Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat (RMR) - Saya pasti ramai antara kita yang mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri. Apatah lagi seandainya sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Rumah kediaman merupakan keperluan asas yang penting dan tidak sepatutnya untuk memilikinya menjadi satu bebanan.

Alhamdulillah, kerajaan telah menyediakan satu kemudahan kepada rakyat untuk memiliki rumah sendiri menerusi pemilikan rumah mesra rakyat kendalian Syarikat Perumahan Negara Berhada (SPNB).

Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat SPNB

Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat SPNB

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Permohonan secara online amat mudah. Cuma ikuti langkah-langkah yang diberikan menerusi Manual Pengguna Permohonan Online RMR1M yang telah disediakan. Borang permohonan kini (2015) hanya boleh diambil di pejabat wakil rakyat untuk mengelakkan salah guna dan untuk lebih telus.


Walaupun begitu, terdapat beberapa syarat dan terma yang perlu dipatuhi sebelum membuat permohonan skim ini. Bukan semua orang layak untuk menikmati program pemilikan rumah mesra rakyat ini, memandangkan ia mensasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.

Syarat AM RMR1M

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 60 tahun.
  • Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan kasar seisi rumah antara RM750-RM3,000 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah atau tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan atau cagaran ke atasnya.
  • Tapak keluasan minimum 2,800kps/3,200kps/3,600kps.
  • Tertakluk kepada pinjaman bank.

Update Terkini:
Kategori rumah, syarat terkini serta cara memohon RMR1M telah dipinda untuk berikan lebih ruang dan peluang kepada rakyat. Sila rujuk artikel ini -Kategori, Syarat serta Cara Mohon RMR1M Terbaharu

Apakah yang menariknya mengenai rumah mesra rakyat 1 Malaysia ini? Untuk info, untuk pembelian rumah RMR1M, anda akan menerima subsidi daripada kerajaan sebanyak RM20,000. Dan anda juga menerima 2% subsidi kerajaan pada pinjaman kadar faedah bank.

[Klik] Kalkulator Pinjaman Perumahan Rumah Mampu Milik

Ada dua cara untuk memohon, iaitu secara online atau menerusi pejabat SPNB yang berdekatan. Malah sebenarnya anda boleh meminta bantuan waklik rakyat serta pejabat penghulu untuk membanti mendapatkan RMR1M ini.

Cara Memohon RMR1M

  • Dapatkan borang permohonan RMR1M dari Pejabat Adun atau Cawangan Wilayah SPNB/Pejabat Satelit atau boleh muat-turun percuma di sini - Borang Permohonan RMR1M Percuma
  • Serahkan borang lengkap diisikan kepada Pejabat Cawangan Wilayah/Pejabat Satelit
  • Proses kelulusan pinjaman daripada pihak bank.
Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)
Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)
Bagi anda yang mahu membuat permohonan secara online, sila muat turun panduan atau manual pengguna yang telah disediakan di sini - Manual Pengguna RMR

Bagaimana rupa bentuk rumah RMR1M ini yer ...?? Ok, saya kongsikan kepada anda beberapa illustrasi mengenai rumah konsep yang telah disediakan oleh SPNB.

Rekabentuk Rumah RMR1M

ciri rumah dibina spnb rmr1m

Bagi permohonan di Sabah dan Sarawak, anda boleh rujuk entri ini - Permohonan dan Borang RMR1M Penduduk Sabah dan Sarawak

Untuk sebarang pertanyaan, kemushkilan atau apa sahaja persoalan mengenai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), anda boleh hubungi talian berikut:

Hotline SPNB: 1300 80 3838 
Tel: 603 – 26185555

Tidak Layak RMR1M?

Untuk mereka yang tidak layak memohon projek perumahan RMR1M ini, anda boleh baca artikel di bawah sebagai alternatif untuk mendapatkan rumah sendiri:

[Baca] Permohonan dan Borang Projek RMRPlus SPNB

Semoga bermanfaat. Dan semoga berjaya dengan permohonan RMR1M.

p.s: Penulis bukanlah agen kepada program ini, penulis hanyalah seseorang yang menyebarkan informasi ini supaya lebih ramai orang dapat miliki rumah sendiri. Tiada sebarang hubungan antara penulis dengan SPNB atau mana-mana Adun.

p.s: Segala jawapan kepada persoalan adalah sekadar pengetahuan dari penulis dan bukan kata muktamad atau rasmi yang dikeluarkan oleh SPNB


223 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Untuk jawapan:
    1 - Boleh atas budi bicara pihak pembiayaan. Ada kira-kira. Mungkin faedah kena bayar tinggi disebabkan faktor umur. Namun, bank selalunya akan berikan pembiayaan selagi kemampuan membayar balik itu ada.

    2- Ya, memang boleh jika ada kebenaran bertulis dan dimatikan setem perjanjian tersebut. Tetapi saya nasihatkan supaya elakkan membuat cara begini kerana ia akan membawa impak buruk kemudian hari. Dan jumlah pembiayaan juga akan dipengaruhi.

    BalasPadam
  2. Saya..........seorang tentera yang tiada keistemewaan dan peluang untuk pelbagai jenis peluan yang diberikan kepada nya oleh kerajaan. saya berpendapatan kasar RM 3,750.00 dan bersih RM 2,100.00 dengan potongan rumah dan sebagai nya. bagaimana saya untuk memiliki rumah mesra rakyat,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam tentera ada skim khas kalau tak silap, sila rujuk dengan CO tuan. Terima kaish.

