Langkau ke kandungan utama

Beli Rumah Tapi Kena Tipu - Lapor Pada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

Dewasa ini kita lihat ramai antara kita melihat soal memiliki rumah amatlah penting. Semua sedar bahawa pemilikan hartanah perlu bagi memastikan anak cucu kelak ada tempat tinggal atau kediaman yang selesa. Namun, bukan semua orang mampu memilikinya, apatah lagi apabila melihat aspek harga rumah yang saban tahun semakin meningkat. Dah la tu, wujud pula kes tipu pembeli rumah yang berhasrat ingin ada rumah sendiri. Pemaju lari, bank mencari, pembeli gigit jari!

Beli Rumah Tapi Kena Tipu - Lapor Pada Tribunal Pembeli Rumah

Isu pembeli kena tipu pemaju bukan perkara baru. Ia sering berlaku, terutama apabila kawasan yang dibina kediaman itu tidak strategik dan kurang mendapat sambutan. Saya melihat kebanyakkan perkara ini kerap berlaku apabila keadaan ekonomi yang tiba-tiba jadi tidak menentu, dan kawasan perumahan yang asalnya diunjurkan memberi keuntungan tiba-tiba tidak boleh menampung kos pembinaan. Dan selalunya kes ini berlaku kepada pembangunan perumahan yang pemajunya kurang kental dengan situasi dan keadaan ekonomi yang merudum.
Beli Rumah Tapi Kena Tipu - Lapor Pada Tribunal Pembeli Rumah

Menyedari hakikat itu, pihak kerajaan telah mewujudkan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR). Menerusi tribunal ini, hak pembeli rumah dapat diberikan kepada yang layak. Objektifnya adalah bagi mendengar dan mengadili tuntutan pembeli rumah dengan cara mudah, murah dan cepat.

Bidang Kuasa Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)

Walaupun begitu, ada kekangan yang perlu dilihat, iaitu dari segi bidang kuasa. Bidang kuasa TTPR terhad kepada tuntutan berdasarkan kausa tindakan yang berbangkit daripada perjanjian jual beli yang dibuat antara pembeli rumah dan pemaju perumahan berlesen yang difailkan oleh pembeli rumah tidak lewat 12 bulan ...
  • Dari tarikh pengeluaran perakuan siap dan pematuhan (CCC); 
  • Tarikh tamat tempoh liabiliti kecacatan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli; 
  • Tarikh penamatan perjanjian jual beli oleh mana-mana pihak sebelum tarikh pengeluaran CCC, yang mana terkemudian. 
Begitu juga dengan had tuntutan yang difailkan di TTPR' ia hendaklah tidak melebihi RM50,000 melainkan pihak- pihak telah bersetuju secara bertulis bahawa TTPR mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan tersebut.
Beli Rumah Tapi Kena Tipu - Lapor Pada Tribunal Pembeli Rumah

Cara Buat Aduan/Prosedur Pemfailan

Ok, dah ada tribunal, bagaimana cara nak buat aduan? Bagaimana nak dapatkan pembelaan? Berikut adalah prosedur yang perlu anda buat dan lakukan untuk mendapatkan hak anda daripada pemaju.

  • Pembeli rumah hendaklah memfailkan 4 salinan Pernyataan Tuntutan (Borang 1) di Pejabat Pendaftaran TTPR bersama dengan fi yang ditetapkan sebanyak RM10.
  • Pembeli rumah hendaklah menyatakan butir-butir tuntutan dan amaun dalam Borang 1 yang ditandatangani atau dicap ibu jari oleh pembeli rumah.
  • Dokumen-dokumen berikut hendaklah disertakan dengan Borang 1:
    • satu salinan perjanjian jual beli-Tuntutan Teknikal/ Bukan Teknikal
    • satu salinan surat penyerahan milikan kosong-Tuntutan Teknikal/ Bukan Teknikal
    • satu salinan perakuan siap dan pematuhan (CCC)-Tuntutan Teknikal/ Bukan Teknikal
    • sebut harga pembaikan oleh kontraktor-Tuntutan Teknikal
    • gambar kerosakan atau kecacatan-Tuntutan Teknikal
  • Satu salinan Borang 1 hendaklah diserahkan kepada pemaju dan hendaklah mendapatkan akuan penerimaan daripada pemaju sebagai bukti penyerahan.
  • Pemaju hendaklah memfailkan pembelaan dalam 4 salinan Borang 2, berserta fi yang ditetapkan sebanyak RM10 dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1 diserahkan kepadanya dan 1 salinan hendaklah diserahkan kepada pembeli rumah.
  • Pemaju hendaklah memfailkan pembelaan dalam 4 salinan Borang 2, berserta fi yang ditetapkan sebanyak RM10 dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1 diserahkan kepadanya dan 1 salinan hendaklah diserahkan kepada pembeli rumah. 
Perghh ... nampak banyak bebenor prosedur yang perlu kena ikut. Tapi, nak dapatkan hak perlukan bukti kukuh, yelah, kadangkala ada juga pembeli yang cuba menaguk di air keroh .... :)

Namun, kalau anda seorang pembeli rumah yang dirasakan kena tipu oleh pemaju, gunakan saluran TTPR ini untuk menuntut hak anda.

Buat Aduan Menerusi SMS

Anda juga boleh buat pertanyaan dan aduan menerusi SMS.

Sila hantarkan SMS untuk sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan TTPR ke 36828

Malah, anda juga boleh hubungi pihak berkenaan untuk bantuan.

Alamat, Nombor Telefon dan Emel TTPR

Setiausaha
Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 3,
No.51,Presint 4,
Persiaran Perdana,
62100 , Putrajaya.
Tel No. : 03-8891 4758 / 4746 / 4774 (Hotline)
Fax No : 03-8891 4755
Emel : tribunal@kpkt.gov.my

Sumber: Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…