Langkau ke kandungan utama

7 Cara Terpilih Untuk Blog Dapat Trafik Tinggi

Cara Terpilih Untuk Blog Dapat Trafik Tinggi. Semua blogger samada baru mahupun lama mahukan blog mereka menerima trafik yang tinggi. Trafik yang tinggi boleh membantu sebuah blog capai impian - samada mahu jadi dikenali, mahu popular, mahu sampaikan dakwah, mahu sebarkan informasi, mahu ramai follower dan tentu sekali blog menjana pendapatan sampingan. Jadi, bagaimanakah blog dapat peroleh trafik yang tinggi? In Sha Allah, dalam entri ini, saya akan berikan beberapa pilihan untuk seorang blogger jana trafik tinggi bagi blognya.

7 Cara Terpilih Untuk Blog Dapat Trafik Tinggi

7 Cara Terpilih Untuk Blog Dapat Trafik Tinggi

Ada banyak cara dan kaedah untuk blog jana trafik tinggi ini. Nasihat saya ialah, anda perlu komited dengan salah satu atau dua cara sahaja. Tak perlu ambil semua dan jadi tamak. Dengan pilihan tertentu, anda akan lebih fokus dan sangat mudah untuk blog anda dikenali dan menerima trafik yang diinginkan.

Menerusi Segmen, Kontest dan Giveaway

Samada anda menjadi peserta atau pengelola, cara ini memang terbukti boleh memberikan trafik tinggi untuk blog anda. Buat dalam berkala, kerana kalau dah selalu sangat, nanti isi kandungan blog anda akan hanya ada benda tu je, dan ini tidak baik untuk SEO dan juga platform pengiklanan di blog. Buat segmen, kontest atau giveaway yang boleh beri impak tinggi, nak lagi ok, dapatkan atau berikan hadiah lumayan contohnya wang tunai.

Aktif di Laman Web Agregator Terpilih

Jangan tamak sehingga semua laman web agregator anda sertai (jadi ahli). Pilih yang ada ramai ahli dan keraplah kongsikan entri anda di laman tersebut. Laman pilihan saya ialah Ohbelog.com dan juga Busuk.org. Tak perlu banyak-banyak. Dengan dua laman ping seperti contoh yang saya berikan tadi, sudah boleh jana trafik yang diinginkan. Kerap ping adalah senjata utama untuk terima trafik daripada laman-laman web ping agregator ini.
7 Cara Terpilih Untuk Blog Dapat Trafik Tinggi

Aktif dalam Laman Sosial Tertentu Sahaja

Jika anda ada Facebook maka aktiflah dalam Facebook itu sahaja untuk kongsikan entri-entri anda setiap hari. Tak semestinya, anda kongsi entri yang anda terbitkan hari ini. Anda boleh sahaja ping atau kongsikan entri lama anda di dalam laman sosial anda. Jika dalam Twitter, maka keraplah anda tweet entri-entri anda termasuklah entri-entri lama yang ada nilai evergreen.

Aktif dalam Facebook Group atau Fanpage Terpilih

Dalam Facebook misalnya, ada banyak kumpulan atau komuniti blogger. Pilih mana yang boleh buat anda menonjolkan diri. Jika ia sebuah komuniti yang besar - ada lebih 10-20 ribu ahli, maka kekerapan anda kongsi entri di situ jadi keutamaan. Jika ia sebuah komuniti kecil - dalam 1-5 ribu ahli, maka kurangkan kekerapan ping; buat secara berkala - lebihkan kepada interaksi dalam komuniti tersebut kerana kehadiran anda akan lebih diketahui. Kongsikan pendapat menerusi ruangan komen di link-link atau URL entri blog ahli yang lain. Jangan spam dengan URL blog anda!

Wujudkan Fanpage Sendiri

Jika anda telah mempunyai pengikut dan pembaca setia, digalakkan untuk wujudkan fanpage blog anda sendiri. Aktifkan diri anda sebagai admin dengan lebihkan interaksi anda dengan mereka yang dah jadi ahli (fan) blog anda. Sesekali, anda kongsikan entri anda yang menarik (bukan semua) yang ada kaitan dengan niche fanpage tersebut. Katakan anda buat Facebook Fanpage blog anda dengan nama - Pakar Buat Kek, jadi kongsikan entri-entri yang ada kaitan dengan buat kek ... ia akan bina kredibiliti, bukan sahaja Fanpage akan bertambah orang suka, malah boleh jana trafik berterusan untuk blog anda.

Aktifkan Dalam Google+

Ramai yang kurang ambil perhatian mengenai Google+ dan Google Page. Ia sebenarnya satu medium sangat baik untuk anda menerima trafik blog anda. Kongsikan entri-entri anda menggunakan pendekatan mesra blogger dan mesra komuniti Google+ dengan memasukkan mereka dalam entri anda. Hanya dengan menggunakan tanda +; anda dengan mudah boleh tag seseorang atau sesebuah komuniti dengan mudah dalam entri blog anda. Secara automatik, entri blog anda akan dibaca oleh mereka yang kena tag ... dan berikan kelebihan jika mempunyai hashtag atau kata kunci tertentu.

Kekerapan Kemaskini Entri Blog

Tidak disangkal lagi, jika blog anda kaya dengan informasi menarik dan bermanfaat, trafik akan hadir setiap masa ke blog. Lain orang lain cariannya, lain orang lain bacaannya. Kena pandai dan bijak cari bahan yang sesuai untuk blog anda, dan jadikan ia entri dalam blog. Banyak blog yang berjaya dapat trafik tinggi dek kerana kekerapan update entri ini.

Namun, ada juga blog yang kurang update tetapi masih berupaya jana trafik tinggi - ini adalah disebabkan blogger tersebut buat entri terpilih yang boleh menjana trafik yang mencanak dengan pendekatan kata kunci yang panas serta popular. Selamat mencuba.

Anda boleh pilih mana-mana yang anda mahukan untuk jana trafik tinggi bagi blog anda. Tidak semua sesuai, bergantung dengan penyampaian, isi kandungan, reka bentuk blog dan beberapa aspek lain; namun secara amnya kebanyakkan blog yang berjaya hasilkan trafik yang beribu-riban sehari adalah disebabkan faktor-faktor di atas tadi.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Good info, tengah sibuk naikkan traffik blog ni... tHanks

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,
    Sebahagian dah buat...kena gigih lagi ni

    BalasPadam
  3. bagus tips tu..nak apply lah.

    BalasPadam
  4. memang tak dinafikan setiap apa yang abang HH nyatakan di atas memang betul dan ada kebenarannya sebab melaluinya juga...

    BalasPadam
  5. sangat setuju ..terima kasih berkongsi entri ini :)

    BalasPadam
  6. salam..tq share tip2 yg sgt bagus ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Tak salah berbahagi ilmu yang ada. Saya pun dulu blogger kecil yang cuba nak menapak dan dapatkan trafik blog.

      Padam
  7. Betul! Kena apply lagi ni :)

    BalasPadam
  8. Tips berguna.. Thankz bro...

    BalasPadam
  9. tak lengkap 7 lagi ni , patut lembapp je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. adehh ... tak pe, cuba pelan-pelan, jangan gelojoh kejar trafik ni.

      Padam
  10. Rasanya semua ini dah biat

    BalasPadam
  11. tip terbaik...terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  12. Kena cuba la nie yerr... :D
    Thank for sharing...

    BalasPadam
  13. Thanks for the tips. Very useful bro HH. :)

    BalasPadam
  14. nice sharing...good idea...

    BalasPadam
  15. terima kasih satu perkongsian yg bermanfaat buat saya...

    BalasPadam
  16. Nice tips :) Tengah berusaha naikkan traffic blog

    BalasPadam
  17. Assalammualaikum...bro HH,

    wahhh..tips nie mmg benar ...berkesan mselim3 dah merasainya... insaallah no pain no gain usaha pasti jaya.

    mselim3

    BalasPadam
  18. terima kasih atas perkongsian ini.memang berguna untuk saya yang baru nak belajar ber blog.

    BalasPadam
  19. kwn sy gaji melebihi rm5000 tp cmne leh dpt ye? bkn maksima gaji rm3000 je ker dan perlukan smua urusan ni mendapt kelulusan pihak majikan juga.., terima kasih

    BalasPadam
  20. harap blog saya pun dapat traffic.

    BalasPadam
  21. nak cuba jugak..harap bleh berjaya.. jom ke kurunglover.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoho .. promote bisnes baikkk punya tu ..

      Padam
  22. http://aisyahhhamir.blogspot.com/

    BalasPadam
  23. Maaf, peringatan ikhlas anda membuatkan saya tak dapat nak kongsi kajian yg saya lakukan berkaitan trafik.
    Sekian.

    BalasPadam
  24. tq atas info..saya akan cuba salah satu...

    BalasPadam
  25. rasanya macam nak tamak aje,tapi...mampu ke nak cekau semua?hehe

    BalasPadam
  26. nice sharing abang HH ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sabrina .. moga dapat dimanfaatkan tips trafik ni.

      Padam
  27. Holla www.astro.com.my visit laman web kami

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…