27 November 2013

Jangan Salahkan Tukang Komen

Kadangkala ada blogger yang tersentap dengan komen-komen yang ditinggalkan. Biasa, saya sendiri banyak kali tersentap dengan komen-komen yang ditinggalkan di blog ini. Tapi dalam sentap-sentap tu, saya rasional juga. Fikir mengapa komen sebegitu ditulis. Mesti ada salah dan silap mana-mana, ye kan?

Jangan salahkan mereka yang sudi tinggalkan komen. Itu pendapat ikhlas mereka, berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang mereka anda. Mungkin mereka betul, mungkin tidak. Hormati pendapat yang mereka berikan.

Ada blogger yang adakala kurang senang dengan komen ditinggalkan, lalu padam komen tersebut. Ehemm .. saya sendiri pun pernah buat, tak tahan dengan ayat pedaslah katakan (tapi cakap terror makan kari ..). Tapi, lambat laun akan terfikir juga, kalau tanpa komen sebegitu, kita sendiri akan hanyut dengan bayang-bayang sendiri. Teguran ini perlu dan baik untuk perkembangan diri, apatah lagi untuk blog.

Bukan semua entri kita tulis dalam blog itu akan buat pembaca suka. Ada yang tak berapa berkenan. Jadi komen dijadikan tempat untuk menegur dan meninggalkan apa yang dirasa, dan apa yang difikirkan. Terima mana yang baik, dan yang tak berapa nak baik itu dijadikan peringatan.

Agak-agak tak mahu orang komen, maka jangan buka ruang komen. Mudah. Tak perlu fikir. Tak perlu kusut.

Erkk .. oh ya, boleh salahkan tukang komen yang komen ntah apa-apa semata-mata nak tinggalkan URL spam blog mereka. Haaa .. yang itu patut kena tegur, bukan apa; nanti akan bawak masalah .. bukan masalah pada blog tersebut sahaja, malah pada kredibiliti si tukang komen. Bila dah kena spam, nanti kena blocked, lepas tu akan kehilangan blog. Susah tu. Sapa yang nak bertanggungjawab ye tak?

Tukang komen - sila komen dengan betul .. :)
Pemilik blog - jangan sentap dengan komen-komen diberikan.


Tips Mencari Pengunjung dan Pembaca Blog

Blog perlukan trafik, tanpa trafik ia ibarat hanya hiasan dalam dunia maya. Dan untuk blog terima trafik, blog mesti ada pengunjung, dan bagi memastikan blog terus-terusan menerima pengunjung ia mestilah ada pembaca. Pembaca ini penting, kerana dari mereka, entri-entri dalam blog anda boleh dikongsikan dan sentiasa menerima trafik walaupun ada masa blog kering dengan entri terbaru.

Tips Mencari Pengunjung dan Pembaca Blog

Pengunjung datang dan pergi tetapi pembaca .... ia akan teliti setiap inci blog anda. Mana entri berkaitan yang menarik minat, maka mereka akan terus membaca. Apa yang mereka lakukan ini, membolehkan blog anda sentiasa ada trafik dan pageviews blog anda akan meningkat.
Tips mencari pengunjung dan pembaca blog

3 Tips Cari Pengunjung dan Pembaca Blog

Tips saya mudah, untuk menerima kunjungan, ada 3 perkara penting.
  • SEO - Blog terima trafik menerusi enjin carian seperti Google, Yahoo mahupun Bing.
  • Facebook - Pengunjung yang teruja dengan entri dan merasakan ia bermanfaat akan kongsikan entri menerusi butang Like dan Share.
  • Laman Web Ping Agregator - Mudah mendapat trafik berterusan daripada laman web sebegini, jika entri anda bersifat informasi dan malar segar (evergreen).
Jumlah pengunjung sedang online serentak di blog

Blog yang punyai ciri-ciri SEO akan mudah mendapat trafik menerusi enjin carian. Ciri SEO penting supaya entri berkualiti anda akan mendapat tempat di enjin carian, dan anda akan menerima kunjungan daripada mereka yang benar-benar mahu membaca entri tersebut.

Pengunjung menerusi enjin carian kebanyakkannya adalah pengunjung pertama kali. Dan mereka ini selalunya akan teruja dengan entri yang penuh informasi yang berguna untuk pengetahuan mereka. Jika anda bertuah, mereka akan kongsikan entri ini kepada rakan-rakan mereka yang lain, samada secara lisan mahupun menerusi media sosial seperti Facebook dan juga Twitter.
Sumber trafik tinggi untuk blog hasrulhassan.com

Facebook adalah platform terbaik untuk anda kongsikan entri anda. Kongsikan entri di group-group serta fanpage yang ada potensi untuk baca entri anda. Contohnya, jika anda tulis mengenai tips blogging, maka carilah group Facebook yang ahlinya kebanyakkan blogger. Atau kongsi petua dan tips blogging anda di fanpage mengenai blog dan blogger. Elakkan kongsi entri yang lari dari topik atau tema group mahupun fanpage berkenaan. Contohnya, anda kongsi entri mengenai kisah artis atau selebriti di group yang banyaknya guru ataupun fotografer. Atau kongsi entri anda di fanpage berkaitan soal jawab agama ... memang tak kenalah.

Laman web agregator seperti Kartikel.com, Pingje.net, Busuk.org dan lain-lain adalah sumber trafik yang baik untuk blog. Jika anda ada topik yang segar malar seperti informasi mengenai soalan ramalan SPM, cara-cara daftar servis kerajaan tertentu ... bolehlah kongsikan entri anda di situ. Selalunya, entri-entri sebegini akan kekal memberikan trafik yang baik dan berterusan. Anda perlu ingat, ahli-ahli dalam laman web sebegini akan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari; jadi anda mungkin akan dapat trafik dari mereka yang baru mendaftar.

Bukti Trafik Blog Dari Sumber Google, Facebook, Yahoo, Bing, MSN termasuklah Busuk.org

Dari Pengunjung Akan Dapat Pembaca

Itulah 3 sumber utama yang saya gunakan untuk blog ini mendapatkan pengunjung dan seterusnya mendapat pembaca. Mereka ini mungkin akan kekal ... dan mungkin esok lusa tak datang dah, tapi ia sebagai permulaan untuk blog terima pengunjung. Kehadiran mereka akan meningkatkan pageviews dan mungkin follower blog anda. Kehadiran mereka beri kesan kepada angka yang ada dalam blog, dan angka ini boleh anda gunakan untuk mencari lebih ramai pengunjung dan pembaca blog anda.

Apapun, usaha anda perlu berterusan. Ia bukan kerja satu hari. Jika mahu blog anda maju, maka langkah anda juga perlu maju ...


26 November 2013

Ranking Alexa OHBlogger November 2013 Mengujakan

Erkk.... tak sangka pula boleh capai sampai ke tahap ini. Masa menjenamakan blog ini daripada nama asalnya - Bangku Kosong; saya ingat akan ambil masa bertahun-tahun untuk naik dan berada di dalam kelompok blog yang punyai trafik tinggi. Tapi, alhamdulillah ... hari ini pecah rekod, ranking Alexa blog ini sudah berada di tahap 181 antara 500 laman web dan blog tinggi trafik di Malaysia.

Bukan mudah nak berada di kedudukan ini. Serius. Letih. Penat.

Tapi rasanya tak ramai yang akan perasan, memandangkan esok lusa kedudukan ini akan berubah. Tak percaya, tengoklah nanti. Jadi, ia bukan perkara yang boleh didabik dada sangat. Malah, saya tahu ramai blogger lain yang boleh capai lebih baik.

Ranking Alexa OHBlogger - 181/500 Top Sites in Malaysia


Namun begitu, entri ini diterbitkan adalah untuk anda sebagai seorang blogger yang lebih kurang macam saya - yang tak begitu popular, yang tak ramai follower, yang tak macam Maheir Zain; dijadikan sebagai satu bentuk dorongan dan motivasi. Diterbitkan buat diri saya ingat detik-detik ini yang mungkin tak akan dirasai lagi.

Hari ini naik, esok turun. Hari ini diingat, esok dilupakan. Lumrah.

Mungkin satu hari nanti, anda pula akan berada di atas; lalu terbitkan entri serupa ini - paparkan kejayaan manis yang ada telah dapat setelah susah payah dengan blog sendiri.

Ranking Alexa OHBlogger - Panduan Blogspot Blogger Malaysia yang terbaharu November 2013 ini memang mengujakan saya. Walaupun ia hanya sekadar angka, tapi ada rasa puas dalam diri yang membuatkan rasa lelah berblog itu ada nampak hasilnya.

Harapnya dengan ranking ini, ada pihak yang beri peluang dan kesempatan untuk bekerjasama ... :)

Dan ....

Terima kasih kepada anda semua, yang sudi baca entri ini dari awal sehingga akhir, dan yang telah banyak menyumbang ke arah kejayaan blog ini. Jasa kalian memang tidak dapat saya balas.

Kerana itu, jika anda mahu blog anda disenaraikan di bloglist, sila tinggalkan URL blog anda di ruangan komen, dengan syarat anda berikan sebab kenapa anda membaca blog ini.

In Sha Allah, saya akan masukkan URL 10 blog paling awal diletakkan di ruangan komen oleh anda. Hanya 10 ... dan paling awal yang berikan URL serta sebab mengapa baca blog ini.


