Langkau ke kandungan utama

Love Yasmin - Novel Kisah Hidup Seorang Blogger

Akhirnya novel kisah blogger arwah Yasmin Johan Eusof atau lebih dikenali Yasmin J Hunwick sudah boleh ditempah dan dibeli. Novel yang ditulis oleh Syimir Yunusi mula menjadi sebutan di kalangan mereka yang telah mendapatkannya. Malah, ramai blogger terutama blogger remaja yang membuat review mengenai novel ini.

Love Yasmin - Novel Kisah Hidup Seorang Blogger

Saya dimaklumkan bahawa novel setebal 340 muka surat ini sudah memasuki cetakan ketiga, berdasarkan sambutan yang menggalakkan. Novel ini dicetak terhad hanya berdasarkan permintaan, jadi anda tidak akan jumpa di mana-mana kedai buku besar di Malaysia. Makanya, ia merupakan sebuah novel yang eksklusif dan hanya untuk mereka yang berminat mahu tahu mengenai kisah hidup arwah blogger Yasmin Johan Eusof.

Cara Tempahan Love Yasmin

Novel yang diberi tajuk Love Yasmin ini berharga RM30 termasuk harga pos penghantaran. Tempahan hanya boleh dibuat menerusi di sini - Territory Yasmin J. Hunwick. Untuk pengetahuan, sebahagian hasil pembelian/tempahan novel ini akan digunakan untuk membantu saudara-mara Islam di negara-negera bergolak iaitu di Pattani (selatan Thailand), Arakan (Myanmar), Mesir, Syria dan Gaza di bawah kempen World for You, anjuran Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia.

Blog Penulis Novel

Kepada anda yang mahu mengenal penulis novel ini dan bagaimana beliau menulis mengenai kisah hidup seorang yang tidak dikenalinya, maka anda boleh jenguk blog ini - Ashabul Yamen

Review Blogger Pemilik Novel Love Yasmin

Jika anda mahukan sebuah review atau ulasan mengenai novel ini, bolehlah jenguk beberapa entri daripada blogger Malaysia yang telah memiliki novel eksklusif ini.
Ulasan oleh - safikablogger95.blogspot.com

Dan ini lagi review dari salah seorang pembaca novel berkenaan:

Bagi aku, hati aku tersentuh jugak, bergenang air mata baca novel ni :( (even aku ni bukan peminat tegar novel). Syabas kat penulis novel walaupon ni kali pertama dia menulis novel. Yang penting adalah mesej yang ingin disampaikan tu. Kisah sebenar hidup Arwah Yasmin Johan Hunwick.  - nurulsuryana.blogspot.com
Lagi review
Yang menyentuh perasaan aku bila baca titipan yang dibuah oleh ayah dan ibu al-marhumah Yasmin. Tak sedar air mata dah mengalir. Melalui novel ni aku dapat tahu al-marhumah Yasmin ni peminat UAI dan P. Ramlee. Dia juga mempunyat sifat penyayang dengan haiwan dan hobinya -anganadalah bermain piano. Aku pun ada angan-angan main piano tapi tak tahulah bila nak jadi kenyataan. Hehe. Aku suka dengan cover novel ni. Aku rasa kagum dengan semangat penulis yang bersusah payah nak hasilkan Love Yasmin sebab dia takda hubungan kekeluargaan pun dengan family Yasmin. - misshongki.blogspot.com
Sekali lagi, jika anda peminat novel, dan mahu dapatkan novel eklusif cetakan terhad ini, boleh dapatkan menerusi fan page di sini - Territory Yasmin J. Hunwick

Dan akhir sekali, mari sama-sama doakan kesejahteraan pada arwah, dengan mensedekahkan Al-Fatihah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ 



Lagi Komen Pembaca ...

  1. Semoga roh beliau di tempatkan bersama para solehin... Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, kita doakan bersama

      Padam
  2. al-fatihah...bro dah baca ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya baca blog .... ini bukan entri pertama mengenai diri arwah blogger ini

      Padam
  3. assalamualaikum hh...al-fatihah buat arwah...:(

    BalasPadam
  4. Baca blog dia best. Saya dah baca blog dia je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm blog dia ada part mengalir juga air mata jantan ...

      Padam
  5. pernah baca blog beliau....

    BalasPadam
  6. oh pernah dengar kisahnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab-bab atau perkara sebelum meninggal tu memang menyentuh hati.

      Padam
  7. Al fatihah... mcm dah terlupa kisah ni.. bila baca balik entry ni, tiba2 sedih balik.. rasa sedihlaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang sedih, dan sedikit sebanyak buka hati kita bahawa maut itu boleh datang dalam pelbagai cara.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.