Keputusan UPSR 2013 Diumum

Keputusan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) akan diumumkan pada khamis 14 November 2013. Keputusan UPSR yang akan dikeluarkan merangkumi keputusan peperiksaan bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak melibatkan 478,848 calon.

Informasi ini berdasarkan kepada pekeliling yang telah diedarkan di semua sekolah rendah di seluruh Malaysia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semua calon UPSR 2013 boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah mulai jam 10 pagi pada hari berkenaan. Para pelajar dan ibubapa juga boleh mendapatkan keputusan UPSR menerusi SMS dengan menggunakan sistem MySMS 15888.

Cara untuk semak dan mendapatkan keputusan UPSR 2013 menerusi SMS adalah seperti berikut:

  • Taip - UPSR (Angka Giliran) dan SMS ke 15888
  • Contoh - UPSR AZ98781447 dan SMS ke 15888
Kepada anak-anak yang sedang menunggu keputusan, jangan gelabah dan gabra ehh ... rileks2 sudah. Apa jua keputusan yang diterima, anggap ia rezeki anda tatkala ini. Tak berjaya capai keputusan cemerlang bukan bermakna anda tidak pandai .... atau tidak bijak. Ada banyak lagi peperiksaan yang perlu dihadapi.

Buat ibubapa, inilah masa untuk anda menunjukkan sokongan moral kepada anak-anak. Biar apa pun keputusan yang mereka terima, redha dan gembiralah.



4 comments.. read them below or add one

Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy November 07, 2013
tak sabar nak tengok keputusan adik saya nanti..thanks info HH
mahmud thalut mahmud thalut November 07, 2013
Assalam
Debaran menunggu keputusan .
Sukma Haron Sukma Haron November 08, 2013
tak sabar nak tgk result UPSR anak buah...hihi

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.