10 Filem Melayu Paling Laris 2013

Bila hujung-hujung tahun ni biasalah akan keluar macam-macam senarai. Dan ini memang antara entri-entri popular untuk para blogger Malaysia. Ada macam-macam penyenaraian boleh dibuat, mengenai dunia hiburan, mengenai enjin carian, mengenai dunia permotoran., malah mengenai dunia blog Malaysia itu sendiri. Kalau anda seorang yang rajin, boleh je dapatkan pelbagai informasi ini yang sudah tersedia, cuma perlu diolah sendiri untuk menjadikan ia lebih menarik untuk pengunjung blog anda.

Macam apa yang sedang saya lakukan sekarang, saya akan menyenaraikan 10 filem Melayu paling laris atau paling tinggi kutipannya di tahun 2013. Dari mana saya mendapat sumber ini, nahhhh .. tentulah sekali daripada pembacaan. Kalau anda tak baca, mana nak tahu .. ye tak?

Ok, bersedia untuk ketahui mengenai 10 filem terlaris ini, dan adakah ia layak untuk diangkat pula sebagai filem terbaik 2013? Harus ingat, adakala filem yang bagus tak begitu komersil lalu tidak menghasilkan kelarisan (ada ke perkataan ni?). Dan ada filem yang ntah apa-apa laris disebabkan kontroversi semata, dan wujud juga filem yang laris kerana ada nilai pelarisnya di dalam tu ....  apapun, pendapat masing-masing berbeza.
Filem melayu kutipan tertinggi 2013

10 Filem Melayu Paling Laris 2013

  1. Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit - RM5.89 Juta. Sebuah filem genre seram komedi oleh sutradara Mamat Khalid.
  2. KL Gangster 2 - RM4.96 Juta. Sebuah filem aksi yang banyak diperkatakan tahun 2013 kerana kontroversi cetak rompak diarahkan oleh Syamsul Yusof.
  3. Rock Oo - RM3.95 Juta. Filem yang mengembalikan nostalgia rock kapak kepada penonton Malaysia, sebuah filem komedi arahan Mamat Khalid.
  4. Adnan Sempit 3 - RM3.94 Juta. Ada aura pada Adnan Sempit, lakonan Shahizey Sam yang menjadikan filem ini box-office menerusi arahan Ismail Bob Hashim.
  5. Highland Tower - RM3.52 Juta. Filem thriller seram yang mengingatkan kita mengenai kejadian pangsapuri runtuh yang telah mengorbankan banyak nyawa, arahan sutradara Pierre Andre.
  6. KL Zombie - RM2.93 Juta. Filem genre komedi dengan seram ala-ala suam kuku yang menampilkan Zizan sebagai pelakon utama; arahan oleh Woo Ming Jin 
  7. Juvana - RM2.86 Juta. Dari sebuah drama menjadi filem, agak jarang mendapat kutipan tinggi. Sebuah filem arahan Faisal Ishak.
  8. Bikers Kental - RM2.72 Juta. Filem arahan Helmi Yusof.
  9. Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang - RM2.64 Juta. Filem arahan Pierre Andre ini meletakkan populariti Ustaz Azahar Idrus sebagai pemikat penonton ke panggung.
  10. Penanggal - RM2.42 Juta. Walaupun ramai yang berkata filem ini agak membosankan, tetapi filem ini berjaya memikat penonton ke pawagam kerana trailer yang cukup hebat serta menampilkan Ummi Nazeera sebagai hantu penanggal, arahan oleh Ellie Suriaty Omar.

Jadi bagaimana? Adakah anda puas hati filem-filem terlaris 2013 ini? Saya sejujurnya tidak menonton kesemua filem ini, tapi ada filem yang saya telah lihat. Dan seperti saya katakan di awal tadi, adakala filem yang cukup bagus tak semestinya akan memberikan kutipan jualan berjuta, dan sebuah filem yang tiada apa-apa 'isi' di dalamnya boleh menjadi sebuah filem box office jika tahu cara memikat penonton datang ke pawagam.

Sumber: Sisipan Sensasi Bintang, Kosmo

2 comments.. read them below or add one

Ahmad Zaki Ahmad Zaki December 23, 2013
Bagi saya mengikut pandangan masing² dalam penghayatan pada filem tu. Saya pula lebih suka menghayati muzik sebab tak suka tengok movie kot. Hehehehe. Apa pun bagus pandang En.Hasrul tentang perfileman ni. =)

ZH Blogger
Sukma Haron Sukma Haron December 23, 2013
dah lama tak tengok movie.....

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.