Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Google Analytics sudah memperkenalkan struktur atau algorithma analitik terbaru yang dinamakan Universal Analytics. Struktur baru di dalam Google Analytics ini membolehkan lebih banyak data dianalisis bagi memberikan maklumat mengenai trafik yang singgah di blog kita.

Kepada yang masih baru dan tidak mengetahui mengenai Google Analytics ini, anda boleh baca entri saya di Video Tutorial Google Analytics.

Malah, saya ada berikan contoh untuk blogger blogspot memasang Google Analytics menerusi dashboard blogspot di entri ini Google Analytics Mudahkan Analisis Blogspot

Kemaskini Google Analytics - Universal Analytic

Universal Analytics adalah merupakan set inovasi teknologi terbaru dalam mempertingkatkan atau perbaharui cara data itu dikumpul dan diproses dalam Google Analytics. Ia dikatakan lebih menyeluruh dan akan berikan segala kelebihan untuk para pemilik laman web serta blog memperkemaskan blog supaya dapat menjana trafik yang diinginkan.

Untuk mendapatkan kelebihan menerusi Universal Analytics, anda perlu kemaskini kod HTML yang diberikan sebelum ini dengan kod baru. Untuk itu, anda perlu login ke Google Analytics, dan pilih ruangan admin bagi blog anda itu. Di situ, pilih Tracking Info, dan akan keluar di bawah tracking code. Salin kod tersebut dan letakkan bawah head dalam HTML blogspot anda.

Dah siap. Maka, lepas ni bolehlah selalu tengok Google Analytics untuk pantau trafik blog anda.

Ehemm .. kalau rasa macam malas nak buat, biarkan je sebab ia akan secara automatik pindahkan data-data lama ke analitik yang baru, cumanya proses tersebut akan ambil masa, dan ia akan menyebabkan blog anda kehilangan masa penting kerana ketika perpindahan data ini berlaku, blog anda tidak akan digelintar enjin carian. :)




7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dah lama x buka google analytic nih.....nanti nak try buka balik...

    BalasPadam
  2. salam..tq bro sudi berkongsi maklumat..byk nak kne belajar ni..

    BalasPadam
  3. ha'ah. dah berkurun tak buka.. hehe

    terima kasih bro! :)

    BalasPadam
  4. hmm..saie belum pandai lagi baca graf n analitik google nim..

    BalasPadam
  5. trima kasih untuk tuto abg HH . sangat membantu :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement