Video Pernikahan Diana Amir - Habib Abd Rahman

Tahniah, tahniah, tahniah kepada pasangan sejoli sama cantik, sama kacak, sama padan Diana Amir -  Habib Abd Rahman. Diana Amir, dulunya merupakan selebriti yang pernah muncul dengan kontroversi serta berimej seksi dalam dunia hiburan Malaysia, kini sudah mengakhiri zaman bujang dengan menjadi isteri yang sah kepada Habib Abd Rahman.
Video Pernikahan Diana Amir - Habib Abd Rahman

Diana Amir yang dulunya pernah dikritik kerana berpakaian terlampau seksi, akhirnya melakukan suatu pembaharuan, dan berhijrah kepada sesuatu yang jauh lebih baik daripada sebelumnya. Awalnya ramai yang seperti menyangka perubahan itu akan hanya bertahan seketika, namun mulut mereka kini terkunci apabila Diana Amir terus tegas dengan pendirian, malah dia menjadi antara penggerak utama dalam kerja dakwah untuk memastikan wanita Malaysia khususnya muslimah lebih dipandang mulia dengan berhijab.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Tidak dijadikan manusia itu untuk melakukan kemungkaran, tetapi sebagai hamba kepada Maha Pencipta. Berpegang teguh pada tali agama, in Sha Allah, dugaan yang sebesar mana sekalipun, akan diberikan jalan penyelesaian terbaik yang menggembirakan.

Kita ada kekuatan untuk melakukan perubahan, dan kita ada kekuatan untuk melakukan hijrah. Terserah kepada kita untuk memulakannya dan menjadi yang lebih baik daripada semalam.

Diana Amir bukanlah satu contoh terbaik, tetapi setidaknya kita boleh ambil iktibar mengenai perjalanan hidup wanita ini. Aibnya kini dijagai Allah dan akhirnya bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang cukup baik, seelok rupa, dan seelok peribadi.

Video Pernikahan Diana Amir - Habib Abd Rahman

Jom layan video pernikahan Diana Amir ini.

Salam Maal Hijrah 1435. Semoga diri kita semua akan berhijrah ke satu yang lebih baik, in Sha Allah.

Kredit: MIG Online


2 comments.. read them below or add one

kucha lana kucha lana November 06, 2013
semoag berbahagia la pasangan ini

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.