Langkau ke kandungan utama

Bagaimana Nak Dapatkan Iklan Advertorial?

Sebenarnya saya bukanlah pakar untuk beritahu anda mengenai tips dan panduan bagaimana nak dapatkan iklan advertorial dalam blog. Tetapi, saya lihat dan boleh kongsikan beberapa tips jika anda mahu mencuba, manalah tahu dengan tips ini anda akan dapat peluang lebih baik daripada saya. Mengapa? Sebab untuk dapatkan iklan advertorial ini, apa yang paling penting adalah cara anda menulis mengenai sesuatu.

Bagaimana Nak Dapatkan Iklan Advertorial?

Buat duit dengan blog menerusi Advertorial

Ya. Itu adalah rahsia utama untuk mendapatkan iklan advertorial. Anda perlu pandai guna ayat dan bahasa yang sesuai bagi menulis satu entri advertorial ini. Bukan mudah. Saya sendiri masih lagi belajar. Dan alhamdulillah, ada juga pihak yang berminat mahu mendapatkan advertorial daripada saya dan diterbitkan dalam blog ini.

Opps lupa pula. Advertorial adalah salah satu cara blog anda boleh menjana pendapatan. Untuk pengetahuan, satu entri yang anda tulis (advertorial) mengenai satu-satu produk, laman web, blog, laman Facebook, atau promosi sebuah kedai basikal (contohnya) boleh memberikan anda income yang cukup lumayan. Ada yang sanggup bayar anda sehingga RM1000 malah lebih untuk anda hanya tuliskan mengenai mereka dalam blog anda!

Jadi, dalam entri ini saya cuba berikan sedikit tips untuk bantu anda dapat iklan berbentuk penulisan atau advertorial ini.

Uji Skil Penulisan

Pertama sekali, anda perlu uji dahulu skil penulisan advertorial anda. Perlu cari cara, rentak, lengok, nilai keikhlasan anda dalam menulis sebuah advertorial. Untuk itu, anda mesti dengan rela hati cuba buat satu, dua, tiga malah sepuluh iklan advertorial percuma. Paling mudah, anda buat iklan advertorial yang ada kaitan dengan iklan-iklan di ChurpChurp, 8Share atau iklan rambang dalam Nuffnang. Lihat klik yang dijana. Kalau bagus, ia boleh jadikan satu bahan untuk anda jadikan bukti bagi mempromosikan khidmat advertorial di blog anda.

Skil Cari Fakta

Keduanya, anda perlu ada skil untuk mencari fakta. Sesetengah perkara anda tidak boleh dapat dengan mudah. Jadi anda perlu cari info dan maklumat yang boleh bantu anda untuk menghasilkan sebuah entri advertorial yang baik. Sesetengahnya hanya menggunakan pendekatan mudah dan sambil lewa, jadi akibatnya ... iklan advertorial takkan bertahan lama. Perlu bijak cari fakta dan keperluan lain bagi menulis sebuah entri advertorial ini.

Pengalaman Sebenar

Ketiganya, pengalaman sebenar sangat penting. Jika tidak ada pengalaman, pengetahuan anda mengenai sesuatu juga boleh digunapakai. Daripada pengalaman saya, jika seseorang itu menulis advertorial berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sebenar (sendiri), maka iklan advertorial itu lebih berjaya dan disukai.

Cakap Perkara Betul

Keempat, jangan hipokrit, cakap benda yang betul. Ini adalah antara kegagalan saya dalam menulis sebuah entri advertorial. Memang benar, apabila mahu membuat penulisan mengenai sesuatu terutama daripada pelanggan yang mahukan advertorial itu ditulis - kita akan terikat untuk tulis benda yang elok sahaja. Tetapi, ada ketika ... kita perlu selitkan beberapa perkara yang agak kontra, bagi melindungi pengunjung dan pembaca advertorial kita. Tak perlu banyak, cuma buat perbandingan yang boleh nampak dengan jelas. Anda juga boleh melakukan secara halus agar tidak mengguris hati pengiklan.

Ceritakan Manfaat

Kelima, kongsikan perkara yang boleh berikan manfaat; jika anda menulis advertorial mengenai produk - cerita mengenai manfaatnya buat anda .. bukan buat pengunjung atau pembaca blog anda. Anda uji sendiri produk, rasakan kebaikan yang diberikan dan anda tulislah apa yang anda rasa itu. Jujur dan ikhlas.

Cara-cara di atas merupakan perkongsian saya tentang bagaimana nak dapatkan iklan advertorial. Anda boleh samada gunakan semuanya atau guna beberapa cara yang saya katakan. Terpulang kepada anda. Ini adalah kerana pengiklan ada banyak jenis dan ragamnya. Cuba dapatkan persefahaman yang jelas dahulu sebelum anda menerima sebarang tawaran menulis advertorial.

Mudah-mudahan entri ini dapat bantu anda sebagai blogger jana income dari blog, in Sha Allah.

p.s: Nak dapatkan advertorial daripada saya? Klik sini.

Komen

  1. Assalammualaikum...bro HH,

    perkongsian yang menarik.. mana tahu mselim3 ada adventorial sudi ngan blog mselim3...

    mselim3

    BalasPadam
  2. Sangat berguna. Teringin juga nak dapatkan iklan advertorial. Kena usaha lagi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, boleh dapat. Nuffnang pun ada iklan advertorial.

      Padam
  3. assalamualaikum.. sy penah dpt dr website keretasewa. alhamdulillah walaupun bukan beribu2 tapi alhamdulillah dapat memberi manfaat utk smua ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Bermula dengan kecil untuk dapatkan hasil besar kemudian hari

      Padam
  4. Thanks for the tips bro. Pernah dapat sekali advertorial dari nuffnang ☺☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow..bestnya tu ..... bukan mudah nak dapat tu.

      Padam
  5. perkongsian ilmu yang bermanafaat bg blogger... terima kasih tuan...

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Terima kasih Rose. Moga dapat bantu lagi ramai blogger lain untuk dapatkan advertorial.

      Padam
  7. Menarik tips nya..sedikit tambahan, networking dan dedikasi juga memainkan peranan especially bagi mendapatkan advertorial berulang dari syarikat yang sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas tambahan tips tu ... :) orang pakar dan selalu dapat la katakan ehhh

      Padam
  8. nice sharing boleh dipraktikkan......

    BalasPadam
  9. :) pernah dpt 1x.. hehehe

    BalasPadam
  10. Sebenar-benarnya...

    Kebanyakan advertorial adalah menyembunyikan yang "keempat". Cara terbaik adalah jangan sebut atau terlalu jeles mencover ketidakbenarannya..

    www.broframestone.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. ya, nanti boleh makan diri ooo ...

      Padam
  11. Tip dan cara yang amat bagus untuk diamalkan jika mahu income mencanak dgn advertorial ni. Saya setuju dgn taun HH.

    BalasPadam
  12. Terima kasih HH.. Sekarang tgh cari lagi maklumat tentang advertorial ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Anirah, peluang ada ... sekarang dah boleh ada cara senang.

      Padam
  13. baru je berjinak2 dengan blogging. ini tips yang sgt berbaloi

    BalasPadam
  14. Beberapa bulan ke belakang, ada sejumlah perusahaan yang menawarkan iklan advertorial. Namun dua bulan terakhir ini lagi sepi....

    Terima kasih atas tipsnya bro, sangat sangat bermanfaat. Salam hangat dari Indonesia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama situasinya juga di sini, mungkin semua sudah kehabisan bajet pengiklanan mungkin.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.