Langkau ke kandungan utama

AshleyMadison.com - Laman Web Penzinaan

AshleyMadison.com - sebuah laman web yang menjurus kepada aktiviti penzinaan di rantau ini bakal dilancarkan pada 17 November 2013. Walaupun terdapat tentangan daripada orang ramai dan penguatkuasa undang-undang di Singapura, laman web tersebut telah berjaya mendapatkan sebanyak 26 ribu LIKE di laman sosial Facebook.

AshleyMadison.com - Laman Web Penzinaan Versi Tempatan Bakal Dilancarkan


The Straits Times melaporkan bahawa laman web tersebut yang diasaskan di Kanada, mempromosikan hubungan penzinaan dengan alasan hidup ini terlalu pendek (life is short), sudah pun mempunyai ahli berdaftar dengannya. Noel Biden, pengasas laman web tersebut  dijangka bakal melancarkannya di Singapura.

Memetik apa yang dipaparkan di laman web AshleyMadison.com

Ashley Madison is the most famous name in infidelity and married dating. As seen on Hannity, Howard Stern, TIME, BusinessWeek, Sports Illustrated, Maxim,USA Today. Ashley Madison is the most recognized and reputable married dating company.Our Married Dating Services for Married individuals Work. Ashley Madison is the most successful website for finding an affair and cheating partners. Have an Affair today on Ashley Madison. Thousands of cheating wives and cheating husbands signup everyday looking for an affair. We are the most famous website for discreet encounters between married individuals. Married Dating has never been easier. With Our affair guarantee package we guarantee you will find the perfect affair partner.

Berdasarkan laporan akhbar tersebut, versi tempatan AshleyMadison.com akan disediakan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin, manakala versi Bahasa Tamil dan Melayu akan menyusul kemudian. Yuran langganan dikenakan bagi ahli-ahli berdaftar untuk menghubungi satu sama lain.

The Straits Times juga melaporkan bahawa Menteri Sosial dan Pembangunan Keluarga Singapura - Chan Chun Sing menentang laman web edisi Singapura ini. Manakala pihak Pembangunan Media di Singapura dikatakan akan melakukan bantahan dan akan cuba menghalang servis di laman web berkenaan dijalankan di Singapura.
Bagi saya, perkara ini sepatutnya dihalang awal-awal lagi. Sebuah laman web yang mempromosikan hubungan zina tidak sepatutnya bertapak di rantau ini. Ia melanggar nilai-nilai murni serantau yang mempercayai bahawa hubungan kekeluargaan itu sangat penting.

Saya harap, pihak kerajaan Singapura mengambil langkah sewajarnya bagi menghalang laman web AshleyMadison.com ini daripada beroperasi di sana.

Sumber: Yahoo News

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. siap nk buat dalam bahasa Melayu tu..memang patut ditentang

    BalasPadam
  2. seriously?? have they gone mad. tindakan segera atut dilakukan untuk menentang pelancaran laman web insane tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak lagi website yang melampau-lampau ... dah macam tak dapat dihalang pula

      Padam
  3. Balasan
    1. Dan balasan Allah itu bukan akan timpa hanya pada individu, jika masyarakat sekeliing tidak lakukan apa-apa, bala itu mungkin datang buat semua.

      Padam
  4. Assalam
    Agenda yang merosakkan.

    BalasPadam
  5. Bahayanya kalau website mcm ni pun dh boleh lepas.. rosaklea anak2 muda kat sana klu ia diteruskan..

    BalasPadam
  6. sebelum website tu wujud pun dah banyak affair, kalau lepas website tu wujud memang bertambahlah affairnya.. dosa,dosa dan dosa.. HH buatlah satu segmen bantah benda ni..nanti kitorg blogger sokong punya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasalnya. Dah ada ni pun tak tertanggung dan tak terhalang, apatah lagi apabila ada saluran seperti ini.

      Padam
  7. Uikkkkk... tamparan hebat ni... kerajaan block ni...

    BalasPadam
  8. nk share admin, nk buh dlm blog gua, tapi edit skit la hehehe.. apapun isu ini patut ditentang habis-habisan!!!

    BalasPadam
  9. memang patut ditentang. boleh merosakkan remaja. lebih-lebih lagi remaja sekarang pun seperti sudah hilang kawalan. ditambah lagi dengan yang ini.

    BalasPadam
  10. macam macam cara nak rosakkan orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka mahu kita turut rosak macam mereka.

      Padam
  11. Apa nak jadi dengan dunia ini....kiamat dah semakin dekat.....Ya Allah....kami memohon perlindungan dariMU dan peliharalah kami semua orang-orang muslimin dari perkara keburukan.....amin.

    BalasPadam
  12. macam-macam dunia sekarang nie ish3......

    BalasPadam
  13. Balasan
    1. Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

      Padam
  14. SKMM harus cepat bertindak, terima kasih kepada admin blog kerana sangat prihatin dan pantas menghebahkan

    BalasPadam
  15. hai...benda yang tak baik pun boleh jadi social life pulak sekarang...memang life is short...tapi tak bermakna kalau hidup itu pendek kita pun ikut isi dengan keseronokan sementara...pelik..pelik..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …