Langkau ke kandungan utama

Eyriqazz.com - Blog Padu Tapi Banyak Lompang

Eyriqazz.com - bukan sebuah blog biasa, ia merupakan blog pemilik seorang blogger yang cukup berkaliber - Nor Iman Nazuki. Blog ini memang cukup dikenali terutama di kalangan blogger-blogger yang telah lama berblog sejak 3-4 tahun dahulu. Jenama Great Teacher Onizuka menjadi kekuatan blog ini yang kekal 'berbaju' biru ketikan entri ini ditulis. Namun, daripada pandangan saya secara peribadi, saya masih melihat banyak lompang dan lompong yang boleh diperbaiki untuk menjadikan blog ini lebih padu daripada apa yang ada sekarang.

Eyriqazz.com - Blog Padu Tapi Banyak Lompang

Eyriqazz.com - Blog Padu Tapi Banyak Lompang

Oh, di mata anda mungkin tidak nampak cacat celanya. Tapi, kalau kita lihat dan tenung, ada beberapa kekurangan dalam blog ini yang sepatutnya boleh ditampal dan diperkuat. Andai dilakukan pembaharuan, dan ditambah beberapa pendekatan lain, saya pasti blog ini boleh pergi lebih jauh daripada apa yang ada sekarang.

Kekuatan Blog Eyriqazz.com

Sebelum melihat akan kekurangan, kita lihat apa yang kuat dan padunya blog ini. Pertama sekali, tajuk dan pemilihan jenama blog ini sendiri. Walaupun dalam kesukaran sesetengah orang termasuklah saya untuk pronounce ejaan Eyriqazz, namun keunikkannya menjadikan ia mudah diingati. Memang awal sukar nak ingat ejaan sebenar URL blog ini, tetapi disebabkan uniknya itu, kita cuba juga untuk menghafalkannya.... ala ala Arnold susah nak eja.

Blog ini mengenengahkan 3 topik utama dalam blog iaitu Food, Travel dan Parenting. Ini adalah seperti apa yang ditulis, tetapi kalau dilihat secara kasar dan sambil lalu, ada ketirisan topik di dalam blog. Cara mudah, anda lihat entri-entri yang diterbitkan dalam seminggu, lihat berapa banyak berkaitan topik yang disebutkan tadi dan jumlahkan, kemudian bahagikan dengan bilangan keseluruhan entri seminggu. Nampak peratusnya tak?

Blog ini disukai pengiklan. Ini adalah kerana semua iklan diletakkan di lokasi diinginkan oleh pengiklan. Banner-banner iklan diletakkan di bahagian atas blog, dan merupakan prinsip asas dalam pengiklanan berbentuk banner.

Dan dalam memberikan pilihan kepada pengiklan, banner iklan menjana pendapatan juga diletakkan antara entri dan juga di bahagian bawah sidebar, khusus untuk menawan mata pengunjung yang akan skrol entri sehingga akhir blog.

Dari sudut lain, entri-entri di dalam blog ini ada kebarangkalian tinggi memberikan pengalaman membaca yang kurang baik. Ini adalah kerana ayat-ayat dalam baris agak rapat, dan sepatutnya dijarakkan antara 1.5-1.8 em bagi line height. Ini merupakan jarak antara baris yang dianggap ideal dan menepati standard pembacaan mata. Manakala, dari sudut penceritaan, ia mudah difahami dan lebih relaks walaupun ada masa tajuknya agak berat.

Sudut SEO (Search Engine Optimization)

Dari sudut SEO, blog Eyriqazz.com ada masalah dengan H tag, baik di paparan utama blog mahupun pada halaman entri. Sudut loading blog, hmm memang bagus sekali. Kurang imej, maka masa untuk loading blog adalah pantas.

Alamak .. saya dah mula banyak berceloteh, tapi secara amnya, saya boleh katakan berikut:
  • Blog masih banyak boleh diperbaiki untuk SEO terutama mengenai deskripsi blog (meta description) yang agak panjang, H tag, validiti W3C dan juga penggunaan atribut untuk gambar serta imej.
  • Jarak baris ayat yang tidak terlalu rapat. Sesetengah orang agak sukar membaca perenggan yang barisnya agak rapat. Ia akan memberikan pengalaman pembacaan yang tidak berapa elok.
Bezakan antara kedua paparan blog Eyriqazz.com di bawah, yang pertama adalah yang asal, dan yang kemudia adalah yang telah saya ubah menggunakan Firebug:

Review Blog Eyriqazz.com
Review Blog Eyriqazz.com

Secara keseluruhan, apabila saya berada di blog Eyriqazz.com; saya berasa selesa .... dan cara penyampaian entri juga lebih personal walaupun entrinya bernilai global.




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. nak terjah lah blog tersebut

    BalasPadam
  2. blog yang semestinya hangat dengan entri beliau. hehe

    BalasPadam
  3. Assalam
    Masyaallah. Bukan calang-calang..
    Hebat.

    BalasPadam
  4. ni dah memang otai ni..baru sekali jumpa dia....

    BalasPadam
  5. Blog tu sy selalu terjah slain blog ini. byk ilmu diperoleh

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum...bro HH,

    siapa x kenal blogger bro eyriqazz nie... terbaik. mselim3 pun selalu komen kat blog dia....

    mselim3

    BalasPadam
  7. pergh! tue baru blog eyriqazz kalau blog aku lagi laa banyak lompang.. ha ha..

    BalasPadam
  8. segan datang sini.... hihihi banyak lompang juga...

    BalasPadam
  9. Teman bcaa entri ni rasa segan lak HH, bayangkan blog teman yang HH review.. aduh.. lompang lobang tirih semua adaaa.. huk3

    BalasPadam
  10. Blogger hebat. Dari awal sy berblog, blog eyriqazz sentiasa maju

    BalasPadam
  11. MasyaALLAH banyak ketinggalan tentang bloger hebat

    Juara Dunia Termuda Dalam Sejarah

    BalasPadam
  12. saya suka terjah blog eyriqazz.. dah lama dah jd follower dia.. kadang kadang ada juga join small contest beliau.. apa yang saya suka tentang blog beliau , diblog beliau banyak info tentang cara cara kite nak dapatkan pendapatan sampingan.. kiranya beliau tidak kedekut ilmu.. dari situ kita kaut dan kite cuba.. terbaik..

    BalasPadam
  13. Kebanyakan content dalam penulisan beliau memang berikan kesan dan menarik perhatian pembaca mahupun bakal client

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…