Selalunya selepas saya menulis atau menerbitkan sesebuah entri, saya akan mula gelintar kata kunci yang saya guna untuk entri tersebut dan lihat di mana kedudukan dalam SERP (Search Engine Result Page). Ini cara saya, lepas buat entri baru nak tengok keberkesaan kata kunci. Cara ini adalah salah, sepatutnya seorang blogger yang bagus ialah mencari dulu kekuatan sesuatu kata kunci dan barulah masukkan ke dalam entri...ingat ye .. :)

Cerita Lebih Kurang Tapi Trafik Tak Mandang

Tips dapat trafik untuk blogger baru

Apabila saya taip satu kata kunci di Google atau Yahoo, akan muncullah beberapa blog yang terdahulu buat entri berkenaan tajuk yang sama. Bila klik, lihat dalam isi kandungan ... tak banyak beza, isi lebih kurang sama sahaja ..... tapi, dari segi trafik ... entri tersebut tidak menyerlah. Malah, trafik ke entri tersebut agak nampak mendukacitakan. Kenapa? Kenapa cerita lebih kurang sama tapi trafik tak mandang?

Dan bila lihat blog lain, cerita lebih kurang sama, tetapi entri tersebut jadi top, jadi penyumbang trafik terbanyak?

Ramai yang tertanya, kenapa entri dengan tajuk hampir sama .... tapi kelebihan dapat pada blog lain dan bukannya blog sendiri yang sebenarnya terlebih dahulu 'tangkap' cerita dan kisah menggunakan kata kunci tersebut?

Ada beberapa perkara yang saya nampak, terutama yang berlaku kepada blogger baru.
  • Tidak guna khidmat laman web ping agregator seperti Busuk.org, Kartikel.com, Pingje.net, OhBelog.com, Apesal.com dan sebagainya.
  • Tidak kongsikan entri di Facebook serta laman sosial yang lain - hanya harapkan orang lain yang lakukan, walhal diri sendiri pun boleh kongsikan ia berulang-ulang kali.
  • Tidak lengkapkan blog dengan sitemap untuk penyebaran secara langsung entri yang telah diterbitkan.
  • Tidak menggunakan kelebihan Google berikan dengan menggunakan Webmaster Tools serta Google Analytics.
  • Entri tidak dimaksimakan untuk SEO - terutama dari segi tagging gambar serta pembinaan link dalaman yang berkait.
Disebabkan itulah, entri tersebut walaupun berada di SERP dengan baik, tetapi tidak dapat memberikan impak trafik yang diinginkan. Sumber trafik blog ada banyak, dan seharusnya dimaksimakan supaya blog dapatkan trafik yang dicari.

Ada yang tidak kisah mengenai trafik ke blog, tapi kalau anda sudah ambil kisah ... pasti anda akan teruja. Dan akan berikan banyak kelebihan yang sebelum ini tidak pernah pun terfikirkan. Percayalah.

Jadi, mantapkan penceritaan dalam blog, gunakan segala sumber untuk tingkatkan trafik dan lihat kesudahan yang baik untuk blog anda.



4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Site map blum buat.. macam apesal dgn ohbelog tu nk kena ada widget kt blog kalau xde takboleh post entry, kalau widget dia macam busuk.org (hanya boleh letak banner) taklah berat sangat loading kan bro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pilihlah mana yang berbaloi untuk blog. Bukan semua itu ada berikan kelebihan.

      Padam
  2. Assalam
    Terima kasih Tuan HH atas panduan.

    *Ruang komen blog saya kini sudah BEBAS dari word verification :) :)
    Alhamdulillah.
    Baru jer jumpa settingnya - maaf ya semua kerana menyulitkan selama ini.

    BalasPadam
  3. betul tu bro HH...lepas guna laman ping, trafik dah meningkat walaupun x mencanak...bagi saya facebook adalah sumber 'targeted trafics' yg memang berkesan selain google..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement