Masa untuk berikan lebih pendedahan kepada blog-blog baru menyerlah di hujung-hujung tahun. Saya berbesar hati mahu buka satu senarai blog (bloglist) yang akan diwujudkan bagi membolehkan blog-blog baru berkongsi trafik menerusi blog ini. Hanya 50 blog baru diperlukan untuk tujuan ini.

50 Peluang Berada Dalam Bloglist

50 peluang bagi blog-blog baru berada di dalam senarai blog yang akan dipaparkan dalam paparan entri - bukan di halaman utama. Ini bermakna, blog-blog tersebut akan berada di sidebar blog ini bermula dari November sehingga penghujung Disember 2013. In Sha Allah, tempias trafik yang blog saya dapat akan juga anda terima, asalkan anda menyajikan sesuatu yang menarik di blog anda.

Bagaimana Untuk Disenaraikan?

Bagaimana blog anda disenaraikan? Mudah sahaja, hanya ikuti perkembangan di Fan Page blog ini di sini - Fanpage OHBlogger, dan nantikan pengumuman dari semasa ke semasa. Anda perlu alert dengan sebarang perkongsian status yang dilakukan di Fanpage berkenaan. Saya tidak akan meminta anda untuk menulis entri bagi berada di dalam bloglist ini, hanya itu syarat yang perlu anda ikuti - iaitu lihat sebarang status terkini mengenai bloglist ini.

Mudah je kan? Kalau anda seorang yang rajin buka Facebook, maka ia tiada masalah bagi anda. Saya tahu ramai blogger baru ada Facebook dulu sebelum ada blog. Jadi, nantikan pengumuman yang akan saya buat.

Dan untuk berlaku adil bagi membolehkan blog-blog disenaraikan. Saya akan pilih 10 blogger terawal yang kongsi URL blog mereka pada status-status tertentu di Fanpage. Ia akan berlaku dari semasa ke semasa sehingga cukup 50 blog baru yang diperlukan.

Syarat Dianggap Blog Baru

Syarat atau terma bagi dianggap blog tersebut sebagai blog baharu adalah seperti berikut:
  • Blog tersebut perlu wujud kurang dari setahun (365 hari), ini bermakna blog tersebut dibuat atau ditulis bermula dari 1 November 2012.
  • Jumlah follower tidak diambil kira, asalkan blog tersebut dibuat pada selepas 1 November 2012.

Kalau kena pada syarat di atas itu, maka LIKE Fanpage untuk memudahkan anda mengetahui perkembangan baru yang berlaku untuk membolehkan blog anda berada di dalam senarai blog tersebut.

Itu sahaja. Hanya untuk blogger baru yang berminat sahaja.

#UPDATE: Sudah ada 9 blog baru disenaraikan .... setakat jam 11 malam 2 November 2013


36 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tak dapat laa nak join nampaknya.. :(

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  2. Alaa..saya x layak la bro.. blog kesayangan saya tu wujud tahun 2011. tp rasa macam bru je melibatkn dri dlm dunia blog :)

    BalasPadam
  3. Alamak.. Tak layak nak join sebab blog saya bermula November 2011..

    BalasPadam
  4. Saya boleh join...pasal blog saya baru mula bulan Ogos,2013. Thanks. Tapi itu bergantung kepada rezeki saya. Moga saya ada rezeki...

    BalasPadam
  5. teringin nak join tapi blog saya bermula 28 Februari 2011 . hihi . tak dapat nak join :)

    BalasPadam
  6. Eh macammana nak join ye, lepas like fanpage, apa perlu dibuat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu status yang akan saya keluarkan di Fanpage tersebut dari semasa ke semasa.

      Padam
  7. wah bagus ni... bolehlah nanti deno terjah blog2 tu nanti walaupun tak dapat nak join :) good job mr. HH ^_^

    BalasPadam
  8. isk..saya pun tak cukup syarat nak join bloglist ni..huhu..:)

    BalasPadam
  9. Assalam
    Saya mula berblog pada tahun ini :)

    BalasPadam
  10. Selepas 1 Nov 2012. Hampir2 xcukup syarat. In Sya Allah, HT akan join

    BalasPadam
  11. aloooo..tak layak..boleh usha jee..hehehehe..

    p/s-kelonggaran sikit boleh?? muahahaha..

    BalasPadam
  12. Peluang baik ni, blog sy lahir bualn april 2013...rasanya layak utk join ni

    BalasPadam
  13. cik akak pun nak try gak lah....

    BalasPadam
  14. Peluang yg perlu direbut oleh blogger2 baru!

    BalasPadam
  15. :) very good...happy blogging semua

    BalasPadam
  16. alhamdulilah . blog saya dah layak untuk bloglist ini, terima kasih abg hasrul :)
    http://botak-gambus.blogspot.com/2013/11/alhamdulilah-tersenarai-dalam-bloglist.html

    BalasPadam
  17. Nak join leh HH?
    teman pun baru gak..

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    BalasPadam
  18. Ala tak cukup syarat...create blog lama dah.. tp awl tahun nie baru aktif..huhuhu

    BalasPadam
  19. tak dapat join gak...baru tahun nie nak aktif walaupun blog dah lama wujud....huhu

    BalasPadam
  20. blog saya bro, ogos 2013

    http://arena-motor.blogspot.com/

    BalasPadam
  21. nak joinlah.saya baru berblog september yg lalu

    BalasPadam
  22. yes! saya memang berminat nie!

    p/s: Jom baca entri terkini saya di [SINI]

    BalasPadam
  23. bleh join la ni. blog aku lahir december 2012. hehe

    BalasPadam
  24. Melepas le.. hmm tapi takpe. Rezeki ada di mana-mana, kan? Baru je aktif beberapa bulan ni, tapi dah belajar buat blog tahun 2011.. errr.. tarik balik syarat tu, boleh? Hehee

    BalasPadam
  25. boleh join blog teman baru ujud hujung april 2013...

    BalasPadam
  26. In sya Allah boleh join. Blog bella belum berumur sebulan pun =)
    Thanks abg HH

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement