Berikan Nilai Dalam Setiap Entri

Ramai yang buat blog, ramai yang terbitkan entri. Ada yang secara berkala, ada yang main semborono. Ada yang tulis kerana SEO (Search Engine Optimiation), ada yang tulis sekadar kongsi cerita suka-suka. Tapi, tidak ramai di antara kita menulis entri yang punyai nilai. Apakah nilai yang saya maksudkan ini?

Berikan Nilai Dalam Setiap Entri

Dalam entri ini, anda akan dapat tahu serba sedikit mengenai cara untuk menulis sebuah entri blog yang mempunyai nilai. Nilai yang saya maksudkan bukanlah berkaitan dengan matawang, mahupun trafik. Ia berkaitan sesuatu yang boleh anda berikan kepada dunia, kepada masyarakat, kepada pengunjung serta pembaca blog anda.

Entri Cendol Kosong

Ramai antara blogger Malaysia yang menulis entri kosong tanpa ada apa-apa impak. Contohnya, anda cerita pasal makan cendol di tengahari di Banting. Dalam entri tersebut, anda hanya cerita betapa sedapnya cendol, apa yang ada dalam cendol yang anda makan ... dan kemudian letak gambar cendol itu dari pelbagai sudut - ada gambar sudut sisi, ada sudut atas, ada gambar cendol sebelum dimakan, dan gambar cendol lepas anda kenyangkan perut. Mana nilai entri seperti ini?
Berikan Nilai Dalam Setiap Entri

Apa yang dicadangkan ialah anda tulis satu entri yang punyai nilai untuk pembaca. Contoh paling mudah ialah entri-entri berkaitan pelancongan, seperti rakan-rakan blogger yang dah tulis mengenai #VMY2014. Dalam entri tersebut, ada informasi mengenai tempat mereka lawati, apa yang ada di tempat mereka kunjungi, kemudian ada info mengenai bagaimana untuk hubungi serta alamat tempat menarik yang mereka ceritakan.

Bagaimana Buat Entri Cendol Ada Nilai?

Berbalik mengenai entri cendol tadi, ia boleh menjadi sebuah entri yang ada nilai, jika ....
  • Anda nyatakan lokasi anda makan cendol tersebut, berikan alamat, kalau ada koordinat, sertakan koordinat.
  • Anda beritahu 'rasa' cendol itu, apa yang terkandung dalam cendol - ada kacang, ada jagung, susu, ais krim.
  • Anda beritahu mengenai harga cendol.
  • Anda beritahu akan kelebihan lain yang ada pada cendol itu berbanding cendol lain yang pernah anda makan.

Inilah yang saya katakan mengenai nilai dalam sesebuah entri. Ada sesuatu yang boleh anda berikan lebih dari sebuah cerita kosong.

Blogwalking ke Blog Niche

Kalau anda sering blogwalking ke blog-blog yang ada niche tersendiri seperti blog pelancongan, blog gajet, blog tutorial, blog kekeluargaan; anda boleh nampak entri-entri ini ditulis dengan sebegitu baik sekali.

Dek kerana itulah, blog-blog ini semakin mendapat perhatian, kerana ada sesuatu yang boleh anda dapat menerusinya. Ada nilai yang boleh anda ambil.

Maka, segera perbetulkan cara anda menerbitkan entri. Berikan nilai untuk entri anda, agar ada sesuatu yang boleh diberikan. Tak susah mana, dengan sedikit kajian, atau titipan pengalaman sebenar, anda mampu hasilkan sebuah entri menarik, yang original, bermutu dan punyai nilai tersendiri.

Kredit Foto: Aroma Cookery


{ 20 comments.. read them below or add one }

mrhanafi mrhanafi November 07, 2013
ya saya sentiasa terfikirkan nilai untuk entri yang saya hasilkan..
Encik Afendi Encik Afendi November 07, 2013
setiap entri perlu ada nilai kualiti....good info
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim November 07, 2013
Apabila kita memberi nilai kepada entri kita, bermakna juga kita meninggalkan sesuatu ilmu yang akan disebar luas ke serata alam. Ilmu ini adalah saham kita di akhirat kelak.
dzu hisham dzu hisham November 07, 2013
Terima kasih atas info.. Insya Allah akan cuba memberikan nilai yang terbaik kepada pembaca..

www.momsavenue.blogspot.com
mahmud thalut mahmud thalut November 07, 2013
Assalam Tuan HH
Terima kasih atas panduan yang diberikan.
Fizah Mohd Fizah Mohd November 07, 2013
Info yang sangat berguna kepada saya...
tenku butang tenku butang November 07, 2013
fuh.. entri ni memang buat teman berfikir sebentar.. betul2.. hasilkan entri yang bernilai, bermakna dan ramai orang mahu baca.. hemm .. thanx atas perkongsian ini HH
Bin Muhammad Bin Muhammad November 07, 2013
Dalam apa jua yang di lakukan mestilah lakukan yang terbaik, lengkap dan bersungguh-sungguh. Pasti orang lain menghargainya.
Mat Gebu Mat Gebu November 07, 2013
....Entri yang sungguh bagus untuk dikongsi bersama... Tahniah HH, memang patut blog anda layak berada di kedudukan sekarang....
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 07, 2013
Blog tiffinbiru sudah berada di dalam kategori tersendiri, saya ni gak yang dok berusaha keras kekalkan momento blog ini. Apapun terima kasih atas pujian yang diberikan.
Syuhada Baharudin Syuhada Baharudin November 07, 2013
terima kasih diatas info yang bermanfaat ini..
110837930045637850637 110837930045637850637 November 07, 2013
menarik perkongian ini. moga terus berjaya dalam penulisan
Oyo Sukarya Oyo Sukarya November 08, 2013
Tulisan di blog sangat menarik pengunjung, jangan sampai judul menarik tapi isinya kurang menarik, terima kasih postingan sangat bermanfaat
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad November 08, 2013
Sifu, saya sentiasa terfikir entri saya dalam blog saya tu, bernilaikah dan bermanfaatkah untuk di SANA nanti? Saya cuba buat yang terbaik ya sifu. Terima kasih atas nasihat
kucha lana kucha lana November 08, 2013
terbaik bro..berkongsi info
Sukma Haron Sukma Haron November 08, 2013
semoga boleh dikongsi bersama...nichie yang baik amat penting untuk kunjungan readers....
suhaileymohdnoor suhaileymohdnoor November 13, 2013
info yang bagus untuk new blogger seperti saya..terima kasih
Rozafrina Abdul Rahman Rozafrina Abdul Rahman October 09, 2014
Assalamualaikum...salam perkenalan. Banyak info dan tips yang saya pelajari dari blog saudara ni. Terima kasih dan saya akan cuba memperbaiki entri saya dengan meletakkan nilai didalamnya supaya ia memberi manfaat pada pembaca :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.