Pedas Biar Melekat

Ramai yang mahu menjadikan entri mereka bermanfaat. Dek kerana inilah, ada blogger yang akan buat entri menegur. Dan ia bukan entri biasa-biasa, ia entri yang kalau dibaca akan berikan pelbagai rasa dan reaksi. Al maklumlah, bila buat entri yang tegur-menegur ni, biasanya ia entri yang panas dan pedas. Tapi, tak semua blogger berjaya buat entri menegur yang membina, anda yang terbitkan hanya untuk dapatkan trafik, pedas tapi tak melekat di hati dan jiwa.

Dulu, saya pernah berkata bagaimana reverse psikologi menjadi antara kaedah dan teknik yang agak berkesan dalam membuat entri unsur nasihat dan teguran ini. Bila baca entri yang berbentuk begitu, ramai yang tertarik dek kerana tajuknya, tetapi kemudian terkedu bila baca entri sepenuhnya apabila macam terkena batang hidung sendiri.... hahahaha. Malu beb .. nak komen pun ketar-ketar tangan.
Pedas biar melekat - tips menulis blog dakwah

Ada pula blogger yang guna ayat cukup keras, tapi dalam keras itu ada lembutnya. Awal perenggan, memang tak boleh blah .... tapi lama kelamaan ... kita sedar bahawa entri itu sekadar memberikan ingatan baik buat semua. Benda pahit, memang sukar ditelan. Teknik ini yang mulanya buat orang jadi haru biru, akan sampai di penghujung dengan rasa rendah diri dan insaf.

Ramai juga, ambil sudut selamat. Entri tak berapa nak pedas, tak berapa nak melekat. Tapi entrinya ada isi, ada panduan, ada ayat-ayat yang boleh diambil ingatan. Tapi, ramai baca sekadar baca, ingat pun dalam dua tiga hari. Iktibar .... hmmm ada, tapi tak kekal lama.

P1290460
Pedas dan melekat. Entri penuh rasa, ada pahit, manis, ada kelat dan masin. Tapi pedasnya menguasai segala. Macam makan kari, ada garamnya, ada gulanya, ada asamnya .... tapi ia kari, sebut sahaja ... terasa ada pedas dalam masakan, walaupun kita tak rasa. Faham kan?

Entri macam masak kari inilah yang patut dijadikan menu utama bila nak buat entri tegur menegur ni. Dalamnya ada semua rasa, tapi pedasnya tak hilang .... sebelum makan dan rasa, dalam mulut dah kecur air liur. Lepas makan ... lepas rasa, kekal melekat rasa karinya, walaupun dah disulam teh ais atau air sirap kurang gula. Dan esok-esok.... kita rasa mahu lagi kari yang sedap pedas melekat itu.
Pedas biar melekat - tips menulis blog dakwah

Pedas biar melekat, biar diingati, dan biar ada kesan pada jiwa dan hati. Setakat buat entri kejar trafik tapi hati yang baca masih begitu, apalah nilainya .... rugi gitu, buat entri bagai berbuih mulut tapi tak ada saham kebaikan melekat.

In Sha Allah, saya pun ingin buat entri sebegitu .... jika tidak sepuluh, satu pun jadilah.

Kredit Foto: Dapur Tanpa Sempadan


{ 10 comments.. read them below or add one }

Hairul Hafiz Hairul Hafiz November 13, 2013
Memang kena kreatif dalam menulis ni...
Ayu Zan Ayu Zan November 13, 2013
bukan senang kan? tapi akan cuba. susun ayat dengan baik.
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid November 13, 2013
pernah juga buat sekali dua abang HH...tapi tak taulah kot kot dapat diserap oleh pihak2 yang berkenaan....
Pearl Kaz Pearl Kaz November 13, 2013
Sedap tengok makanan time2 puasa ni. Hahaha..
harap2 entry saya pun mampu la beri manfaat utk semua..
nk jd mcm abg HH.. :D
kucha lana kucha lana November 13, 2013
kalau dibuat sambal belacan best juga cili tu
mahmud thalut mahmud thalut November 13, 2013
Assalam
Perut sudah tidak tahan. Makan pedas jer , mulalah nak di 'urus' kan..:)
Kongsi ArtikelBlog Kongsi ArtikelBlog November 13, 2013
susah nak buat article yang menusuk kalbu ni.. :)
Bro Framestone Bro Framestone November 14, 2013
adakah kepedasan ini yang mu maksudkan di blog bro?

Tapi kalau nak ada rasa lemak-lemak manis, masam pahit.. kena try baca blog masakan he..23x

www.broframestone.com
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 14, 2013
Ishh .. tak ada kena mengena ... nih ditulis sebelum baca entri tu ...:P apa daaa ... kebetulan je pun.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 14, 2013
Betul, memang sukar. Saya sendiri pun tak berapa nakmahir.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.