Beli Rumah Tapi Kena Tipu - Lapor Pada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

Dewasa ini kita lihat ramai antara kita melihat soal memiliki rumah amatlah penting. Semua sedar bahawa pemilikan hartanah perlu bagi memastikan anak cucu kelak ada tempat tinggal atau kediaman yang selesa. Namun, bukan semua orang mampu memilikinya, apatah lagi apabila melihat aspek harga rumah yang saban tahun semakin meningkat. Dah la tu, wujud pula kes tipu pembeli rumah yang berhasrat ingin ada rumah sendiri. Pemaju lari, bank mencari, pembeli gigit jari!

Beli Rumah Tapi Kena Tipu - Lapor Pada Tribunal Pembeli Rumah

Isu pembeli kena tipu pemaju bukan perkara baru. Ia sering berlaku, terutama apabila kawasan yang dibina kediaman itu tidak strategik dan kurang mendapat sambutan. Saya melihat kebanyakkan perkara ini kerap berlaku apabila keadaan ekonomi yang tiba-tiba jadi tidak menentu, dan kawasan perumahan yang asalnya diunjurkan memberi keuntungan tiba-tiba tidak boleh menampung kos pembinaan. Dan selalunya kes ini berlaku kepada pembangunan perumahan yang pemajunya kurang kental dengan situasi dan keadaan ekonomi yang merudum.
Beli Rumah Tapi Kena Tipu - Lapor Pada Tribunal Pembeli Rumah

Menyedari hakikat itu, pihak kerajaan telah mewujudkan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR). Menerusi tribunal ini, hak pembeli rumah dapat diberikan kepada yang layak. Objektifnya adalah bagi mendengar dan mengadili tuntutan pembeli rumah dengan cara mudah, murah dan cepat.

Bidang Kuasa Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)

Walaupun begitu, ada kekangan yang perlu dilihat, iaitu dari segi bidang kuasa. Bidang kuasa TTPR terhad kepada tuntutan berdasarkan kausa tindakan yang berbangkit daripada perjanjian jual beli yang dibuat antara pembeli rumah dan pemaju perumahan berlesen yang difailkan oleh pembeli rumah tidak lewat 12 bulan ...
  • Dari tarikh pengeluaran perakuan siap dan pematuhan (CCC); 
  • Tarikh tamat tempoh liabiliti kecacatan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli; 
  • Tarikh penamatan perjanjian jual beli oleh mana-mana pihak sebelum tarikh pengeluaran CCC, yang mana terkemudian. 
Begitu juga dengan had tuntutan yang difailkan di TTPR' ia hendaklah tidak melebihi RM50,000 melainkan pihak- pihak telah bersetuju secara bertulis bahawa TTPR mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan tersebut.
Beli Rumah Tapi Kena Tipu - Lapor Pada Tribunal Pembeli Rumah

Cara Buat Aduan/Prosedur Pemfailan

Ok, dah ada tribunal, bagaimana cara nak buat aduan? Bagaimana nak dapatkan pembelaan? Berikut adalah prosedur yang perlu anda buat dan lakukan untuk mendapatkan hak anda daripada pemaju.

  • Pembeli rumah hendaklah memfailkan 4 salinan Pernyataan Tuntutan (Borang 1) di Pejabat Pendaftaran TTPR bersama dengan fi yang ditetapkan sebanyak RM10.
  • Pembeli rumah hendaklah menyatakan butir-butir tuntutan dan amaun dalam Borang 1 yang ditandatangani atau dicap ibu jari oleh pembeli rumah.
  • Dokumen-dokumen berikut hendaklah disertakan dengan Borang 1:
    • satu salinan perjanjian jual beli-Tuntutan Teknikal/ Bukan Teknikal
    • satu salinan surat penyerahan milikan kosong-Tuntutan Teknikal/ Bukan Teknikal
    • satu salinan perakuan siap dan pematuhan (CCC)-Tuntutan Teknikal/ Bukan Teknikal
    • sebut harga pembaikan oleh kontraktor-Tuntutan Teknikal
    • gambar kerosakan atau kecacatan-Tuntutan Teknikal
  • Satu salinan Borang 1 hendaklah diserahkan kepada pemaju dan hendaklah mendapatkan akuan penerimaan daripada pemaju sebagai bukti penyerahan.
  • Pemaju hendaklah memfailkan pembelaan dalam 4 salinan Borang 2, berserta fi yang ditetapkan sebanyak RM10 dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1 diserahkan kepadanya dan 1 salinan hendaklah diserahkan kepada pembeli rumah.
  • Pemaju hendaklah memfailkan pembelaan dalam 4 salinan Borang 2, berserta fi yang ditetapkan sebanyak RM10 dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1 diserahkan kepadanya dan 1 salinan hendaklah diserahkan kepada pembeli rumah. 
Perghh ... nampak banyak bebenor prosedur yang perlu kena ikut. Tapi, nak dapatkan hak perlukan bukti kukuh, yelah, kadangkala ada juga pembeli yang cuba menaguk di air keroh .... :)

Namun, kalau anda seorang pembeli rumah yang dirasakan kena tipu oleh pemaju, gunakan saluran TTPR ini untuk menuntut hak anda.

Buat Aduan Menerusi SMS

Anda juga boleh buat pertanyaan dan aduan menerusi SMS.

Sila hantarkan SMS untuk sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan TTPR ke 36828

Malah, anda juga boleh hubungi pihak berkenaan untuk bantuan.

Alamat, Nombor Telefon dan Emel TTPR

Setiausaha
Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 3,
No.51,Presint 4,
Persiaran Perdana,
62100 , Putrajaya.
Tel No. : 03-8891 4758 / 4746 / 4774 (Hotline)
Fax No : 03-8891 4755
Emel : tribunal@kpkt.gov.my

Sumber: Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah



Cash-Out 8Share Keempat

Alhamdulillah. Ini merupakan pembayaran keempat daripada 8Share. Saya telah pun menerima ganjaran tunai daripada perkongsian informasi menarik yang ada di 8Share pada 19 November 2013. Jika anda belum daftar, boleh daftar percuma di pautan ini - http://bit.ly/15Zu7xr

Jika anda tidak tahu apa itu 8Share, anda boleh dapatkan panduan percuma ini - http://is.gd/panduan8share

Cash-Out 8Share Keempat


Menerusi panduan yang diberikan itu, anda akan tahu bagaimana nak daftar, bagaimana nak kongsi sesuatu informasi dengan betul dan diberikan ganjaran hasil perkongsian anda.

Cara termudah dan paling popular untuk anda dapatkan cash-out 8Share cepat ialah dengan berkongsi informasi tertentu secara berkala di Facebook dan Twitter anda. Elakkan terlalu kerap kongsi kerana nanti akan dianggap Spam, adalah lebih baik anda cari waktu yang di mana akaun Facebook dan Twitter anda sedang aktif dan cergas ... iaitu ketika ramai sedang online.

Jika anda mahu mendapatkan income 8Share menerusi blog, anda perlu kreatif menyelitkannya dalam blog anda. Jangan lakukan penipuan klik, dan cubalah ikuti cara yang betul melakukannya. Saya ada nyatakan di entri ini - Cara Betul dan Tips Dapatkan Income 8Share dan ChurpChurp

Sabar ....

Tak ada jalan singkat untuk buat duit online ini. Jadi, sabar itu penting serta istiqamah.

Mungkin anda ada persoalan samada ia halal atau tidak, maka baca entri ini - Halalkah Pendapatan 8Share?

Nak buat duit online menerusi 8Share, daftar percuma sekarang di sini - http://bit.ly/15Zu7xr

Tips Jadi Blogger Disegani Dihormati

Apa yang membuatkan anda sebagai seorang pengunjung dan pembaca sesebuah blog menghormati pemilik atau penulis blog berkenaan? Saya pasti anda ada pandangan dan pendapat sendiri mengenainya. Malah, kalau saya minta anda senaraikan atas sekeping kertas, paling tidak anda akan berjaya menulis 3 faktor kurang 30 saat. Dan itulah tips untuk menjadi seorang blogger disegani dan dihormati.

Nampak tak apa yang saya cuba buat kepada anda?

Saya cuba buat anda cari sendiri faktor yang membuatkan seorang blogger itu dihormati dan disegani. Maka, dengan apa yang telah anda catatkan itu ... perlulah menjadi ikutan pula buat diri anda untuk menjadi blogger seperti itu.

Atau ...

Anda memang tidak mahu menjadi seorang blogger yang disegani dan dihormati?

Tips Jadi Blogger Disegani Dihormati

Tak susah mana pun untuk menjadi blogger sebegitu, tetapi tidak ramai yang berjaya melakukannya. Kerana apa? Ada banyak faktor penyebab, dan faktor ini bergantung pula dengan latar penulis blog tersebut, termasuklah skill yang dia ada, ilmu yang diperoleh, pengetahuan yang ada, sumber-sumber serta tak dinafikan, penampilan fizikal serta latar pendidikan juga memainkan peranan.

Ia mungkin campuran kesemua faktor tersebut.
Tips Jadi Blogger Disegani Dihormati

Contoh, anda seorang blogger yang ada paras rupa, tetapi corak dan gaya penulisan anda banyak yang kurang kualiti, malah banyak yang anda cilok sana sini ... maka, siapa nak hormati anda dengan cara penulisan sebegitu.

Lihat blogger yang ada rupa, ada ilmu, ada pengetahuan, penampilan pula menarik dan blog ditulis dengan cara tersendiri. Ramai suka tak? Ramai hormat tak? Ramai segani tak? Tak perlu saya berikan contoh, anda boleh congak sendiri di kepala.

