Blog Fizo Omar dan Gambar Nikah Dengan Mawar Karim

Alhamdulillah, tahniah tahniah kepada pasangan Fizo Omar dengan Mawar Karim, yang telah selamat dan sah menjadi pasangan suami isteri. Fizo Omar atau nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, bekas pemain bolasepak kebangsaan telah melansungkan pernikahan dengan Mawar Karim, anak kepada pengasas Fareeda Nyata Jelita pada 10 November 2013.

Blog Fizo Omar

Fizo Omar ada blog? Itulah yang saya rasakan apabila melihat blog ini - Blog Fizo Omar
Blog Fizo Omar
Paparan di atas mungkin dari blog lama, ini ada satu lagi versi blog Fizo Omar - Fizo Omar. Kelihatan masih baru lagi dengan entri paling awal sekitar September 2013.

Fizo Omar Nikahi Mawar Karim

Fizo Omar telah selamat diijab kabul dengan Mawar Abdul Karim sekitar jam 9.32 pagi 10 November dengan sekali lafaz. Pasangan sama cantik sama padang ini telah dinikahkan oleh jurunikah yang merupakan Pegawai Tadbir Majlis Agama Daerah Hulu Langat, Encik Mohd Arif Abdul Samad.

Hantaran Pasangan Pengantin

Majlis perkahwinan ini menyaksikan pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc.
Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.

Fuh ... kalau tengok bab hantaran tu, memang hebatlah, sebuah motorsikal berkuasa tinggi buat kedua-duanya, dah nampak ada keserasian di segi hobi di situ.
Apapun tahniah buat kedua pasangan ini, semoga kekal bahagia, In Sha Allah, sehingga hujung nyawa.

Gambar Nikah Fizo Omar Dengan Mawar Karim

Gambar Nikah Fizo Omar Dengan Mawar Karim
Gambar Nikah Fizo Omar Dengan Mawar Karim
Foto Nikah Fizo Omar Dengan Mawar Karim
Foto Nikah Fizo Omar Dengan Mawar Karim

Kredit Foto: Rotikaya

{ 8 comments.. read them below or add one }

nurul nurul November 10, 2013
Alhamdulillah. Doakan kebaikan untuk mereka.
baby comel baby comel November 10, 2013
suka sangat tengok mereka. cantik, tahniah...
Kongsi ArtikelBlog Kongsi ArtikelBlog November 10, 2013
tahniah Fizo Omar .. moga kekal dan aman sehingga ke anak cucu.. :)
kucha lana kucha lana November 10, 2013
tak sangak fizo pun ada blog...tahniah dan semoga diberkati selalu
Ahsfantasy Ryu Ahsfantasy Ryu November 10, 2013
Moga bahagia hingga syurga..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 10, 2013
Kita doakan kebahagiaan dan kebaikan.
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim November 10, 2013
Tahniah...semoga bahagia selalu.
zulaikha ali zulaikha ali April 18, 2016
Bagai pinang dibelah dua =)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.