan di hati Encik Afendi
Sukma Haron Sukma Haron December 20, 2013
ohh....macam-macam memang sadis tengok gambar-gambar ini.....tapi itu lah realitinya......
Budu Bilis Budu Bilis December 20, 2013
huhu..tragis benar... Macam2 perkara pelik berlaku dalam dunia ni...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 20, 2013
Ada lagi yang belum dimasukkan ni ..
MY@R MY@R December 20, 2013
pelbagai perkara yang terjadi di luar negara..tanpa gambar-gambar ini pasti kita tidak tahu apa yang terjadi di luar negara..dari www.tepakku.com
mahmud thalut mahmud thalut December 21, 2013
Assalam
Masyaallah. Menakutkan jer kesemua gambar - gambar tersebut. Tinggalkan 2013 nanti bawa bersama - sama bayangan kengerian itu.
mOoN mOoN December 21, 2013
Gmbar bayi tu paling terkesan di hati...sanggupnya mereka..huhu
me_ fara me_ fara December 24, 2013
Masha Allah.memang mengejutkan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.