02 November 2013

50 Peluang Berada Dalam Bloglist

Masa untuk berikan lebih pendedahan kepada blog-blog baru menyerlah di hujung-hujung tahun. Saya berbesar hati mahu buka satu senarai blog (bloglist) yang akan diwujudkan bagi membolehkan blog-blog baru berkongsi trafik menerusi blog ini. Hanya 50 blog baru diperlukan untuk tujuan ini.

50 Peluang Berada Dalam Bloglist

50 peluang bagi blog-blog baru berada di dalam senarai blog yang akan dipaparkan dalam paparan entri - bukan di halaman utama. Ini bermakna, blog-blog tersebut akan berada di sidebar blog ini bermula dari November sehingga penghujung Disember 2013. In Sha Allah, tempias trafik yang blog saya dapat akan juga anda terima, asalkan anda menyajikan sesuatu yang menarik di blog anda.

Bagaimana Untuk Disenaraikan?

Bagaimana blog anda disenaraikan? Mudah sahaja, hanya ikuti perkembangan di Fan Page blog ini di sini - Fanpage OHBlogger, dan nantikan pengumuman dari semasa ke semasa. Anda perlu alert dengan sebarang perkongsian status yang dilakukan di Fanpage berkenaan. Saya tidak akan meminta anda untuk menulis entri bagi berada di dalam bloglist ini, hanya itu syarat yang perlu anda ikuti - iaitu lihat sebarang status terkini mengenai bloglist ini.

Mudah je kan? Kalau anda seorang yang rajin buka Facebook, maka ia tiada masalah bagi anda. Saya tahu ramai blogger baru ada Facebook dulu sebelum ada blog. Jadi, nantikan pengumuman yang akan saya buat.

Dan untuk berlaku adil bagi membolehkan blog-blog disenaraikan. Saya akan pilih 10 blogger terawal yang kongsi URL blog mereka pada status-status tertentu di Fanpage. Ia akan berlaku dari semasa ke semasa sehingga cukup 50 blog baru yang diperlukan.

Syarat Dianggap Blog Baru

Syarat atau terma bagi dianggap blog tersebut sebagai blog baharu adalah seperti berikut:
  • Blog tersebut perlu wujud kurang dari setahun (365 hari), ini bermakna blog tersebut dibuat atau ditulis bermula dari 1 November 2012.
  • Jumlah follower tidak diambil kira, asalkan blog tersebut dibuat pada selepas 1 November 2012.

Kalau kena pada syarat di atas itu, maka LIKE Fanpage untuk memudahkan anda mengetahui perkembangan baru yang berlaku untuk membolehkan blog anda berada di dalam senarai blog tersebut.

Itu sahaja. Hanya untuk blogger baru yang berminat sahaja.

#UPDATE: Sudah ada 9 blog baru disenaraikan .... setakat jam 11 malam 2 November 2013


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

36 Komen

Tak dapat laa nak join nampaknya.. :(

Regards,
-Strider-

Alaa..saya x layak la bro.. blog kesayangan saya tu wujud tahun 2011. tp rasa macam bru je melibatkn dri dlm dunia blog :)

Alamak.. Tak layak nak join sebab blog saya bermula November 2011..

insya Allah, saya nak join.. ^_^

Saya boleh join...pasal blog saya baru mula bulan Ogos,2013. Thanks. Tapi itu bergantung kepada rezeki saya. Moga saya ada rezeki...

teringin nak join tapi blog saya bermula 28 Februari 2011 . hihi . tak dapat nak join :)

Eh macammana nak join ye, lepas like fanpage, apa perlu dibuat?

Tunggu status yang akan saya keluarkan di Fanpage tersebut dari semasa ke semasa.

wah bagus ni... bolehlah nanti deno terjah blog2 tu nanti walaupun tak dapat nak join :) good job mr. HH ^_^

insyallah kita pun nak join :)

isk..saya pun tak cukup syarat nak join bloglist ni..huhu..:)

alaaa...tak layak laaa...... >_<

Assalam
Saya mula berblog pada tahun ini :)

Selepas 1 Nov 2012. Hampir2 xcukup syarat. In Sya Allah, HT akan join

aloooo..tak layak..boleh usha jee..hehehehe..

p/s-kelonggaran sikit boleh?? muahahaha..

Peluang baik ni, blog sy lahir bualn april 2013...rasanya layak utk join ni

cik akak pun nak try gak lah....

Peluang yg perlu direbut oleh blogger2 baru!

:) very good...happy blogging semua

alhamdulilah . blog saya dah layak untuk bloglist ini, terima kasih abg hasrul :)
http://botak-gambus.blogspot.com/2013/11/alhamdulilah-tersenarai-dalam-bloglist.html

Bagi peluang untuk blog baru menyerlah lak

Nak join leh HH?
teman pun baru gak..

http://tengkubutang.blogspot.com/

Ala tak cukup syarat...create blog lama dah.. tp awl tahun nie baru aktif..huhuhu

tak dapat join gak...baru tahun nie nak aktif walaupun blog dah lama wujud....huhu

blog saya bro, ogos 2013

http://arena-motor.blogspot.com/

nak joinlah.saya baru berblog september yg lalu

yes! saya memang berminat nie!

p/s: Jom baca entri terkini saya di [SINI]

bleh join la ni. blog aku lahir december 2012. hehe

Melepas le.. hmm tapi takpe. Rezeki ada di mana-mana, kan? Baru je aktif beberapa bulan ni, tapi dah belajar buat blog tahun 2011.. errr.. tarik balik syarat tu, boleh? Hehee

boleh join blog teman baru ujud hujung april 2013...

In sya Allah boleh join. Blog bella belum berumur sebulan pun =)
Thanks abg HH


EmoticonEmoticon