Cara buka akaun Paypal. Tahukah anda mengenai Paypal? Paypal merupakan satu laman web atau aplikasi dalam talian yang membolehkan anda jual, beli atau pindahkan wang anda dengan selamat ke serata dunia.

Menerusi Paypal, anda boleh membeli sesuatu secara dalam talian dengan mudah, dan anda boleh menerima bayaran secara mudah apabila menjual secara dalam talian.

Cara Buka Akaun Paypal Terima Bayaran

Cara buka akaun Paypal Malaysia



Perkara pertama yang mungkin bermain di benak fikiran anda mengenai PayPal. Adakah ianya selamat? Saya berani jamin, selama saya telah menggunakan servis PayPal untuk urusan beli belah dan terima bayaran, ia adalah 100 peratus selamat. Tak perlu bimbang. Ia merupakan antara cara pembayaran paling selamat pernah saya gunakan.

Ia merupakan satu aplikasi yang diterima kebanyakkan pedagang dalam talian seluruh dunia. Jika anda ada bisnes online, dan mahukan barangan anda dijual untuk pasaran antarabangsa, maka penggunaan Paypal adalah digalakkan. Perkhidmatan ini telah tersedia sejak dari tahun 1999 lagi.

Manakala untuk proses membeli, anda boleh menggunakan akaun Paypal anda untuk beli produk dan perkhidmatan yang disediakan dari serata dunia.

Dengan Paypal, anda boleh beli dan terima bayaran menggunakan kad kredit, malah anda boleh pindahkan wang yang ada dalam akaun Paypal anda ke akaun Paypal orang lain dengan selamat dan mudah.

Tiada sebarang caj dikenakan untuk pembelian dan penjualan online menggunakan perkhidmatan ini, tetapi bagi tujuan untuk membolehkan anda mengeluarkan wang daripada akaun Paypal anda, akan ada sedikit caj dikenakan (who pay a 2.9% transaction fee on the total sale amount plus a $0.30 fee per transaction). Walaubagaimanapun, ada diskaun diberikan kepada pedagang atau penjual tertentu, dan kadarnya adalah lebih rendah daripada dinyatakan secara umum. Anda perlu semak kadar ini di laman web Paypal.

Ok. Saya ingin kongsikan kepada anda, untuk bagaimana cara nak buka akaun Paypal bagi terima bayaran. Dan sebagai pengguna am, perkhidmatan ini adalah percuma. Tiada bayaran dikenakan.

  • Pergi ke https://www.paypal.com/
  • Pilih jenis akaun yang anda mahu buka; samada - "Personal" atau "Business." 
  • Pilih negara (Malaysia) 
  • Masukkan alamat email anda dan pilih kata laluan. Klik Continue. 
  • Isikan maklumat yang diperlukan dan masukkan CAPTCHA yang disediakan. 
  • Sila sahkan (confirm) yang anda telah membaca segala PayPal User Agreement. Klik Agree dan butang Create Account.
Cara buka akaun Paypal Malaysia

Cara buka akaun Paypal Malaysia

Cara buka akaun Paypal Malaysia

Selesai. Mudah je kan?

Ok. Untuk menerima duit menerusi akaun Paypal atau dengan kata lain, akaun Paypal anda dah penuh dengan USD, dan anda mahu keluarkan ia .. maka sila gunakan akaun Maybank untuk mudahkan urusan dan diterima pakai seluruh dunia. Jika nak lagi mudah, anda boleh apply kad debit Maybank Paypal. Masukkan butiran kad debit atau kredit yang disediakan dalam akaun anda.

Saya menggunakan kad kredit CIMB dan kad debit Maybank untuk urusan dalam Paypal ini.

Verifikasi akan dilakukan, dan kemungkinan pihak bank akan menghubungi anda untuk pengesahan. Apabila kad anda telah diterima samada debit atau kad kredit, maka mudahlah nanti anda mahu berurusan menggunakan Paypal ini.

Bagi mereka yang mahu buat bayaran kepada anda menggunakan Paypal, mereka hanya perlu masukkan alamat email sahaja, tanpa perlu no akaun apa-apa. Dan anda akan terima notifikasi pembayaran atau penerimaan wang menerusi email. Dan mereka boleh pindahkan wang atau buat bayaran samada dengan cara terus (dari wang dalam akaun Paypal) atau menerusi kad kredit yang mereka anda - sangat sesuai bagi mereka yang ada blogshop atau blog niaga.


Saya harap entri ini akan beri pencerahan kepada mereka yang mahu buka akaun Paypal, samada persendirian mahupun untuk bisnes online mereka.

Semoga bermanfaat.






49 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. thanks tuto nie HH...mana tau satu hari nanti berguna utk saya...

    BalasPadam
  2. saya dah buat akuan paypal.. tp belum pernah berurusan lagi guna paypal.. mungkin boleh rujuk dgn tuan ttg cara penggunaan nye nnt..insyallah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah ... boleh sahaja. Tak ada masalah.

      Padam
  3. Assalammualaikum...bro HH,

    moga berguna buat mselim3 suatu hari nanti... paypal dah meluas penggunaannya dalam pembayaran atas talian..

    mselim3

    BalasPadam
  4. pernah cuba buat paypal account tapi terhenti setgh jalan lol :p

    BalasPadam
  5. ha... sudah tahu caranya..tkasih a.hh :)

    BalasPadam
  6. gua dah ada ni..tp duit je yg xmasyuk..hu3

    BalasPadam
  7. yeah..ahkak dah ada akaun paypal..dan memang sgt bermakna jika ada paypal..tp xbermakan klu paypal kosong jer...huhuhuhuhu

    BalasPadam
  8. Informasi yang sangat baik bagi mereka yang mahu membuka akaun paypal untuk urusan secara online.

    BalasPadam
  9. Hi nak tanya admin..if buyer use paypal utk byr, duit tu akan floating dulu ke until lt post brg die sbb sy check akaun paypal zero money

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila pembayaran dilakukan oleh seseorang menerusi paypal, kita akan terima pemberitahuan tersebut samada untuk accept atau pulangkan balik. Jika dia kata dia bayar, kena check dulu ref pembayaran samada telah dibuat atau tidak.

      Pembayaran pada pengalaman saya terus online, tak ada floating apa2 pun ... kena baca balik terms yang ada, mungkin terkena untuk pembayaran dengan nilai tinggi, contohnya lebih USD1000 ke ...

      Padam
    2. Setiap kali bayaran diterima menerusi Paypal, Paypal akan terus email saya dan beritahu ada duit masuk.

      Padam
  10. Assalamualaikum.

    Sy belum buat apa2 transaksi dalam akaun paypal sy kerana saya tak tahu cara nak pindahkan duit dari akaun rhb ke dalam paypal. Boleh buat 1 post cara nak pindahkan wang ke paypal ?

    Terima kasih,

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, nanti saya akan tulis berkenaan benda tu

      Padam
    2. Salam.. Tuan HH dah tulis ke pasal tu???

      Padam
  11. kenapa tak dapat penuh pembayaran? Ada issue refund..apa tu yer? tak pandai sangat mengenai paypal nie...Harap dapat membantu..

    BalasPadam
  12. Terima kasih. Artikel ni sngat membantu.

    BalasPadam
  13. tips buka akaun paypal yang bagus dan boleh di cuba

    BalasPadam
  14. salam...saya sudah buka akaun paypal tp x ade kad utk paypal,blh x if withdraw by manually?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau beli ebook tu, tentu dah tahu pasal ni ... dah boleh buat duit pun ...

      Padam
    2. Jika dah dapatkan ebook yang saya promosikan tu, mungkin masalah boleh diselesaikan.

