Populariti Blogger Bukan Jaminan

Udah jadi macam trend pula bilamana ada blogger baru yang kejar populariti. Dalam bab populariti ini, saya mahu tekankan beberapa perkara - popular sebab ramai pengikut, popular sebab ramai kenal, popular sebab blog ada trafik tinggi. Ini kategori popular yang ramai blogger Malaysia mahukan.

Ok. Nak popular tak salah. Tapi sejauh mana kepopularitian itu akan membawa anda? Apakah pengakhiran yang ingin anda terima? Mahu jadi pelakon? Mahu masuk majalah? Mahu jadi sifu blogger? Mahu jadi antara blogger yang dapat income lumayan dengan blog?

Populariti Blogger Bukan Jaminan

Hari ini popular tak jamin esok lusa akan turut popular dan berjaya. Seorang blogger yang berjaya tak semestinya popular. Itu dah banyak dibuktikan. Ada blogger yang cukup dikenali suatu masa dahulu, tapi kini senyap sunyi. Sebab? Ada banyak sebab ... tapi itu biarlah lain kali saya cerita.

Popular bukan jaminan akan kebahagian. Popular bukan jaminan berjaya. Popular hanya satu entiti dalam perjalanan hidup manusia yang akhirnya akan dilupakan.
Populariti Bukan Jaminan

Tak perlu nak tengok dan pandang jauh. Ada yang satu masa dahulu cukup popular, nama disebut-sebut, diangkat dijulang, diberikan pengiktirafan pelbagai ... tapi apabila masa semakin berlalu, populariti itu hilang ... dan apa yang tinggal? Hanya kenangan dan trofi serta anugerah berhabuk di atas rak yang usang. Dalam dunia blog .... popular .. keluar majalah ... dan majalah itu akhirnya jadi lunyai dan menjadi dambaan tokey surat khabar lama.

Hari ini esok lusa bolehlah nama dalam dunia blog diperkatakan ramai. Blogger itu manusia, akan sampai masa jari pun dah tak boleh nak angkat, apatah lagi menekan papan kekunci. Masa tu, populariti takkan berikan apa-apa dah.
Populariti Bukan Jaminan

Nak popular biarlah yang berikan sesuatu kepada dunia. Bukan kerana ada ramai pengikut, bukan kerana blog ada trafik tinggi, bukan kerana blog anda cantik menawan. Popular sebab anda berikan sesuatu kepada dunia blog, kepada pengunjung, kepada pembaca ... dan kepada agama, bangsa dan negara (perghh patriotik la pulak!).

Mahu jadi blogger popular, maka jadilah manusia yang berikan manfaat. Tak dapat berikan banyak, berikan sedikit. Semulia manusia itu adalah manusia yang boleh berikan kebaikan kepada orang lain. Dan blogger Malaysia seperti anda yang sedang membaca entri ini juga adalah manusia - yang asalnya terjadi dari tanah dan akhirnya nanti akan ke tanah.


p.s: Setiap hari saya menulis blog, dan setiap kali menerbitkan entri .. akan ada persoalan .."berbaloikah apa yang saya tulis ini?"


{ 16 comments.. read them below or add one }

Dedi Ariko Dedi Ariko November 14, 2013
Ya... apa yang anda katakan sangat benar. Sesuatu yang bermanfaat akan selalu berimbas positif pada kita selamanya...
julia jamaludin julia jamaludin November 14, 2013
selalu terfikir -- >"entry aku ni boleh bagi pahala tak?"
beringat untuk hari kemudian :)
cukuplah untuk kepuasan diri sendiri.
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid November 14, 2013
saya tak pernah terfikir pun nak kejar populariti dalam blogging ni abang HH... saya blogging kerana "passion" bukan kerana nak kejar populariti... tapi memang tak dinafikan memang ada sesetengan blogger yang memang mengejar populariti... kita boleh nampak dengan jelas....
Ayu Zan Ayu Zan November 14, 2013
takut juga..apa yg ayu tulis tu bawa saham dosa. huhu
anakMommy anakMommy November 14, 2013
tulis blog pun sekadar suka-suka.. =)
MyCherita MyCherita November 14, 2013
sangat berbaloi entri tuan hari ini.. ramai yang berfikir sejenak..!!
Incik Zarif Incik Zarif November 14, 2013
ikhlas dari hati penulisan HH ni
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim November 14, 2013
Saya menulis kerana passion dan kerana saham di akhirat...saya nak kumpul saham sebelum kembali kepada Allah. Takut saham tak cukup karang....
Mat Gebu Mat Gebu November 14, 2013
Setuju sangat,,,pada pendapat che mat, biar dalam keadaan sederhana, dan berusaha bukan untuk jadi popular, tapi berusaha agar nama kita tetap dikenang atas sebab2 perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk orang lain....
nur faizuddin nur faizuddin November 14, 2013
abang hasrulhassan . saya sangat suka dengan entri ini..buka mata and minda
Khir Khalid Khir Khalid November 14, 2013
Sy menulis sbb ingin menulis.. perkongsian utk kebaikan dunia & akhirat, in shaa Allah.. T kasih HH.. :)
Aniq Bukhary Aniq Bukhary November 15, 2013
Pesanan terakhir tu yg menarik perhatian saya.. fikir2 kan
Mizz Aiza (Dunia Kecil) Mizz Aiza (Dunia Kecil) November 15, 2013
setakat ini aiza tak pernah terfikir untuk mengejar populariti.. pernah juga terfikir, adakah penulisan hari ini memberi saham di akhirat kelak?
Hairul Hafiz Hairul Hafiz November 15, 2013
Popular pun biar dgn cara yg betul, bukannya dgn memijak org lain
kucha lana kucha lana November 15, 2013
kalau entri tu bermanfaat dapat bantu orng lain..gua ras aia berbaloi..dan kebanyak entri bro adalah yg bermanfaat..tak sia-sia bor menulis

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.