24 November 2013

Kertas Soalan SPM 2013 Bocor?

Lama benar tak mendengar isu soalan kertas peperiksaan SPM bocor. Kali terakhir saya dengar berita sebegini adalah ketika masih lagi belajar di institusi pengajian yang dibina di tempat tinggi ... dan kali ini, isu ini dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Ada bukti - itu dakwaan pihak PPIM.

Kertas Soalan SPM 2013 Bocor?

Kertas soalan SPM 2013 bocor - PPIM
Kertas soalan SPM 2013 bocor - PPIM
Kertas soalan SPM 2013 yang didakwa bocor adalah kertas peperiksaan bagi subjek matematik dan matematik tambahan. Mengikut laporan akhbar yang diterbitkan 23 November 2013, aduan serta laporan polis telahpun dibuat.

Dan hari ini (24 November 2013), pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa aduan serta dakwaan tersebut sedang disiasat oleh mereka, malah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telahpun menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat perkara ini.

Kota Kinabalu: Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan kebocoran kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, berkata kementerian sudah mendapatkan maklumat daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang membuat aduan berkenaan.

Pendapat Guru Malaysia?

Bagaimana dengan rakan-rakan blogger terutama guru mengenai dakwaan seperti ini? Adakah benar masih wujud kebocoran kertas soalan SPM seperti yang didakwa? Atau ia hanya satu kebetulan memandangkan di Malaysia ini, perihal copy-paste memang jadi kebiasaan berlaku?

Bagi sayalah, SPM terutama bagi soalan seperti Matematik dan Matematik Tambahan; soalan yang seakan serupa pasti wujud memandangkan kedua-dua subjek adalah melibatkan penyelesaian subjektif walaupun jawapannya berbentuk objektif (perlu tepat).

Soalan Matematik, pusing tang mana pun, ia akan nampak macam serupa.

Tapi mungkin apa yang telah didakwa melibatkan soalan yang dijumpai serupa 100 peratus. Itu saya tidak pasti. Tapi kemungkinan ada, dan kemungkinan soalan tersebut yang telah ada atau diterbitkan 3-4 tahun dahulu juga diterbitkan semula juga ada.

Apapun, saya harap isu ini dapat diselesaikan segera dan menemui jalan penyelesaian supaya integriti Lembaga Peperiksaan serta Kementerian Pendidikan Malaysia tidak tercalar.

Kredit: Blog PPIM

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

8 Komen Kertas Soalan SPM 2013 Bocor?

anak sulung ana merupakan calon SPM tahun ini...bagaimanapun di sekolahnya tiada pelajar yang mendapat soalan bocor ini dan ana percaya pihak berwajib akan mengadakan siasatan terperinci mengenai perkara ini dan harap sangatlah tidak ada repeat paper utk calon2 SPM...

pada sy ini adalah kebetulan, anak saudara sy bljar dipusat tuisyen tersebut & abg ipar sy mengenali cikgu tersebut dr zaman sekolah, beliau seorg yg bijak, dan setiap tahun mmg meramal soalan. dlm 20 soalan slalunya masuk peperiksaan..Jangan cepat menyebarkan fitnah

Kan .. dalam hidup kita sendiri pun kadangkala ada kejadian yang berlaku berulang, inikan pula soalan SPM .. ye tak? Perkara begini boleh berlaku .... jadi tak perlulah gelabah sangat pun.

Oh ya .. psstt ... fitnah? Saya ke sebarkan fitnah? Huhuhuhu... kalau merasakan entri ini merupakan entri fitnah, maafkan saya. Tapi saya tak nampak tang mana fitnahnya tu ...

:)

Assalamualaikum Tuan.

Saya mengambil inisiatif utk menyiasat sejak tahun 2007 lagi apb kebocoran berlaku di sekitar Setiawangsa.

Kebocoran dua tiga hari yg lepas juga didalangi oleh orang yg sama pada tempat sama iaitu Masjid Muadz Jabal Setiawangsa. Satu replay dengan skrip sama seperti jalan cerita yg berlaku pada tahun 2007.

Inilah Dalangnya

Salam Cik/Puan Kamsiah.

Saya bukan guru utk menafi apa yang Cik/Puan katakan, namun saya juga pernah berada dalam aliran Sains.

Mmg ada persamaan format soalan, however it is totally impossible and intellectually inconceivable to believe that a set of spot questions shows similarities word by word and number by number with the actual exam questions.

maths needs skill.
takat satu soalan yg totally sama (if that what they say) does not make you an A or A+ student.
if tak pandai mengaplikasikan formula dan cekap mengira kasi lah soalan bocor dan hafal pun belom tentu boleh ingat.
sedangkan soalan fakta pun susah nak hafal ni kan pulak confusing formulas in addmaths and mod maths.

apakah keputusannya?? betulkah bocor?


EmoticonEmoticon