      Padam
  15. Thanks 4 sharing...mmg info yg sgt membantu buat Farah..=D

    BalasPadam
  16. Aslmkum,sy nk tanya berkenaan dengan acc paypal ni..sy ada jual barang dekat mymudah,ada org luar beli barang yg sy jual tu,dia suruh sy bkak acc paypal dan telah buat bayaran melalui paypal..sy ada terima email mengatakan dia sudah membayar sejumlah duit kepada sy termasuk duit shipping..tp sy x dpt lagi duit tu,kerana pihak berkenaan menyuruh sy membayar agen shipping menggunakan duit sy dahulu sebanyak rm1200.
    Yang jd persoalan sekarang,adakah ianya selamat.?.dan adakah sy akan dpt balik duit sy itu termasuk duit barang yg sy jual kepada dia?. Sy amat keliru..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pun dlm situasi yg sama...pendapat bro hasrul

      Padam
    2. Ok. Perkara pertama ialah anda menggunakan akaun personal untuk jual beli. Apabila jual beli begini, maka seharusnya anda gunakan akaun bisnes yang lebih selamat ...

      Cuba buka akaun Paypal business, atau mohon pencerahan dari pihak Paypal sendiri.

      Saya juga syorkan anda dapatkan panduan paypal untuk lebih faham mengenai masalah yang dihadapi.

      Padam
  17. Balasan
    1. Rasanya saya ada email cara penyelesaiannya kan?

      Padam
  18. Baru nak buka nie.
    Thank you share.
    Sangat membantu.

    BalasPadam
  19. Hye askum.. nk tanya, perlu ada akaun maybank2u dulu ke baru blh bukak akaun paypal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan akaun Maybank2u .. tetapi Maybankad .. untuk bolehkan duit dari Paypal dipindahkan ke dalam akaun.

      Boleh juga gunakan RHB dan juga CIMB. Tetapi dua2 kad mesti ada VISA.

      Padam
  20. email paypal tue email address yg kita login ke..
    blur seketika

    BalasPadam
  21. saya terima refund tapi tak tahu macam mana nak buat untuk pindahkan ke akaun Maybank

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah dapatkan panduan yang disyorkan di atas?

      Padam
  22. salam encik.ada org luar negara nak beli barang dari sy dan suruh buka acc paypal.dia kata telah membuat bayaran dan sy lihat pada aacc paypal tiada sebarang bayaran dibuat.sebalik nya terima email memalui spam.dan dia kata suruh pergi ke western union untuk terima pembayaran dari org tersebut dan kita perlu bayar sejumlah wanh untuk aktifkan pembayaran tersebut.setahu sy bila bayaran dibuat terus masuk ke acc paypal kan encik?

    BalasPadam
  23. salam..sthu sya bnyak mjrty org luar yg sruh bka acn paypal mlalui mudah..tpi bla dah stell smua deal..kta plak yg kna byar dt dlu..2 mjrty bnyak afrika yg mnymar&bleh ke dorg dpat dt 2 dri acn kta..mjrty dorg mnymar nk bli brg kta..tpi kta msti kluar dt dlu..

    BalasPadam
  24. Salam....encik muhammadfikri rashid...saya rasa saya pun dpt email yg sama..dari luar negeri yg mahu saya membuka acc paypal untuk dia buat bauaran..saya rasa ni scam...huhuhu

    BalasPadam
  25. TERIMA KASEH dgn info ni. byk mmbantu

    BalasPadam
  26. bro HH, selalu ambek masa berapa hari kalau payment nak masuk akaun paypal??
    selepas je dapat notis kata payment dah dibuat?? atau dua tiga hari jugak??

    BalasPadam
  27. Kenapa payment dari pada buyer status on hold? ?sybaru register paypal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akaun buyer tu blum disahkan lagi untuk pembayaran .. mungkin sbb dalam akaun paypal dia tak cukup duit

      Padam
  28. Salam, sy nak tanya, sy ada acc acc paypal, sblum ni pernah beli brg online buat pembayaran melalui paypal. tp kalau sy nk mulakan business online, adakah sy perlu biat acc paypal lain untuk terima duit drpd buyer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu. Tapi personal account ada had dia utk terima. Saya tak pasti had dia dah jadi berapa, kalau nak selamat, buka akaun untuk syarikat/bisnes. Jadi, anda boleh terima dan keluarkan duit dari paypal tanpa had.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement