Saya sendiri tidak menjangkakan perkara ini berlaku. Nampaknya apa yang saya lakukan membuahkan hasil yang memang mengujakan. Tentulah teruja, setelah sekian lama blog saya tidak menerima kebanjiran trafik sebegini, ini berlaku sekali lagi. Alhamdulillah, ada yang ambil penuh minat mengenai entri-entri berbentuk informasi am yang saya kongsikan.

Saya juga seperti anda, bukan ada ramai pengikut pun, dan bukan ada ramai peminat pun. Blog saya biasa-biasa sahaja, hanya kongsikan perkara yang saya fikir dan rasa boleh berikan kebaikan pada orang lain - walaupun tidak pada saya.

Apabila Perkongsian Ini Jadi Berbaloi

Teruja bila dapat kunjungan seminit, sesaat sehingga beratus. Ini membuatkan perkongsian ini jadi berbaloi, sangat berbaloi. Saya harap apa yang mereka cari di blog ini akan dapat manfaatnya, in Sha Allah, jika tidak sepuluh, dapat satu pun jadilah.

Informasi Itu Raja

Ini juga bukti bahawa adakala anda tidak perlu menulis dan menerbitkan entri berbentuk sensasi seperti gossip artis, cerita aib, perihal politik melampau dan seumpamanya untuk mendapatkan trafik tinggi pada blog. Ada banyak cara yang lebih baik yang boleh dipraktikkan, dan in Sha Allah, dengan sedikit usaha mempromosikan entri tersebut, anda mampu jadikan ia sumber trafik berterusan untuk blog.

Saya bukan mahu dabik dada, tapi nak beritahu bahawa segalanya bukan mustahil. Apabila anda sudah hilang punca untuk cuba naikkan trafik blog anda, cubalah kongsikan sesuatu yang mungkin anda tidak cari, tetapi orang lain yang mencari.

Blog terima trafik tinggi
Tips Blog terima trafik tinggi
Tips Blog terima trafik tinggi
Bagaimana semua ini boleh berlaku? Hanya kerana dua entri ini .... Entri 1 dan Entri 2.

Anda dipersilakan untuk copy-paste entri tersebut jika mahu, cuma pinta saya ... berikan backlink. Itu sahaja.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

13 Komen

blog bro memang banyak informasi berguna...rasanya sehari 2 -3 kali saya singgah kat sini utk mencari maklumat dan panduan supaya sy boleh menjadi blogger yang baik..

Regards,
-Strider-

Reply

meriah sungguh tengok pageviews tu..

Reply

Berbaloi juga bila sekali sekala tgk graf sebegini

Reply

Salam...sya ni baru je nak berblog...seronok ker jd blogger ni...sya buat blog pun just suka2 ja...

Reply

Tahniah.. t kasih juga diatas nasihat yg diberikan..

Reply

congrats HH,:) setuju dengan pernyataan, "kongsikan sesuatu yang mungkin anda tidak cari, tetapi orang lain yang mencari."..satu lagi panduan dari tuan HH kepada semua blogger:) terima kasih..

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.