Tak Puas Hati Mengenai Novel Yasmin

Kenapalah dengan sikap manusia ni, ada je benda yang tidak kena di mata, kalau benda tu tak elok, boleh datangkan mudarat tu, saya oklah. Tapi ini kes pasal tak puas hati bilamana kisah hidup blogger remaja - arwah Yasmin Hunwick dinovelkan. Apa masalah si pengomen sampai sanggup mengeluarkan komen yang tak sedap dibaca.
Pusara Yasmin J Hunwick

Tak Puas Hati Kisah Hidup Arwah Yasmin Hunwick Dinovelkan

Komen di atas saya print screen tanpa izin dari sebuah blog yang memang cukup popular, hanya untuk ketengahkan akan sifat manusia yang tak pernah berasa selesa mengenai orang lain, hatta setelah insan itu tiada di dunia.

Ini bukan soal muka cantik atau lawa yang diketengahkan si pengomen ini. Tetapi novel itu ditulis dan diterbitkan kerana ada kisah sebelum kejadian yang boleh diambil iktibar. Saya pernah mengikuti tulisan blogger remaja ini, dan apabila baca kembali entri-entri sebelum kejadian malang yang menimpa blogger Yasmin; boleh naik seram sejuk seluruh badan.

Bukan semua orang dapat peluang dan alami peristiwa seperti Yasmin sebelum kematiannya.

Nyata sekali tukang komen ini ambil jalan mudah menafsirkan sesuatu. Sepatutnya dia tengok dulu kisah hidup blogger ini, baca sedikit sebanyak entri dan cuba Google serba sedikit mengenainya. Telahan saya, si pengomen dengan semborono buat kenyataan dan komen yang dirasakan tidak patut.

Tidak terfikirkah dia mengapa ada orang yang sanggup tulis mengenai kisah hidup blogger tersebut? Walhal si penulis tak kenal pun, tak pernah jumpa pun dengan si arwah Yasmin ni.

Dicemuh orang lain yang berwajah muka cantik kenapa? Itu anugerah Allah pada hambaNYA.

Memang benar banyak insan lain yang mati dengan tragis, sekarang belek balik kisah hidup yang mati tragis tu. Kalau mati tragis kena langgar sebab mabuk todi ... nak ke dibuat novel?

Hmm ntahlah, pelik manusia macam ni. Ada orang nak buat baik, dipersoalkan pula. Mungkin dia tak tahu, hasil jualan novel itu akan digunakan untuk bantu orang nasib malang. Beza dengan yang lain, buat novel sebab nak cari keuntungan. Fikir balik ... apa bezanya ...

Buat tukang komen tu, saya doakan yang terbaik buat anda setelah anda ungkap kisah blogger arwah Yasmin ni.

Cuba baca entri saya yang ini - Novel Kisah Hidup Blogger Yasmin J Hunwick




{ 10 comments.. read them below or add one }

Zamani Abe Zamani Abe November 13, 2013
org mcm ni, rasa mcm nk bg je sedas dua..
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim November 13, 2013
sadis orang yang macam itu....Alfatihah buat arwah Jasmin.
anyss anyss November 13, 2013
Assalamualaikum,
Memang ramai manusia sebegini, kita buat baik macam manapun, busuk juga yang dia Nampak sedangkan dia tak pernahpun cuba untuk berbuat baik. Jika manusia negative ini kita izinkan masuk dalam hidup kita, aura negative itu akan cemari hati kita.

Jika lalakan dia tidak ada inti yang boleh tambahbaik hidup kita, baik aje diabaikan.
Khir Khalid Khir Khalid November 13, 2013
Cakap tanpa mengkaji & x toleh kiri kanan langsung... Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah.. Aamiin..
Montana Montana November 14, 2013
biasa la orang brooo.... ;-)
Ainim Suju Ainim Suju November 14, 2013
kita anggap dia jeles sbb takde org nak novelkan kisah hidup dia
Norasyimah Saifullah Norasyimah Saifullah November 14, 2013
best pe novel dia saya dh baca walaupun hanya setengah... novel tu hilang huhuh sedihnya tak apa hilang dalam rumah insyaallah jumpa punya.. bagi saya la saya rasa mamat/minah ni tak puas hati kot sebab novel ni barjaya... apa apa pun alfatihah kat arwah bagi saya arwah seorang yang "kawaii"
.::: Princess MOMOY :::. .::: Princess MOMOY :::. November 14, 2013
saya ada novel tu
walaupun cara penyampaian kurang menarik tapi tetap saya beli untuk simpanan
Incik Zarif Incik Zarif November 14, 2013
mentaliti pengomen yang sangat rendah. orang macam ni masih tak matang bagi saya.
kucha lana kucha lana November 15, 2013
memang kita boleh melontarkan apa saja pendapat kita.tapi biarlah pendapat kia ut bernas..bukan akan jadi bahan cemuhan orang lain pula

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.