Langkau ke kandungan utama

Cara Mudah Buat Iklan Pop Up

Bagi mereka yang memang menjadi pengunjung setia blog ini, tentu sedar bahawa saya ada paparkan iklan pop up dalam blog ini, kadangkala saya buat pop up tu keluar di halaman utama blog ini, kadangkala saya buat hanya untuk paparan entri, dan ada masa saya buat iklan pop up tu keluar di entri-entri terpilih sahaja. Jadi, saya dah selesai buat ujian, dan saya mahu kongsikan kepada anda cara mudah buat iklan pop up bagi membantu anda menjana pendapatan menerusi blog.
Cara Mudah Buat Iklan Pop Up

Tapi sebelum itu, saya ingin menasihati anda bahawa iklan-iklan sebegitu, adakala tidak disukai oleh pengunjung blog. Namun, jika kena cara dan kaedah, ia boleh menjana pendapatan mudah untuk blog anda, tanpa membuatkan pengunjung rasa terganggu.

Cara Mudah Buat Iklan Pop Up

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menyalin kod HTML di bawah dan masukkan ia sebagai widget HTML/Javascript dalam blog. Anda boleh letakkan ia di mana-mana sahaja bahagian blog anda.


Dalam koding di atas, gantikan kod iklan anda itu dengan kod-kod iklan seperti Nuffnang, ChurpChurp, 8Share, Advertlets dan seumpamanya. Lepas tu, save .... dan lihat hasilnya.

Siap. Mudah je kan? Anda boleh ubah posisi iklan anda itu untuk muncul dengan rujuk bahagian tetapkan kedudukan untuk pop up muncul dalam kod yang saya berikan di atas.

Untuk membolehkan iklan ini keluar dalam tajuk-tajuk entri tertentu, atau mahu ia muncul dalam bahagian tertentu dalam blog anda, maka gunakan Conditional Tags yang pernah saya ceritakan dalam entri ini - Blog Jadi Dinamik

Awas, iklan pop up yang keluar mungkin akan menyebabkan entri-entri terkini gagal dikesan oleh robot enjin carian. Maka, nasihat saya ... elakkan penggunaannya secara menyeluruh, atau guna ketika ada iklan yang benar-benar menguntungkan.

Oh ya, cara ini juga boleh anda gunakan untuk buat hebahan, tonjolkan segmen atau kontes yang anda anjurkan serta menambah LIKE untuk Facebook.

Selamat mencuba.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Terima kasih untuk tutorial ini. Sy memang terfikir macam mana nak buat pop up tu...so this morning ternampak pula dkt blog otai hehe...thanks !

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum..bro HH,

    ok gak buat iklan pop up nie tp kekadang menganggu lah...hehehe

    mselim3

    pls: ok ... hehhe..

    BalasPadam
  3. Ada masa menganggu, tetapi bagi blog yang ada nama boleh letak, contohnya blog OH. Pasal kita blog baru ,dah le tak ada nama, bila letak sudah pasti pembaca akan bosan. Manusia sabar menunggu kerana ada sesuatu ganjaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Jika jenama kukuh, in Sha Allah.

      Padam
  4. Tq..Sudah lama mencari tutorial ini tetapi apa yang menakutkan apabila iklan pop up menyebabkab entri-entri terkini gagal dikesan oleh robot enjin carian. Macam mana tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok. Katakan anda sedang berjalan ke sebuah shopping mall .. anda lalu deretan kedai ... anda nampak satu kedai menarik, tetapi bila nak sampai dan masuk ke kedai tersebut, anda ternampak satu poster di hadapan kedai merujuk "Potongan Harga 90%" ... dan potongan itu merujuk kepada kedai lain, sudah pasti anda akan ke kedai potongan harga itu .. dan tidak pun lihat ke kedai yang mula2 anda nak masuk. Begitulah juga enjin carian, ia akan nampak iklan itu dahulu sebelum sempat gelintar isi kandungan blog anda.

      Padam
    2. Hehe... mekasih dah takdak iklan popup tp iklan mobicow tu buat akak jelly jer... cer ajar cmner nk buat tu... hehehe...

      Padam
  5. lau newbies bg aku tak digalakkan kot...hu3..kalau mcm blog bro ni...gua bleh trime lagi

    BalasPadam
  6. teringin mencuba..tp dahlah traffik blog sy tak hot..huhu

    BalasPadam
  7. Saya dah mencuba, tapi dia keluar tulisan, bila kita click pada pangkah tu, dia takleh padam. Kenapa yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kesilapan pada koding, saya dah betulkan. Boleh cuba semula .. terima kasih.

      Padam
  8. menarik, tp mcm tak berani letak sebab takut pengunjung menyampah, blog cn ni picisan je..hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…