      Padam
  3. Kena settlekan hal tanah itu terlebih dahulu. Lagipun, ia lebih baik buat sekarang sebelum masalah lain timbul.

    BalasPadam
  4. Nama perlu atas nama anda, jika bukan, saya diberitahu boleh mendapat kebenaran dari pemilik tanah

    BalasPadam
  5. Putus harapan dg konsep bagini. Tukar la nama Konsep rumah mesra tuan tanah miskin...ato Konsep rumah rakyat misken tapi tuan tanah.
    lebe ramai rakyat yg tiada tanah dn tiada rumah. Yg ada rumah tidak paham apa di alami oli yg mahu ada tempat tidur

    BalasPadam
  6. PERHATIAN:
    Sekarang sudah ada syarat terkini dan terbaru untuk memiliki Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia ini menerusi SPNB, cuba rujuk dengan laman web SPNB atau mana-mana pejabat ADUN.

    Saya difahamkan syarat terkini lebih baik dari sebelumnya, dan memberikan peluang lebih luas terutama yang BUKAN PEMILIK TANAH untuk mendirikan rumah sendiri dengan bantuan kerajaan.

    Harap Maklum.

    Saya juga akan kemaskini entri terkini mengenai rumah mesra rakyat ini untuk bantu mana yang boleh.

    BalasPadam
  7. klau bujang boleh mohon tak?dan tanah atas nama ibu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk syarat terbaru .. in Sha Allah boleh ..

      Saya ada tulis syarat terbaru dan juga cara terkini untuk memohon ... boleh rujuk kepada post berkaitan ..

      Padam
  8. Sy nk tya tya ada tp arwah pak mentua pnya.blh ke?lg 1,xblh ke klu kami cagarkn duit apff je?sbb klu x bt mcm 2spai bile pn xdpt umh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena uruskan pasal tanah arwah tu terlebih dahulu, baik disegerakan, kalau tidak lambat laun nanti akan bermasalah juga. Jadi, adalah lebih baik tanah itu diuruskan pindah milik nama, ia lebih mudah dan in Sha Allah, akan dapat elakkan berlaku perkara tidak diingini kelak.

      Tak boleh cagar duit epf, tetapi boleh keluarkan duit eepf untuk urusan pembelian rumah, tapi tak boleh mohon RMR ni. Tu guna saluran lain.

      Padam
  9. Sy nk tya tya ada tp arwah pak mentua pnya.blh ke?lg 1,xblh ke klu kami cagarkn duit apff je?sbb klu x bt mcm 2spai bile pn xdpt umh..

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Borang untuk RMR1M boleh didapati di pejabat Adun atau Wakil Rakyat tempat masing-masing. Akan ada sedkit tapisan untuk memohon. Di Pejabat Adun, ada borang kena isi, dan boleh semak di situ secara online untuk ketahui status permohonan.

      Padam
  11. Boleh lihat syarat baru RMR1M 2016, dan boleh juga apply untuk projek bawah RMRPlus SPNB

    BalasPadam
  12. saya nak tau keluasan 3,600kps tu bersamaan berapa.... 1/2 ekar @ suku ekar @ ......., tolong jelaskan.. tq

    BalasPadam
  13. Salam tn hasrulhassan..

    Ibu saya mempunyai sebidang tanah di taiping perak atas nama ibu saya. Bolehkan saya sebagai anak buat permohonan pinjaman perumahan tersebut atas nama saya dan bolehkan permohonan tersebut di buat di negeri sembilan kerana saya berkerja di sana.tempoh pinjaman dan kos pinjaman perumahan tersebut akan ditetapkan oleh kerajaan malaysia atau saya sendiri.

    Jika tanah tersebut ditukar kepada nama saya. Bolehkan saya memohon program rmr1m untuk membuat rumah. Sedangkan saya telah mempunyai rumah sendiri di seremban.

    Jika ibu saya ingin membuat pinjaman atas nama beliau. Pencen beliau cuma rm600 layakkah beliau memohon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok.

      Jawapan:
      1- tidak boleh buat permohonan kerana ia berdasarkan kepada kawasan Adun Negeri. Tanah boleh dibuat RMR1M walaupun atas nama anda, tetapi mesti mendapat izin pemilik tanah (secara bertulis, dan dimatikan setem). Pinjaman ditentukan oleh Bank, bukan kerajaan. Kerajaan hanya bagi diskaun pada interest bank sahaja.

      2- Boleh bina rumah, tetapi permohonan mungkin lambat diproses memandangkan ia dalah untuk golongan sasaran tertentu.

      3- Permohonan ibu tertakluk kepada pihak bank.

      Padam
  14. Kena cari tanah dekat dengan tempat kerja jika macam ni.

    BalasPadam
  15. Mengarutbtul .. klu gji 1000 dpt loan ape..
    Bank pn xnk lluskn.. rumah nk bina pn mhl 100k pling kurg.. dpt 20k subsidi.. ade lg 80k loan. Nk tolong rakyat pn agak2 lah..

    BalasPadam
  16. Saya perlukan rumah,masi sewa bilik lagi,tolonglah la sya,mcm mna nk daftar,isteri pn tngh mengandung..tolong la pihak berwajb no fon saya 0178280638 saya akn dtang klu ada dan cara utk dapatkan rumah sms pn x pa..saya akan pergi..semoga d rahamati Allah amin...tolongla rakyatmu dlm kesusahan ni....

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement