Salah satu kaedah untuk sesebuah blog cepat naik, dan mendapat Google Pagerank (PR) yang bagus ialah mempunyai backlinks yang berkualiti. Ramai blogger yang mahukan blog mereka punyai Google Pagerank yang baik, tetapi tidak tahu cara dan kaedah yang sesuai. Salah satu cara untuk mendapat PR yang baik, menerusi backlinks ialah dengan membuat entri pelik.

Buat Entri Pelik Untuk Dapatkan Backlinks

Ya, buat entri pelik. Laaa ..janganlah dok pandang-pandang pelik pula. Saya bagi contoh mudah je la. Anda tengok blogserius.blogspot.com; blog ini punyai backlinks sikit punya banyak. Kerana apa? Kerana kebanyakkan entri-entrinya memang pelik. Ditonjolkan kepelikkan ini dengan menggunakan tagline tertentu, yang menggamit orang lain untuk klik sesebuah tajuk entri.

Benda pelik adalah benda yang jarang berlaku. Jadi, kalau anda dapat memikirkan atau menerbitkan sebuah entri yang pelik, in Sha Allah, dengan berikan sedikit masa, akan ada blogger, blog atau laman web yang secara sukarela memberikan backlink kepada entri dan blog anda itu.

Saya sendiri pernah menggunakan pendekatan ini, bukan hanya saya memberikan backlinks, tetapi saya juga dapat backlink kerana kongsikan satu entri berkaitan dunia haiwan, dunia tumbuhan yang memang banyak kepelikkan dan keunikkan.

Dengan sedikit usaha untuk mengkaji dan mencari fakta; anda boleh sediakan entri-entri pelik yang boleh membuatkan pengunjung pertama berada kekal dalam blog dan menyelongkar isi kandungan blog anda secara total.

Kadangkala ada cerita pelik yang berlaku dalam hidup anda, itu juga boleh dikategorikan entri pelik yang boleh anda kongsikan dalam blog. Ala, contoh macam ni ...

  • Satu Entri 30K Pageviews Sehari - Ni boleh dikatakan pelik sebab ia jarang berlaku, pasti orang nak tahu ... 
  • Kahwin Sebulan Sudah Mengandung - Ini juga boleh jadi entri yang saya katakan tadi. Dah ramai yang buat entri macam ni dan dapat bertingket-tingket trafik masuk.
  • Bunga Depan Rumah Kembang Tengah Malam - Nampak biasa, tapi bagi sesetengah orang ia satu kepelikkan, dan ada rasa ingin tahu mengenai bunga yang hanya kembang di tengah malam.

Itu antara contoh entri-entri yang boleh dikategorikan pelik dan boleh memberikan backlinks kepada blog anda. Cubalah nanti.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

17 Komen

penggunaan title entry yg lain daripada yg lain.. kreatif org mcm ni..=)

Reply

Assalammualaikum...bro HH,

mselim3 pun tgh xder idea apa nak ditaip nie..

Reply

Entri tajuk pelik ni mengundang curiosity pembaca. Pakai sekali-sekala orait la kot. Kalau hari-hari dah jadi macam cliche pulak kang. Hehehe

Reply

kreatif dia..tgk tajuk pun rasa nak baca entri tu :D

Reply

Idea yang bisa bikin orang suspen..hehe

Reply

Ya, suspen tu barulah best .. hehehehe.. kasik debar sikit

Reply

Tips menarik. Kena kerah otak fikir lebih kreatif untuk tajuk entri pelik ni.

Reply

good tips. terima kasih atas perkongsian.. :)

Reply

Assalam
Kena latih ni - tulis entri pelik-pelik.

*terima kasih ya Tuan HH kerana listkan blog saya di #bloglist50 :)

Reply

Boleh masuk sebagai salah satu topik hangat dalam blog...benda2 pelik untuk dapatkan backlinks. Thanks.

Reply

Ikut hati memang nak buat 18 blog tapi 1 blog pun x terjaga..

Reply

orang memang suka benda2 pelik ni kan

Reply

Setuju HH. Rasanya selain dari yang pelik, yang misteri juga pasti disukai ramaikan..

Reply

"ayam" di lorong gelap berjaya di berkas...haha

pelik x?

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.