Minima Tapi Banyak dan Berkesan

Ramai yang menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Google+, LinkedIN, Pinterest, Digg dan banyak lagi, untuk mendapatkan trafik ke blog. Malah, ada blog yang menyertakan sangat banyak laman sosial ini dalam bentuk widget dan gajet dalam blog. Dalam entri ini saya ingin berkongsi mengenai tips mendapatkan trafik dari media sosial - minima tapi banyak (less is more).

Minima Tapi Banyak dan Berkesan

Cuba tengok widget perkongsian seperti di bawah ini.
Banyak tu ... memanjang je ke bawah. Sebenarnya cara ini kurang berkesan, walaupun ada sesetengah pendapat mengatakan lebih banyak pilihan untuk pengunjung berkongsi entri kita, maka adalah lebih baik. Tapi, dengan memberikan terlalu banyak pilihan, akan menyebabkan pilihan tersebut tidak dapat dibuat oleh pembaca entri blog kita.

Ala, macam pergi kedai yang jual murah-murah la, dah semua benda murah ... sampai kita tak tahu nak beli, lalu akhirnya keputusan tak dapat dibuat, langsung tak beli apa-apa. Yang rugi siapa? Tentulah kedai yang dok promosi jual murah.

Sama juga seperti dalam situasi di mana satu kedai tu buat jualan murah dalam banyak jenama. Kalau sesuatu jenama mahu mendapatkan paling banyak jualan, jangan jual murah ketika jualan murah, tetapi buat jualan murah ketika barangan lain mahal. Kan kan?

Kata lain, kita tidak memberikan pilihan terlalu banyak. Sempitkan dan hadkan pilihan tersebut. Apabila sudah kurang pilihan, nak tak nak .... mereka yang merasakan entri itu berbaloi dikongsi akan kongsikan menerusi platform yang telah sedia ada.

Dan bagi saya, di mana pembaca dan pengunjung blog ini kebanyakkan ada Facebook dan Twitter, maka dua platform ini menjadi keutamaan sebagai salah satu widget perkongsian sosial untuk entri-entri dalam blog.

Cuba lihat keberkesanan cara ini seperti yang ditunjukkan di bawah ini.


Inilah yang saya katakan minima tetapi banyak dan berkesan. Minima dengan kurang pilihan perkongsian, banyak kerana ramai yang kongsi entri tersebut di ruang sosial milik mereka ... dan berkesan kerana trafik semua entri yang dikongsi ini memang menakjubkan.

Kemungkinan ia akan lebih berkesan jika dan seandainya saya hadkan kepada Facebook dan Google+ sahaja.

Jadi, cuba hadkan pilihan.



6 comments.. read them below or add one

mrhanafi mrhanafi November 11, 2013
lebih baik fokus kepada golongan sasar sahaja!
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim November 11, 2013
Perkongsian yang pintar. Thanks.
Bahrain Ramlan Bahrain Ramlan November 11, 2013
benda tu dah cukup tak payah banyak2x...:)
Hamdan Baharim Hamdan Baharim November 11, 2013
macam mana ye nak letak fb,twitter ,semua tu???

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.