08 November 2013

Bolehkah Satu Akaun Ada Banyak Blog?

Ada yang bertanya, bolehkah satu akaun (satu akaun login Google) boleh ada banyak blog? Jika anda seorang blogger yang sudah lama berada di dunia blog, tentu sudah mengetahui jawapannya. Persoalan sebegini selalunya akan ditanya oleh blogger yang baru berjinak dalam dunia blog, dan entri ini akan memberikan jawapannya.

Bolehkah Satu Akaun Ada Banyak Blog?

Soalan mudah, jawapannya juga mudah. Bolehkah satu akaun blogger boleh ada banyak blog? Jawapannya ialah boleh. Ya, anda boleh ada seberapa banyak blog yang anda mahukan. Tetapi .... aha ada tetapinya. Baca seterusnya untuk mengetahui akan kekangan yang perlu anda tahu bila ada satu akaun dengan banyak blog ini.
Satu akaun Google Blogspot - banyak blog

Ok. Untuk info, saya sendiri ada satu akaun dengan 10 lebih blog. Dan untuk tambahan, saya ada 3 akaun Google berbeza ... hehehhee... dan setiap akaun ini handle beberapa blog lain. Jadi, secara amnya, saya mempunyai lebih kurang 15-20 blog dalam satu-satu masa. Ada blog yang saya akan padamkan jika ia tidak mencapai sasaran yang saya mahukan.

Kekangan Jika Satu Akaun Banyak Blog

Apakah kekangan yang saya sebutkan di awal tadi?

Pertama sekali ialah berkaitan dengan storan untuk meletakkan imej serta gambar. Jika anda ada banyak blog, maka setiap blog itu akan kongsi satu akaun album gambar yang sama - yang tersimpan dalam Picasa Web Album. Storan pula adalah terhad walaupun saiznya agak besar. Sampai masa ia akan penuh dan anda perlu membayar untuk simpan lebih banyak gambar.

Jika ada banyak blog, maka semakin mudahlah jumlah atau saiz storan itu menyusut. Lebih-lebih lagi andai setiap blog itu menggunakan terlalu banyak gambar. Jadi, kena bijak urus blog agar saiz storan tidak cepat menyusut.

Keduanya, seandainya anda menggunakan perkhidmatan Google Adsense untuk iklan; blog-blog anda perlu sentiasa waspada agar tidak sesekali melanggar TOS yang ada dalam perkhidmatan Google Adsense. Jika salah satu blog langgar syarat tersebut, maka ia mungkin akan terkait pada blog-blog yang lain. Anda mungkin kehilangan akaun Google Adsense dan tidak boleh lagi menggunakannya di blog untuk menjana pendapatan.

Itu antara kekangan yang dapat saya berikan seandainya anda ada satu akaun dengan banyak blog.

Boleh ada banyak blog dengan satu akaun. Tidak menjadi masalah. Namun, anda harus tahu dan pandai membahagikan masa antara blog-blog tersebut agar ia sentiasa dikemaskini. Jika lebih banyak blog bersawang dari update (dalam akaun yang sama); kredibiliti diri anda dalam dunia blog serta enjin carian mungkin terjejas.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

14 Komen Bolehkah Satu Akaun Ada Banyak Blog?

IM ada dua tiga blog tapi bukan senang nak handle banyak blog..

selamat pagi
singgah pagi jumaat

sejujurnya..ayu ada 2 blog. satu yang peribadi alhamdulillah boleh la juga handle. tapi yang craft tu tak terhandle. nak tutup sayang pula..

saya dulu ada 3 blog,..sekarang ada 2 je... mmg byk blog ada cabarannya...xder idea nak tulis...blog..huhu

for now fae selesa buka 1 blog je dulu. hehe. nak buat blog baru, takut tak terjaga.

saya aktif dengan satu blog walaupun ada 3 blog....

saya ada satu blog pon tak terjaga... mgkn dah terer bab penulisan boleh bukak lagi satu niche blog...

Ingat nak buat satu blog satu akaun google lagi senang kan

now kita ada 1 blog je..pun baru merangkak ;)

asalnya husna ada satu tapi sekarang dah jadi dua..itupun sebagai penulis je..hehehe..

penat jugak handle bnyak blog ni..

hu3..gua sedang mencuba nk buat satu lagi blog..harap2 berjaya la nanti

Mustahil tak nak merge dua blog kepada satu?
Kalau migrate dr bs ke wp psossible..
Ni nak merge..Mustahil ke tak?

Mohon jawapan tuan..

Saya tak pasti dan tidak pernah mencuba, tapi boleh cuba baca ni - http://www.bloggertipstricks.com/merge-blogs.html

salam..saya nak ubah templates tp xblh bro


EmoticonEmoticon