Popular dalam dunia blog Malaysia? Ramai blogger terutama blogger remaja yang teringin mahu jadi popular dalam dunia blog Malaysia ni. Tak disangkal ramai blogger mahu dikenali. Susah ke mahu jadi popular dalam dunia blog Malaysia? Hmm .... jawapan dia, sukar dengan tidak. :)

Lihat apa tujuan dalam dunia blog. Jika populariti yang dicari, maka popularitilah yang akan dapat. Cara nak dapatkan? Apabila dah ada tujuan sebegitu yang sangat jelas, pasti blogger tersebut akan lakukan segala cara yang mungkin untuk jadikan dirinya popular. Saya dah berikan beberapa tips untuk menjadi blogger sebegitu, anda boleh carian sendiri.

Adakala susah juga mahu popular, apabila ia bukan jadi agenda utama. Bukan semua orang yang ada blog mahu diri mereka dikenali. Popular bagi mereka hanyalah satu bonus. Mereka mahu blog mereka dikenali dahulu, dapat tempat dalam dunia blog ... dan kemudian barulah fikirkan soal lain. Tujuan mereka adalah supaya apa yang dikongsi dalam blog dapat diikuti dan boleh dijadikan sandaran sumber kepada orang lain.

Setahun jagung tapi dah popular. Tak perlu hairan sangat, mungkin bonus yang ada pada diri mereka itu yang menjadikan mereka cepat popular dan dikenali. Mungkin juga sifat dan personaliti.

Tak dinafikan, sekarang ini ramai blogger baru yang setahun jagung dalam dunia blog sudah semakin mudah dikenali ramai. Apatah lagi dengan adanya platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram ....

Dan apa yang saya nampak ... senjata blogger mudah jadi popular adalah dengan gambar ... :)

Nak jadi popular? Banyakkan bergambar .. :P


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

24 Komen

Cara paling senang budak-budak yang baru berjinak dalam dunia blogging untuk dapat populariti -> ambil selfie banyak-banyak lepas tu post kat blog. Tak pun, cari sponsor ramai-ramai pastu buat giveaway / contest.

Cepat sangat nak popular kalau macam tu.

Reply

kalau pendapat saya lak , kene banyak ping kan artikel dan yang paling penting artikel kene bermanfaat

Reply

sekarang budak2 buat log sbb nk populariti takkan lama. kita lgi suka blog yg informasi bkn yg habuk pun tarak. hehe

Reply

SEBENARNYA NIAT UTK BERBLOGGING PERLU BETUL.INSYAALLAH SEMUANYA AKAN DTG DGN SNDRI KPD KITA.

BERBLOGGINGLAH UTK MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA ORANG.MACAM BLOGGER HH NI SENDIRI FA CUKUP MENGHORMATI SEGALA PANDANGAN BELIAU.ILMU YANG DIKONGSI DALAM BLOG INI JUGA SANGAT MEMBERI MANFAAT KPD SMUA PEMBACA.TERIMA KASIH ABG HH. :)

Reply

untunglea kalau diorang popular.. rezeki diorang lea tu.. cerah peluang nak buat duit melalui berblog.. betul ke tidak.. hu2.. xmo jadi mcm depa.. nak jadi mcm HH bole? heeee #berangan

Reply

Maaing-masing ada cara tersendiri untuk popular. Hehe

Reply

populariti akan datang dengan sendiri.. tak popular pada semua, tp mungkin popular pada segelintir manusia.......

Reply

HH post apa2 pun, terus singgah rasa nak baca.. pro lah katakan. hehe.. saya dlm blog x byk gambar sendiri, tak best lah jadi popular. takde privacy.hehe

Reply

Popular saje belum cukup untuk berjaya ...hehehe..

Reply

bukan yang popular banyak comel lotey ke..hehe

Reply

Memang banyak blogger baru buat ga atau contest nak cepat popular

Reply

yang penting isi nya.. bukan popular...

Reply

Samalah kita. kadang-kadang jadi macam ketagih plak.

Reply

dulu memang tujuan jd blogger sebab nk popular..tp bila dah lama blog da jadi sumber income..alhamdullilah..tak popular pon xpe asal income ada hihi..

Reply

Teman ni ha, udah bertahun-tahun buat blog pun, idak juga gelamer. Hahahaha.

Reply

populariti tak kekal lama... quality yang akan kekal...

Reply

Ya, teknik yang berjaya bukan? :) walaupun ia satu teknik berjaya mempopularkan seseorang blogger tapi tak ramai yang nak buat, almaklum bukan semua blogger mahu jadi popular.

Reply

sy buat blog sekadar suka2 je :-)

Reply

Hehehe... habuk kena tukar jadi habuk emas .. ye tak nani?

Reply

Terima kasih Fa ... harapnya ramai lagi dapat manfaat dengan baca blog saya yang secoit ini.

Reply

Suka-suka pun kalau masyuk .. kan ke best? Macam kita suka pada brand tupperware, kumpul banyak sebagai hobi, last2 kita jadi penjual sbb kita tahu mana nak dapat tupperware yang murah .... :)

Reply

Jika ada keduanya .. pasti meletop .. macam blogger AriffShah ...

Reply

gua tak suka bergambar..sbb tu gua lambat popular kot..hahaha

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.