Lihat blogger yang tak ada ilmu, main sebut dan tulis ikut nafsu. Suka salin tampal tanpa ragu, tanpa rasa tanggungjawab. Wajah? Hmm jangan harap mereka nak dedahkan.. andai bahasa sudah celaru dengan adab kesopanan. Mereka dihormati tak? Disegani tak?

Nabi Muhammad S.A.W dah ajar kita semua untuk jadi manusia mulia, manusia yang berikan manfaat kepada manusia yang lain, kenapa tak ikut dan praktik?

Mahu jadi blogger disegani dan dihormati? Jadilah manusia yang telah Nabi Muhammad S.A.W ajar. Itu sahaja.

Bila jadi manusia tahu langit mana .. tahu tanah mana, in Sha Allah, akan datang hormat dan segani itu dengan sendiri. Tak perlu promosi pun.


25 November 2013

Blogger Perlu Jadi Seorang Copywriter Handal

Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan Copywriter? Salah satu kriteria penting untuk membolehkan blog anda menjual sesuatu dan menjana pendapatan menerusi penjualan adalah dengan memastikan anda seorang Copywriter yang handal! Tapi sebelum saya bercerita mengenai Copywriting, adalah lebih baik kita sama-sama faham apa itu Copywriter.

Blogger Perlu Jadi Seorang Copywriter Handal

Copywriter, kalau saya nak cari dalam bahasa Malaysia .. mungkin akan jadi Penulis Salinan. Tapi macam tak kena je kan ... maka, kita lihat apa maksud ia dalam bahasa Inggeris. Saya ambil terjemahan daripada Wikipedia.

Copywriting is writing copy (text) for the purpose of advertising or marketing. The copy is meant to persuade someone to buy a product, or influence their beliefs.

Copywriters are used to help create direct mail pieces, taglines, jingle lyrics, web page content (although if the purpose is not ultimately promotional, its author might prefer to be called a content writer), online ads, e-mail and other Internet content, television or radio commercial scripts, press releases, white papers, catalogs, billboards, brochures, postcards, sales letters, and other marketing communications media pages. Copy can also appear in social media content including blog posts, tweets, and social-networking site posts.

Ok. Itu dalam bahasa Inggeris, dalam bahasa dan perkataan saya pula; ia merupakan Penulis Iklan. Mudah nak faham. Seorang penulis kategori ini akan menulis bentuk penulisan yang akan meransang seseorang yang membaca apa yang ditulis untuk membuat tindakan - samada belian, jadi ahli, mendaftar dan sebagainya.

Dan sebagai blogger seperti yang saya sebut di awal tadi, jika mahu menjadikan blog anda lubuk income anda, samada secara sambilan mahupun penuh masa; anda perlu mendalami cara dan kaedah untuk menjadi seorang Copywriter yang handal.

Dengan cara ini, anda boleh menulis apa sahaja, dan menjual apa sahaja dalam masa yang sama.

Salah satu cara seorang blogger untuk menjadi seorang Copywriter ialah menulis advertorial. Saya sendiri sedang belajar teknik dan kaedah terbaik untuk menjadi seorang Copywriter. Setakat ini, alhamdulillah, ada hasil yang baik.

Dan untuk menulis satu entri Copywriting yang bagus, anda perlu berlatih. Tips saya ialah dengan membuat review, advertorial yang 'percuma' dan melihat sejauh mana entri itu dapat mempengaruhi pengunjung dan pembaca blog untuk melakukan tindakan - klik, beli, baca, buat belian, daftar dan sebagainya.

Harapnya dengan sedikit informasi ini, anda bolehlah cuba untuk mantapkan penulisan berbentuk Copywriting ini. Saya menggunakannya untuk pengiklanan ChurpChurp, 8Share, program affiliate termasuklah juga advertorial.

Blogger Informasi Adalah Blogger Copy Paste

Benarkah blogger informasi dalam Dunia Blog Malaysia hanyalah blogger yang tahu copy-paste sahaja? Haa ... ini adalah antara pendapat yang telah diberikan oleh salah seorang pengunjung blog ini. Apa kata anda?

Ok, sebelum anda berikan komen dan maklum balas; cuba baca pendapat dan kupasan saya selengkapnya dalam entri ini, baca sampai habis ... dan jangan ambil kesimpulan mudah.
Blogger Copy Paste - Blogger Informasi

Blogger Informasi Adalah Blogger Copy Paste

Saya sendiri akui, saya antara ramai blogger yang kerap buat copy-paste, jika tidak sekarang; awal-awal dalam dunia blog memang saya jenis blogger seperti ini. Tak pandai nak garap ayat sendiri, main cedok bulat-bulat. Bila main cedok bulat-bulat ini, akan jadi blogger copy-paste yang kantoi.

Apa yang saya buat, ialah mendapatkan bahan-bahan berfakta daripada laporan akhbar, artikel di forum, artikel di komuniti maya, artikel menerusi majalah online dan sebagainya, termasuklah daripada blog-blog dan laman web luar negara.

Mengapa saya ambil bulat-bulat? Sebab saya tidak mahu terkeluar daripada fakta. Saya tidak mahu menerbitkan entri yang tiada berpaksi dan bersumber sesuatu, sebab saya tahu di mana tahap pengetahuan dan ilmu saya. Jadi, saya copy-paste bagi memastikan apa yang disampaikan itu benar-benar disampaikan seperti mana telah dilaporkan.

Jadi Blogger Copy-Paste Putar Belit

Ada blogger yang suka copy-paste, tetapi memutar-belitkan cerita. Salin semua tapi tampalnya separuh. Makanya, wujudlah interprestasi yang salah terhadap apa yang disampaikan. Informasi patut disebarkan dengan baik tanpa diolah terlalu ketara sehingga tersimpang dari maksud penyampaian.

Tapi, alhamdulillah, ilham dari Allah S.W.T sentiasa ada. Entri salin tampal kini boleh saya olah dengan gaya saya sendiri. Walaupun hanya cebisan informasi tetapi saya cuba garap daripada pelbagai sumber lain sebagai fakta sampingan.

Blogger Copy-Paste Gaya Sendiri

Blogger informasi memang perlu menjadi seorang blogger copy-paste, tetapi perlu menjadi blogger yang ada olahan sendiri, gaya sendiri dan paling penting tahu untuk bertanggungjawab dengan informasi yang disebarkan. Jangan sekadar sebar kemudian dibiarkan ... apabila ada yang bertanya ... buat diam seribu bahasa.

Backlink Dalam Entri Copy-Paste

Paling penting andai menjadi blogger yang suka cedok sana sini atau ambil fakta berkaitan ialah memastikan diberikan sumber atau backlink kepada artikel asal. Ia bagi mengelakkan sesuatu yang tidak elok berlaku, dan bagi memudahkan orang lain terutama pengunjung merujuk sumber asal dan ketahui kebenaran sebenar. Malah, dengan cara ini juga, akan elakkan blogger yang sebarkan satu-satu informasi menerima surat saman daripada pihak-pihak yang mungkin tertempias daripada informasi yang anda sebarkan.

Kesimpulan ....

Tidak Salah Menjadi Blogger Copy-Paste Asalkan ....

  • Tidak salah menjadi blogger copy-paste, asalkan tahu bertanggungjawab dengan entri tersebut, dan memberikan sumber asal serta backlink yang sepatutnya.
  • Tidak salah menjadi blogger copy-paste andai anda tahu cara menyampaikan mengikut gaya anda sendiri.
  • Tidak salah menyebarkan informasi asalkan apa yang disalin dan ditampal itu merupakan satu fakta dan bukannya satu cerita rekaan atau fitnah. Apatah lagi ia yang boleh mengaibkan.

Secara amnya, saya boleh katakan kebanyakkan blogger informasi memang ramai yang menjadi blogger copy-paste; ia jalan mudah dan pantas tanpa perlu susah payah nak cari bahan dan selidik sendiri.

Tapi kalau mahu jadi seorang blogger informasi yang disegani, diyakini, dihormati dan mendapat tempat dan ruang secukupnya di dunia blog mahupun dunia nyata, jadilah blogger informasi yang kurang bab copy-paste ini.

Tak caya? Lihat sahaja Paultan.org, Amanz.my, ArenaKereta.com, Infofotografi, Sokernet dan banyak lagi ....

Mahu jadi terbaik, jadi blogger copy-paste yang ada niche tertentu, in Sha Allah, dengan masa ... sedikit sedikit anda akan tahu untuk membuat entri sendiri dan kurangkan bab salin tampal yang banyak blogger informasi am lakukan.

Sekarang, apa pula kata anda?

p.s: Pengalaman akan hanya diperolehi jika kita tak gusar mencuba .... silap dan salah itulah yang akan mematangkan cara kita menulis sesebuah entri ...


Destinasi Pelancongan Visit Malaysia Pilihan Blogger Malaysia Pt 5

Destinasi Pelancongan Visit Malaysia Pilihan Blogger Malaysia. Malaysia, negara tercinta ini memang banyak tempat menarik. Diberikan setahun melancong dalam negara, rasanya belum tentu akan dapat rasai pengalaman semuanya. Negara ini ada kepelbagaian unik yang boleh diterokai. Banyak keistimewaan yang kita tak tahu. Dan #VMY2014 merupakan tahun terbaik untuk kita meneroka negara kita sendiri.

Saya ingin berkongsi 2 pengalaman menarik blogger Malaysia mengenai destinasi #VMY2014 yang boleh anda kunjungi.

Destinasi Pelancongan Visit Malaysia Pilihan Blogger Malaysia

Menara Jam Condong di Teluk Intan

Secara peribadi, saya pernah belajar selama 5 tahun di Teluk Intan, di salah sebuah sekolah berasrama penuh di sana. Teluk Intan memang menarik. Malah rekabentuk pekan Teluk Intan itu sendiri dari segi geoografi dah unik. Ia merupakan satu-satunya bandar di Malaysia yang lokasinya terletak di dalam bentuk ladam kuda.
Bandar Teluk Intan - Benuk Geografi
Dek kerana reka bentuk dan kedudukan ini, maka wujudlah Menara Jam Condong Teluk Intan. Ada yang menggelarkannya Pisa Malaysia, ada yang menggelarkan Pagoda, bagi orang tempatan, ia lebih dikenali Menara Sendeng atau Jam Sendeng.

Di bawah menara ini, sebenarnya ada laluan air bawah tanah, yang membuatkan struktur tanah di situ tidak berapa kuat, yang menyebabkan ia senget dan condong ke arah barat laut. Dan seandainya, laluan air itu 'pecah' kemungkinan besar bandar ini akan lenyap ditenggelami oleh air sungai yang 'mengepung' bandar ini kiri dan kanan.
Menara Jam Senget di Teluk Intan, Perak

Nak tahu lagi mengenai menara ini dan lihat gambar menarik mengenainya? Anda boleh terjah entri rakan blogger ini - Moh Kita Lawat Menara Condong Malaysia

D' Muara Marine Park Sungai Besar

Sungai Besar, tempat membesar isteri saya. Di sini, apa yang anda akan rasai adalah lebih daripada sekadar satu pengalaman yang melekat di ingatan, tetapi juga di hati.

D' Muara Marine Park Sungai Besar merupakan tarikan terbaru di Sungai Besar, Kuala Selangor. Mari baca kisah blogger ini yang telah merasai sendiri apa yang menarik di Sungai Besar ... - Terima Kasih Penduduk Sungai Besar
D Muara Marine Park, Sungai Besar

 

24 November 2013

Beza Blog Informasi dengan Blog Peribadi

Dalam dunia blog Malaysia, saya nampak dua jenis blog ini sangat disukai. Disukai dalam erti kata, ramai blogger yang buat blog jenis sebegini. Ia dua cabang besar genre blog yang ada di Malaysia. Tetapi tak ramai yang ambil peduli mengenai perbezaan yang ada pada keduanya, dan in Sha Allah, dalam entri ini saya ingin kongsikan pendapat saya mengenai dua jenis blog ini.

Beza Blog Informasi dengan Blog Peribadi

Blog informasi ada banyak kategorinya, ada mengenai informasi politik, gajet, pelancongan, masakan dan sebagainya. Berbeza dengan blog peribadi, ia lebih kepada pernyataan pendirian, pendapat, luahan rasa dan penceritaan pengalaman serta perkongsian perjalanan kehidupan seharian.

Dan jangan pelik apabila saya katakan, ada juga blog yang berciri informasi tetapi ada sentuhan peribadi, contohnya macam blog Dapur Tanpa Sempadan. Ia sebuah blog informasi masakan, tetapi ada sentuhan peribadi di mana masakan, menu, resepi adalah daripada pengalaman peribadi pemilik blog.

Begitu juga dengan blog politik, yang rata-rata adalah blog yang bercerita soal politik tetapi lebih kepada pernyataan, komen dan pendapat mengenai suasasa serta isu politik semasa.
Beza blog informasi dengan blog peribadi

Blog Dibezakan Dengan Header

Tetapi yang jelas pada saya ialah dua-dua jenis blog ini boleh dibezakan dengan header. Selalunya header yang ada gambar dan wajah pemilik blog selalunya blog berkonsep peribadi. Banyak cerita dalam blog menjurus kepada kehidupan seharian, pengalaman peribadi, pendapat personal dan tidak terlalu banyak tersimpang daripada realiti kehidupan hakiki sebenar pemilik blog.

Manakala blog berkonsepkan informasi, lebih suka menggunakan header umum, atau header blog yang ada nama blog, logo, tagline atau seumpamanya. Jarang ada blog informasi yang letak wajah pemilik blog sebagai header.

Dan antara dua blog yang saya sebutkan ini, blog yang punyai sentuhan peribadi lebih disukai oleh pengiklan yang mahukan penulisan advertorial. Dan agak jarang blog informasi diberikan jenis pengiklanan seperti ini, kecuali blog tersebut benar-benar sebuah blog yang punyai niche tersendiri yang unik dan menepati kriteria pengiklan.

Blog informasi ada kekuatannya tersendiri. Ia lebih mudah untuk mendapat peluang berada di enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing. Ini adalah kerana konsepnya sebagai sebuah blog penyebaran informasi, jadi banyak kata kunci yang menjadi carian akan meledakkan entri di blog-blog tersebut.

Dan kerana kekuatan inilah, blog informasi boleh menjana pendapatan yang agak baik menerusi perletakkan iklan am seperti banner mahupun iklan teks. Ramai pengiklan yang mahu promosikan produk dan servis mengiklan di blog seperti ini untuk mendedahkan jenama mereka.

Itulah antara perbezaan yang boleh saya katakan mengenai dua jenis blog ini - blog informasi dan blog peribadi. Dua-dua ada kedudukannya dalam dunia blog Malaysia.


Kertas Soalan SPM 2013 Bocor?

Lama benar tak mendengar isu soalan kertas peperiksaan SPM bocor. Kali terakhir saya dengar berita sebegini adalah ketika masih lagi belajar di institusi pengajian yang dibina di tempat tinggi ... dan kali ini, isu ini dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Ada bukti - itu dakwaan pihak PPIM.

Kertas Soalan SPM 2013 Bocor?

Kertas soalan SPM 2013 bocor - PPIM
Kertas soalan SPM 2013 bocor - PPIM
Kertas soalan SPM 2013 yang didakwa bocor adalah kertas peperiksaan bagi subjek matematik dan matematik tambahan. Mengikut laporan akhbar yang diterbitkan 23 November 2013, aduan serta laporan polis telahpun dibuat.

Dan hari ini (24 November 2013), pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa aduan serta dakwaan tersebut sedang disiasat oleh mereka, malah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telahpun menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat perkara ini.

Kota Kinabalu: Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan kebocoran kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, berkata kementerian sudah mendapatkan maklumat daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang membuat aduan berkenaan.

Pendapat Guru Malaysia?

Bagaimana dengan rakan-rakan blogger terutama guru mengenai dakwaan seperti ini? Adakah benar masih wujud kebocoran kertas soalan SPM seperti yang didakwa? Atau ia hanya satu kebetulan memandangkan di Malaysia ini, perihal copy-paste memang jadi kebiasaan berlaku?

Bagi sayalah, SPM terutama bagi soalan seperti Matematik dan Matematik Tambahan; soalan yang seakan serupa pasti wujud memandangkan kedua-dua subjek adalah melibatkan penyelesaian subjektif walaupun jawapannya berbentuk objektif (perlu tepat).

Soalan Matematik, pusing tang mana pun, ia akan nampak macam serupa.

Tapi mungkin apa yang telah didakwa melibatkan soalan yang dijumpai serupa 100 peratus. Itu saya tidak pasti. Tapi kemungkinan ada, dan kemungkinan soalan tersebut yang telah ada atau diterbitkan 3-4 tahun dahulu juga diterbitkan semula juga ada.

Apapun, saya harap isu ini dapat diselesaikan segera dan menemui jalan penyelesaian supaya integriti Lembaga Peperiksaan serta Kementerian Pendidikan Malaysia tidak tercalar.

Kredit: Blog PPIM

Untung Jadi Mangsa Copy-Paste

Kerja copy-paste entri blog memang dah lama wujud. Bukan perkara baru, benda lama dah berlaku. Tetapi, yang tak bestnya ... apabila benda ini berlaku antara blogger-blogger Malaysia, ramai yang tidak ambil kesah mengenai memberikan 'penghargaan' dalam bentuk backlink di dalam entri yang kena salin tampal itu.

Saya berblog sejak tahun 2008 ... masa itu, copy-paste berlaku, malah blog-blog yang saya layari ketika itu yang kebanyakkannya dari luar negara banyak yang buat entri salin tampal ini. Dan, blogger-blogger ini tidak lokek berikan backlink atau sumber entri mereka. Memang ada, tidak dinafikan.

Dan apabila soal copy-paste ini semakin diperkatakan, ramai yang ubah strategi dengan salin tampal entri tetapi diolah dengan ayat sendiri, dengan pemahaman dan sudut pandangan berbeza. Walaupun dah ada beza dari segi susunan ayat, namun backlink kepada sumber tetap juga diberikan.

Untung Jadi Mangsa Copy-Paste

Cuba anda lihat entri-entri terawal blog ini, sekadar beberapa contoh entri olahan dari sumber lain.
Isi kandungan contoh entri di atas saya ambil dari sumber luaran, walaupun diolah dengan ayat sendiri, diletakkan juga backlink serta sumber yang saya dapat.

Entri saya ... biasa kena copy-paste, saya tiada masalah mengenai itu. Anda boleh salin tampal mana-mana entri dalam blog ini, tanpa perlu minta kebenaran. Saya izinkan anda ambil samada semua, mahupun sebahagian. Tapi, jika anda mahu hargai apa yang telah saya kongsikan, berilah apa yang sepatutnya (backlink). Saya tak minta dan tak paksa ...anda boleh fikir sendiri.

Untung sebenarnya bila jadi mangsa copy-paste ini. Ia menunjukkan ada kualiti di mata orang yang telah ambil penulisan anda. Jadi, anda memang telah berjaya menghasilkan sebuah entri yang memikat dan menjadi perhatian. Mereka yang copy paste entri anda dapat lihat kekuatan entri yang anda telah tulis dan terbitkan. Maka, ia satu kebanggaan :).

Apa Yang Untungnya?

Kenapa saya sebut untung tadi? Untung sebab anda telah tahu bahawa entri-entri yang anda tulis boleh beri manfaat pada orang lain. Untung sebab anda telah tahu bahawa bentuk penulisan anda ada yang orang sukai. Untung sebab ... tanpa sedar, orang yang ambil entri anda itu sebenarnya telah berikan satu saham yang mereka sendiri tidak sedar walaupun mereka tidak mengakuinya.

Ya, memang untung jadi mangsa copy-paste ini, tetapi .... jadi rugi seandainya entri yang disalin tampal ini dimanipulasi untuk mereka itu dapatkan keuntungan lain yang telah menidakkan hak anda sebagai seorang pemberi cerita dan informasi.


p.s: Ada juga entri yang saya tidak letakkan sumber tertentu, masa tu akal masih pendek.

23 November 2013

Pendaftaran Online Rumah Idaman Rakyat

Jika anda seorang ibu tunggal, golongan OKU (Orang Kurang Upaya) atau merupakan pembeli rumah pertama, maka anda bolehlah cuba mendapatkan projek SPNB di bawah program Rumah Idaman Rakyat. Ia merupakan sebuah lagi projek bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki kediaman selesa serta juga unit kedai.

Pendaftaran Online Rumah Idaman Rakyat

Rumah Idaman Rakyat

Program Rumah Idaman Rakyat merupakan antara banyak cabang projek mensejahterakan rakyat yang terdapat di dalam Bajet 2014. Anda boleh membuat permohonan atau pendaftaran secara online yang disediakan menerusi laman web SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad).

Menerusi program ini, anda boleh mendapatkan rumah-rumah dalam projek perumahan bercampur. Jenis milikan termasuklah:

  • Rumah Banglo Sesebuah
  • Rumah Berkembar
  • Rumah Teres
  • Apartmen (Minima 5 Tingkat)
  • Unit Kedai
Harga jualan rumah pula mestilah antara RM 70,000 - RM 250,000 seunit. Manakala unit rumah kedai mestilah tidak melebihi RM 1,000,000 seunit.

Syarat AM Permohonan Online Rumah Idaman Rakyat

  • Pembeli adalah warganegara Malaysia yang sah
  • Mesti berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan individu tidak melebihi RM 7,000 sebulan atau tidak melebihi RM 10,000 sebulan bagi seisi rumah.
  • Keutamaan akan diberikan kepada golongan ibu tunggal, OKU serta pemilikan bagi rumah pertama.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Rumah Idaman Rakyat SPNB ini, anda boleh mengisi borang permohonan secara online yang telah disediakan. Anda isikan butiran yang disediakan, dan hantar terus. In Sha Allah, SPNB akan menghubungi anda nanti.

Borang Pendaftaran Online Rumah Idaman Rakyat

Borang Permohonan Online Rumah Idaman Rakyat

Borang pendaftaran online bagi program Rumah Idaman Rakyat boleh diakses di pautan ini - Borang Pendaftaran Rumah Idaman Rakyat

Borang ini hanya perlu diisikan oleh hanya seorang bagi seisi rumah (samada isteri/suami).

Sumber: SPNB




22 November 2013

Saji.my Mudahkan Cari Burger Bakar dan Nasi Arab

Kalau bab makan semua orang suka. Rakyat Malaysia antara warga dunia yang terkenal dengan pelbagai citarasa, malah ada statistik menunjukkan rakyat Malaysia berbelanja agak besar juga untuk makan-makan ni. Inilah rezeki limpah ruah diberikan kepada rakyat Malaysia, boleh merasa pelbagai jenis makanan termasuklah yang sedang hangat sekarang - Burger Bakar dan Nasi Arab. Burger Bakar yang best dan Nasi Arab yang sedap tetapi murah memang dicari.

Saji.my Mudahkan Cari Burger Bakar dan Nasi Arab

Saji.my - Pencarian Tempat Makan Sedap di Malaysia

Nak mencari Burger Bakar yang sedap dan lazat, penuhi citarasa anda walau di mana anda berada? Cubalah anda cari menerusi Saji.my. Laman web ini boleh berikan informasi yang cukup baik untuk anda merasi kelazatan yang ada pada menu terbaharu rakyat Malaysia ini.
Burger Bakar satu fenomena makanan di Malaysia. Jadi, agak mendukacitakan bagi diri kalau tak pekena burger unik ini. Mungkin anda patut cuba Burger Bakar Abang Burn (klik).

Satu lagi menu atau makanan yang tengah hangat diperkatakan sekarang ialah Nasi Arab. Nasi Arab bukan menu asing, malah telah lama ada di Malaysia, cuma semenjak dua menjak ini ia jadi terkenal. Mungkin kerana ramainya pelancong dari Timur Tengah yang datang ke Malaysia.
Nasi Arab Damsyik di Senawang

Ehemm .. Nasi Arab bukan makanan untuk orang Arab ye ... :P. Masakan ini sekarang sudah dipelopori ramai tukang masak Malaysia. Walaupun orang tempatan yang menyediakannya, ia tetap tidak lari dari resepi asalnya iaitu Timur Tengah. Tak caya? Cuba tengok Nasi Arab Damsyik (klik) yang ada di Senawang!

Tapi, kalau anda mencari originaliti, jangan gusar sangat; menerusi Saji.my anda boleh dapatkan pelbagai pilihan restoren yang ada di Malaysia, dari utara hingga ke selatan yang boleh memberikan anda rasa terbaik resepi Timur Tengah ini.

Nasi Arab dan Burger Bakar, jika mahu mencari mana lokasi yang terbaik untuk menikmatinya, silalah jenguk laman web Saji.my ini. Pasti anda tidak kecewa, jika kecewa ... maklumkan sahaja, dan Saji.my akan mencarinya untuk anda!
tempat makan sedap di bangi

Antara keistimewaan Saji.my yang boleh anda manipulasi untuk selera tak hingat anda ialah ...
  • Ada peta tempat makan yang best-best.
  • Anda boleh beri cadangan tempat makan yang menarik.
  • Anda boleh tengok gambar original mereka yang dah cuba masakan restoren tertentu.
  • Anda boleh cari tempat makan menarik berdasarkan tempat serta jenis makanan


Jadi, kalau tetiba terasa mahu mencari tempat makan menarik sekitar tempat anda, atau yang berdekatan, boleh cuba Saji.my.

Widget Carian Untuk Blogger

Tadi saya menguji widget carian yang disediakan oleh blogger (blogspot.com) tapi nampaknya gagal berfungsi. Maka, saya telah cari alternatif untuk meletakkan widget carian di blog ini. Alhamdulillah, saya jumpa cara lain untuk meletakkan widget carian dengan cara mudah. Ada banyak widget lain, tapi agak komplikated (ada ke ejaan camni?).

Widget carian ini simple sahaja. Malah, saya dapati ia akan bantu blog meningkatkan pageviews. Saya dapatkan widget ini daripada W2B, salah sebuah blog yang sering saya singgah untuk dapatkan widget-widget blogspot yang serba cool.

Jadi, seandainya blog anda ada masalah dengan kotak carian edisi blogger, bolehlah cuba gunakan widget ini pula. Sangat mudah untuk masukkan dalam blog, terutama di bahagian sidebar.

Hanya salin kod HTML di bawah ini dan masukkan sebagai Add HTML/Javascript.


Anda boleh berikan sedikit keunikan dengan kotak carian anda dengan ubah perkataan "Search this blog .." dengan perkataan anda sendiri, selain menukar butang Value="Search" dengan menjadi Value="Cari Benda Tersembunyi ..." atau yang seumpamanya. Ikut suka anda. :)

Atau boleh cuba cara ini... seandainya yang kat atas ini tidak berjaya.


Selamat mencuba.

Apabila Perkongsian Ini Jadi Berbaloi

Saya sendiri tidak menjangkakan perkara ini berlaku. Nampaknya apa yang saya lakukan membuahkan hasil yang memang mengujakan. Tentulah teruja, setelah sekian lama blog saya tidak menerima kebanjiran trafik sebegini, ini berlaku sekali lagi. Alhamdulillah, ada yang ambil penuh minat mengenai entri-entri berbentuk informasi am yang saya kongsikan.

Saya juga seperti anda, bukan ada ramai pengikut pun, dan bukan ada ramai peminat pun. Blog saya biasa-biasa sahaja, hanya kongsikan perkara yang saya fikir dan rasa boleh berikan kebaikan pada orang lain - walaupun tidak pada saya.

Apabila Perkongsian Ini Jadi Berbaloi

Teruja bila dapat kunjungan seminit, sesaat sehingga beratus. Ini membuatkan perkongsian ini jadi berbaloi, sangat berbaloi. Saya harap apa yang mereka cari di blog ini akan dapat manfaatnya, in Sha Allah, jika tidak sepuluh, dapat satu pun jadilah.

Informasi Itu Raja

Ini juga bukti bahawa adakala anda tidak perlu menulis dan menerbitkan entri berbentuk sensasi seperti gossip artis, cerita aib, perihal politik melampau dan seumpamanya untuk mendapatkan trafik tinggi pada blog. Ada banyak cara yang lebih baik yang boleh dipraktikkan, dan in Sha Allah, dengan sedikit usaha mempromosikan entri tersebut, anda mampu jadikan ia sumber trafik berterusan untuk blog.

Saya bukan mahu dabik dada, tapi nak beritahu bahawa segalanya bukan mustahil. Apabila anda sudah hilang punca untuk cuba naikkan trafik blog anda, cubalah kongsikan sesuatu yang mungkin anda tidak cari, tetapi orang lain yang mencari.

Blog terima trafik tinggi
Tips Blog terima trafik tinggi
Tips Blog terima trafik tinggi
Bagaimana semua ini boleh berlaku? Hanya kerana dua entri ini .... Entri 1 dan Entri 2.

Anda dipersilakan untuk copy-paste entri tersebut jika mahu, cuma pinta saya ... berikan backlink. Itu sahaja.


5 Cara Bangkitkan Keghairahan Pengunjung Blog Pertama Kali

Dalam bab memikat pengunjung menjadi pembaca di blog kita, perlu tahu kaedah dan cara untuk mereka terus berada lama di dalam blog. Dengan ini, apabila mereka berada lama, mereka akan ketahui dan baca entri-entri lain. Kerana itulah, perlunya anda sebagai seorang blogger Malaysia bangkitkan keghairahan mereka yang berkunjung pertama kali.

5 Cara Bangkitkan Keghairahan Pengunjung Blog Pertama Kali

Bagaimana nak bangkitkan keghairahan mereka untuk terus membaca entri-entri blog yang lain? Jika anda seorang blogger baru, memang agak payah kerana dalam bab ini, anda perlu sokongan daripada pembaca blog sedia ada. Mengapa? Kerana antara unsur penting bangkitkan keghairahan pengunjung pertama kali ialah dengan komen.
5 Cara Bangkitkan Keghairahan Pengunjung Blog Pertama Kali

Anda perlu paparkan atau highlight entri-entri yang mempunyai komen yang banyak. Cara ini akan buat pengunjung pertama kali tertanya-tanya mengapakah tajuk entri tersebut ada banyak komen. Sifat ingin tahu bangkitkan keghairahan untuk ketahui isi kandungan entri tersebut. Teknik terbaik untuk paparkan entri tersebut adalah dengan menggunakan widget yang pernah saya ceritakan kepada anda dahulu di sini -Papar Entri Popular Ikut Jumlah Komen

Keduanya ialah menerusi widget Pageviews dalam blogspot anda. Walaupun ia hanya angka yang berkedip-kedip (kalau trafik tinggi); tapi ia boleh beri kesan dan impak kepada pengunjung pertama untuk mengetahui apakah yang menyebabkan angka itu semakin lama semakin meningkat. Pasti ada entri yang buat yang lain ghairah menggodek blog anda.

Ketiga widget yang paparkan pengikut, peminat, ahli kelab dan sebagainya. Boleh gunakan widget follower, widget Facebook Fanpage dan pelbagai lagi, termasuklah Twitter. Widget-widget ini ada kesan yang lebih kurang sama dengan Pageviews tadi. Malah, jika widget ini digunakan dengan cirian maksima, ia mungkin boleh berikan impak lebih lagi, contohnya widget yang paparkan tweets terkini dari akaun Twitter anda.

Keempat ialah dengan paparkan entri-entri hangat di bahagian atas blog anda. Saya pernah meletakkan widget linkwithin, nrelate mahupun outbrain di bahagian atas setiap entri saya. Dan hasilnya memang ada. Selalunya ramai blogger letak widget berkenaan di bawah entri, tetapi percubaan dengan sedikit kelainan ini berikan impak yang mengujakan.

Kelima ialah hadiahkan sesuatu kepada pengunjung blog anda. Anda boleh lakukan dengan banyak cara dan kaedah. Ada yang perlukan modal, ada yang percuma. Contohnya ialah memberikan insentif tunai buat pengunjung yang berikan komen terbanyak. Atau dengan cara yang lebih kos efektif ialah dengan paparkan komen-komen yang diberikan di sidebar; paling baik ruangan tersebut dilengkapi dengan avatar atau profil pengunjung tersebut.

Dan banyak cara lain untuk bangkitkan keghairahan pengunjung blog pertama kali untuk terus berada di blog anda. Pilihan dan kaedah telah saya kongsikan, anda boleh cuba dan gunakan untuk blog anda.

Borang Permohonan RMR1M Muat Turun Percuma

Borang Permohonan RMR1M Muat Turun Percuma - Nampaknya ramai yang berminat dengan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M). Jika anda masih belum mengetahui mengenai RMR1M, anda boleh baca entri saya sebelum ini di sini (klik). Ia merupakan satu program khas bagi mereka yang punyai tanah untuk dibina rumah kediaman yang selesa di bawah seliaan SPNB.

Menerusi program ini, SPNB akan membina rumah kediaman di tapak atau lot tanah milikan anda, dengan pembiayaan ditanggung menerusi pinjaman bank, serta mendapat potongan khas bagi kadar faedah pinjaman bank iaitu sebanyak 2%, yang akan ditanggung kerajaan. Malah, pembinaan rumah anda akan diberikan subsidi sebanyak RM20,000.

Untuk mendapatkan pembiayaan yang menarik ini, anda perlu membuat permohonan kepada SPNB, dan untuk itu, saya telah menyediakan anda muat turun percuma borang permohonan RMR1M ini. Saya tahu ramai yang telah mendapatkan manual, tetapi masih gagal untuk mendapatkan borang yang dimaksudkan.

Borang Permohonan RMR1M Muat Turun Percuma

Anda boleh muat turun percuma borang permohonan RMR1M di pautan berikut - Borang RMR1M

Borang ini perlulah anda isi dengan lengkap, dan lihat keperluan dokumen yang diminta. Borang ini dapat membantu anda apabila anda menggunakan sistem online (jika mahu) menerusi laman web berikut - RMR1M SPNB Online

Borang yang telah lengkap berserta dokumen yang diperlukan mesti dihantar kepada SPNB untuk kelulusan. Terdapat 3 cara anda boleh melakukannya.

  1. Muat naik dokumen yang diminta di Pejabat Wakil Rakyat. Pihak Pejabat Wakil Rakyat akan membantu imbas (scan) dokumen dan memuat naik ke dalam sistem. 
  2. Pemohon boleh muat naik sendiri. Pemohon akan diberikan login dan kata laluan untuk masuk ke dalam sistem. Pemohon boleh imbas dan muat naik dokumen di rumah. 
  3. Hantar dokumen secara terus ke pejabat SPNB samada pejabat cawangan/satelit berdekatan atau melalui pos. 
Program RMR1M ini memang berbaloi buat mereka yang ada tanah. Kalau ada tanah, binalah rumah jika tidak mahu usahakan ia secara komersil. Namun, kalau anda tanya pendapat saya .. baik bina rumah, kerana rumah yang dibina dengan projek ini pasti puas hati, apatah lagi mendapat khidmat daripada SPNB.

Untuk lebih pencerahan mengenai RMR1M ini, saya syorkan anda untuk rujuk dengan mana-mana pejabat wakil rakyat berdekatan, paling afdal ... anda rujuk dan minta pertolongan dengan Pejabat ADUN kawasan anda. Saya difahamkan ada kuota tertentu untuk RMR1M bagi setiap Adun, jadi ... jangan tunggu sampai kuota itu habis.

Atau anda boleh hubungi

Hotline SPNB: 1300 80 3838
Tel: 603 – 26185555

Moga bermanfaat, in Sha Allah.



21 November 2013

Pekeliling JPA Penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan Awam Malaysia

Semua orang telahpun mengetahui mengenai 81 skim perkhidmatan awam Malaysia yang telah diberikan penambahbaikan berikutan pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib dalam #Bajet2014 pada 25 Oktober 2013.

81 skim perkhidmatan awam Malaysia yang berikan penambahbaikan termasuklah Pindaan Skim Perkhidmatan Guru Bahasa, Pindaan Terma Dan Perubahan Had Umur Kenaikan Pangkat Secara Lantikan, Pindaan Skim Perkhidmatan Jururawat Dengan Memperuntukkan Perbekalan Kenaikan Pangkat Ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan beberapa lagi.
Pekeliling JPA Penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan Awam Malaysia

Anda boleh semak menerusi jadual diberikan di bawah ini, dan boleh muat turun 21 pekeliling JPA berkaitan dengan setiap perubahan dan penambahbaikan.

Pekeliling Perkhidmatan Tarikh Kuat Kuasa Bilangan
Pindaan Skim Perkhidmatan Jururawat Dengan Memperuntukkan Perbekalan Kenaikan Pangkat Ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi 1 Jun 2013 Bil. 9 Tahun 2013
Pindaan Terma Dan Perubahan Had Umur Kenaikan Pangkat Secara Lantikan 1 Julai 2013 Bil. 10 Tahun 2013
Penjumudan Skim Perkhidmatan Juruteknik Dan Pindaan Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan, Penolong Jurutera, Penolong Pegawai Seni Bina Dan Penolong Juruukur Bahan 1 Julai 2013 Bil. 11 Tahun 2013
Penjumudan Skim Perkhidmatan Juruteknik Ukur, Juruteknik Landskap Dan Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa Serta Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Juruukur, Penolong Arkitek Landskap Dan Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa 1 Julai 2013 Bil. 12 Tahun 2013
Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Pertanian Dan Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian, Pembantu Veterinar Dan Penolong Pegawai Veterinar 1 Julai 2013 Bil. 13 Tahun 2013
Skim Perkhidmatan Pensyarah Farmasi 1 November 2013 Bil. 14 Tahun 2013
Penggabungan Perkhidmatan Galian, Kimia Bumi Dan Kaji Bumi Kepada Perkhidmatan Geosains Di Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia 1 November 2013 Bil. 15 Tahun 2013
Perubahan Nama Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R) 1 November 2013 Bil. 16 Tahun 2013
Pindaan Skim Perkhidmatan Operator Loji, Pemandu Kenderaan dan Penghantar Notis 1 November 2013 Bil. 17 Tahun 2013
Pindaan Skim Perkhidmatan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah dan Pembantu Perawatan Kesihatan 1 November 2013 Bil. 18 Tahun 2013
Skim Perkhidmatan Pembantu Operasi dan Pembantu Awam 1 November 2013 Bil. 19 Tahun 2013
Penjumudan Skim Perkhidmatan Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera) 1 November 2013 Bil. 20 Tahun 2013
Pindaan Skim Perkhidmatan Penjaga Jentera Elektrik 1 November 2013 Bil. 21 Tahun 2013
Skim Perkhidmatan Pembantu Kemahiran 1 November 2013 Bil. 22 Tahun 2013
Pertukaran Pelantikan Pegawai Dalam Skim Perkhidmatan Jumud Kepada Skim Perkhidmatan Yang Berkuat Kuasa 1 November 2013 Bil. 23 Tahun 2013
Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Kebudayaan, Penerbit Rancangan, Artis Budaya, Ahli Muzik, Ahli Fotografi, Jurusolek, Pereka Dan Pegawai Berita 1 November 2013 Bil. 24 Tahun 2013
Pindaan Skim Perkhidmatan Pembantu Hidupan Liar Rendah Dan Pembantu Hidupan Liar 1 November 2013 Bil. 25 Tahun 2013
Skim Perkhidmatan Pembantu Pentadbir Tanah/Penolong Pentadbir Tanah Bagi Pemakaian Di Sabah Dan Sarawak 1 November 2013 Bil. 26 Tahun 2013
Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Kawalan Trafik Udara 1 November 2013 Bil. 27 Tahun   2013
Pindaan Skim Perkhidmatan Guru Bahasa 1 November 2013 Bil. 28 Tahun 2013
Perubahan Nama Dan Pindaan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bahasa Dan Penolong Pegawai Perancang Bahasa 1 November 2013 Bil. 29 Tahun 2013
Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Rancangan Tanah 1 November 2013 Bil. 30 Tahun 2013
Pindaan Skim Perkhidmatan Pemandu Lokomotif 1 November 2013 Bil. 31 Tahun 2013
Pindaan Skim Perkhidmatan Pembantu Wartawan/Wartawan 1 November 2013 Bil. 32 Tahun 2013
Pindaan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perpustakaan 1 November 2013 Bil. 33 Tahun 2013
Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Pertahanan Awam, Penolong Pegawai Pertahanan, Pembantu Pertahanan Awam, Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen Dan Pegawai Imigresen 1 November 2013 Bil. 34 Tahun 2013
Tambahan Syarat Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) Dalam Perbekalan Ukuran Fizikal 1 November 2013 Bil. 35 Tahun 2013

Sumber: JPA

Anda boleh bantu sebarkan informasi ini kepada rakan-rakan anda yang berkenaan. Perlu untuk ketahui 81 skim perkhidmatan yang ada penambaikan ini dengan teliti, supaya tak jadi macam kawan saya yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam yang tidak semena-mena kena bayar balik gaji terlebih!

Ini semua gara-gara kerana kesilapan kerani penggajian silap baca pekeliling dan buat pengiraan. Kalau sikit tak mengapa, kalau dah sampai beribu ... haaa ..... leh jadi inflasi keluarga dibuatnya.

Tolong sebarkan, dengan like entri ini atau google+ ... terima kasih.

Terbitkan Entri Daripada Peranti Android

Saya agak-agak ramai daripada anda ada telefon pintar Android, betul? Saya sendiri ada, tapi jenama yang segan nak sebut kat anda semua, buatan Malaysia tapi biasalah ia telefon pintar yang imitate produk antarabangsa. Apapun, apa yang ingin saya kongsikan kepada anda ialah cara nak terbitkan entri daripada peranti Android, samada daripada telefon pintar mahupun daripada tablet.

Terbitkan Entri Daripada Peranti Android

Mudah dan senang. Menerusi aplikasi ini yang boleh anda muat-turun daripada Google Play, anda dengan cara paling pantas boleh menerbitkan entri anda di mana jua anda berada - selagi ada capaian internet; menggunakan hanya telefon pintar mahupun tablet Android anda.

Dengan menggunakan aplikasi Blogger untuk Android, pengguna terutama blogger Malaysia dengan pantas (salah satu kriteria blogger untuk berjaya) menulis entri baru dan boleh terus terbitkan dengan hanya beberapa klik sahaja. Menerusi aplikasi ini, anda boleh tambah teks, labels, muat naik gambar serta kongsikan lokasi anda dalam entri tersebut.

Selain itu, anda boleh periksa statistik blog anda, lihat komen dan juga menggunakan kelebihan Google + dalam terbitan entri terbaru blog anda. Jika mahu terbitkan entri daripada peranti Android dengan mudah, sila muat turun aplikasi ini di Google Play di pautan ini (klik).

Tawaran Menjadi Agen Kutipan Cukai LHDN

Adakah anda berminat untuk menjadi agen kutipan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri? Jika ya, anda boleh baca entri ini sepenuhnya, dan membuat permohonan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Tawaran Menjadi Agen Kutipan Cukai LHDN

Tawaran untuk menjadi agen kutipan LHDN ini adalah untuk pembayaran potongan cukai bulanan (PCB) secara dalam talian. Ini bermakna, kepada permohonan yang berjaya, mereka bolehlah menyediakan perkhidmatan online bagi mendaftarkan mana-mana individu untuk melakukan potongan cukai bulanan.
Tawaran menjadi agen LHDN untuk pemotongan cukai PCB dalam talian

Tawaran ini walaubagaimanapun hanya terbuka kepada syarikat-syarikat di Malaysia. Dan syarikat-syarikat yang berminat perlulah mengemukakan cadangan bagi menjadi agen kutipan bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) secara dalam talian(online) ini.

Syarat-Syarat

  1. Syarikat yang memohon mestilah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  2. Pemohon perlu mematuhi spesifikasi fail data dan laporan yang telah ditetapkan oleh LHDNM.
  3. Caj untuk perkhidmatan ini ditanggung oleh pembayar cukai. 
  4. Tiada caj dikenakan ke atas LHDNM. 
  5. Mempunyai hubungan dengan banyak bank di Malaysia samaada bank asing atau bank tempatan untuk memudahkan pembayaran oleh majikan yang akan dilaksanakan secara dalam talian (online)
Jika berminat, perlulah mengemukakan surat serta kertas cadangan sebelum atau pada 26 November 2013. Permohonan yang diterima selepas tarikh ini tidak akan dipertimbangkan.

Sekiranya pemohon tidak menerima maklumbalas daripada LHDNM dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan tidak dipertimbangkan.

Info Lanjut Untuk Dihubungi

Maklumat lanjut, sila hubungi pegawai berikut:

03 - 83138888
Encik Azizol Ahmad (sambungan 21504)
Encik Mohd Azamuddin Mustapa (sambungan 21517)
Puan Zarina Risman (sambungan 21575)

Semoga informasi ini bermanfaat kepada mereka yang berminat. Ini bukan tawaran menjadi Ah Long aaa .. ini tawaran bagi memudahkan rakyat Malaysia yang ada kemampuan untuk bayar cukai LHDN secara dalam talian.

Dan sebagai blogger yang mungkin ada syarikat dan menetapi syarat diberikan, ini adalah peluang untuk anda jana pendapatan sampingan anda dengan memberikan servis ini kepada masyarakat.

Sumber: Tawaran Kutipan Cukai LHDN

ps.: Saya bukan agen, dan saya menyebarkan informasi ini adalah secara percuma, bukan advertorial atau post berbayar. Harap maklum.

Program Affiliate Penipu!

Sakit hati bukan kalau kena tipu. Kalau tipu tak datang kerugian, memang tak terasa sangat. Tapi bagaimana andainya kena tipu, dan buat kita kehilangan wang pelaburan kita? Sakit hati tak? Bukan mudah nak mencari sumber pendapatan (wang) ... yang kemudiannya lebur begitu sahaja. Dalam dunia internet ni pun banyak benda yang boleh jebakkan diri dalam kerugian bentuk sebegini, dan salah satunya terjebak dalam program affiliate penipu!

Program Affiliate Penipu!

Program Affiliate Penipu!

Oh, ada wujud ke program affiliate penipu ini? Hmm .. memang ada. Tapi yang wujud itu bukanlah program affiliate sebenar. Ia hanya menggunakan perkataan affiliate untuk kaburi pandangan dan memerangkap ramai yang mencari cara buat duit online sahaja.

Affiliate - Cara Buat Duit Online Terbukti

Affiliate adalah merupakan antara cara paling popular buat duit online, terutama menerusi blog. Malah, program ini antara yang paling lama berada di dunia maya untuk mereka yang bersungguh mencari pendapatan sampingan menerusi internet. Awalnya dulu, program affiliate menggunakan pendekatan laman web dan juga list email. Dalam affiliate, siapa yang ada list .. maka merekalah yang akan dapat jana pendapatan lumayan menerusi affiliate.

Namun, akhir-akhir ini banyak sungguh program affiliate menipu. Mana tidaknya, ia sebenarnya program mencari ahli semata-mata. Ahli daftar, masukkan duit ... dan duit itu pula digunakan untuk bayar ahli lain. Lebih kurang macam kutu tapi ini kutu haram, yang jadi kaya raya adalah pengendali kutu tersebut yang makan komisen atas usaha orang lain.

Beza Affiliate Sebenar dengan Affiliate Penipu

Jadi, bagaimana nak bezakan antara sebuah program affiliate yang sebenar dengan yang menipu ini?

Mudah sahaja. Program affiliate adalah percuma!

Seandainya mana-mana program buat duit online yang dakwa itu adalah sebuah program affiliate, maka pastikan anda tidak perlu membayar apa-apa untuk sertai program tersebut. Jika anda pelru bayar apa-apa kos untuk sertai program affiliate tersebut, maka sah .... ia merupakan program affiliate penipu!

Jadi, awas ... jangan sampai anda menjadi mangsa kepada program affiliate penipu ini.

Bro, tahu tak program affiliate mudah yang boleh gua sertai? - andai ada yang bertanya.

Hmm .. paling terbaru adalah program affiliate IklanSticky. Ia program percuma, anda tidak perlu bayar. Hanya daftar dan anda boleh join program affiliate PPC (Pay-Per-Click). Jarang ada program affiliate PPC ini. Selalunya affiliate ada dua program iaitu PPS (Pay-Per-Sale) dan PPL (Pay-Per-Lead). Tak pasti apa itu affiliate? Baca di sini - Apa Itu Program Affiliate?
IklanSticky.com

Jadi IklanSticky, merupakan satu program yang menguntungkan kerana dengan setiap klik yang terhasil menerusi link (selalunya banner iklan), akan diberikan bayaran sehingga RM0.15 bagi setiap klik. Terbaharu ... ia kini bernilai setiap klik RM0.019.

Jika anda belum daftar, boleh daftar percuma sekarang di sini - http://iklansticky.com/hop.php?ref=xpromo

Ingat ehh, jangan sampai tergoda dengan ciptaan hasil daripada program affiliate penipu ini. Affiliate cukup mudah, banyak usaha ... ada jualan, maka adalah hasilnya.


19 November 2013

Cara Mudah Ketahui Ranking Alexa Sesebuah Laman Web atau Blog

Ramai yang kadangkala ada keinginan nak tahu apakah ranking trafik Alexa bagi sesebuah blog atau laman web. Cara nak tahu adalah lebih mudah jika anda mempunyai toolbar Alexa dipasang pada pelayar internet anda. Untuk itu, saya telah menghasilkan satu toolbar khas OHBlogger Malaysia bagi kemudahan anda semua.

Apa yang menariknya mengenai toolbar ini? Setelah anda memasang toolbar ini di pelayar internet anda - samada Firefox, Internet Explorer mahupun Crome, anda akan dapat akses kepada beberapa laman web yang sering menjadi tumpuan blogger Malaysia, termasuklah ChurpChurp dan Twitter. Malah, anda ada akses mudah ke laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Toolbar OHBlogger Percuma

Muat turun adalah percuma. Dan cara pemasangan juga mudah. Hanya klik pada arahan yang diberikan, dan dengan hanya beberapa saat, toolbar ini telah siap dipasang. Anda perlu restart pelayar internet untuk melihat bagaimana toolbar itu kelihatan di pelayar internet anda.

Cara Mudah Ketahui Ranking Alexa


Cara pasang Alexa Toolbar OHBlogger di Pelayar Internet
Tak berapa jelas cara nak pasang toolbar OHBlogger percuma ini? Ok, saya tunjukkan cara-caranya menggunakan Crome.
  • Buka pelayar internet Crome anda (atau IE atau Firefox)
  • Sila ke pautan muat turun percuma Alexa Toolbar OHBlogger (klik). Paparan di atas akan kelihatan.
  • Klik butang warna hijau Install Toolbar
  • Perhatikan mode muat turun di bahagian bawah Crome, tunggu sehingga selesai.
  • Apabila selesai, klik aplikasi yang telah dimuat turun seperti ditunjukkan di bawah ini.
Cara pasang Alexa Toolbar OHBlogger di Pelayar Internet

  • Setelah klik, akan muncul pernyataan berikut, sila klik Run bagi pemasangan seterusnya. Jangan bimbang, ia dijamin selamat dan bebas virus mahupun malware. Kemudian, hanya tekan butang Next bagi setiap pop up installation yang muncul.
Cara pasang Alexa Toolbar OHBlogger di Pelayar Internet

Cara pasang Alexa Toolbar OHBlogger di Pelayar Internet
Cara pasang Alexa Toolbar OHBlogger di Pelayar Internet
  • Tekan Install setelah paparan di atas muncul, dan proses pemasangan pun selesai. Anda perlu restart pelayar internet anda untuk melihat toolbar OHBlogger itu muncul. Oh ya, pastikan anda aktivasikan panel ini di Crome anda, hanya klik bahagian atas hujung di mana ada logo OHBlogger kelihatan.

Jika pelayar internet anda ialah Crome, maka ia akan terbuka dan menjadi kelihatan seperti di bawah ini. Jika anda ingin mengetahui ranking Alexa sesebuah laman web atau blog, anda hanya perlu klik logo Alexa yang terdapat di toolbar berkenaan. Boleh lihat contoh di bawah ini.
Cara Mudah Ketahui Ranking Alexa
Cara Mudah Ketahui Ranking Alexa

Selamat mencuba, dan gembira menggunakan toolbar OHBlogger percuma ini ....

Muat turun dan guna toolbar OHBlogger di sini - http://goo.gl/HBO69c

Get our toolbar!

7 Cara Terpilih Untuk Blog Dapat Trafik Tinggi

Cara Terpilih Untuk Blog Dapat Trafik Tinggi. Semua blogger samada baru mahupun lama mahukan blog mereka menerima trafik yang tinggi. Trafik yang tinggi boleh membantu sebuah blog capai impian - samada mahu jadi dikenali, mahu popular, mahu sampaikan dakwah, mahu sebarkan informasi, mahu ramai follower dan tentu sekali blog menjana pendapatan sampingan. Jadi, bagaimanakah blog dapat peroleh trafik yang tinggi? In Sha Allah, dalam entri ini, saya akan berikan beberapa pilihan untuk seorang blogger jana trafik tinggi bagi blognya.

7 Cara Terpilih Untuk Blog Dapat Trafik Tinggi

7 Cara Terpilih Untuk Blog Dapat Trafik Tinggi

Ada banyak cara dan kaedah untuk blog jana trafik tinggi ini. Nasihat saya ialah, anda perlu komited dengan salah satu atau dua cara sahaja. Tak perlu ambil semua dan jadi tamak. Dengan pilihan tertentu, anda akan lebih fokus dan sangat mudah untuk blog anda dikenali dan menerima trafik yang diinginkan.

Menerusi Segmen, Kontest dan Giveaway

Samada anda menjadi peserta atau pengelola, cara ini memang terbukti boleh memberikan trafik tinggi untuk blog anda. Buat dalam berkala, kerana kalau dah selalu sangat, nanti isi kandungan blog anda akan hanya ada benda tu je, dan ini tidak baik untuk SEO dan juga platform pengiklanan di blog. Buat segmen, kontest atau giveaway yang boleh beri impak tinggi, nak lagi ok, dapatkan atau berikan hadiah lumayan contohnya wang tunai.

Aktif di Laman Web Agregator Terpilih

Jangan tamak sehingga semua laman web agregator anda sertai (jadi ahli). Pilih yang ada ramai ahli dan keraplah kongsikan entri anda di laman tersebut. Laman pilihan saya ialah Ohbelog.com dan juga Busuk.org. Tak perlu banyak-banyak. Dengan dua laman ping seperti contoh yang saya berikan tadi, sudah boleh jana trafik yang diinginkan. Kerap ping adalah senjata utama untuk terima trafik daripada laman-laman web ping agregator ini.
7 Cara Terpilih Untuk Blog Dapat Trafik Tinggi

Aktif dalam Laman Sosial Tertentu Sahaja

Jika anda ada Facebook maka aktiflah dalam Facebook itu sahaja untuk kongsikan entri-entri anda setiap hari. Tak semestinya, anda kongsi entri yang anda terbitkan hari ini. Anda boleh sahaja ping atau kongsikan entri lama anda di dalam laman sosial anda. Jika dalam Twitter, maka keraplah anda tweet entri-entri anda termasuklah entri-entri lama yang ada nilai evergreen.

Aktif dalam Facebook Group atau Fanpage Terpilih

Dalam Facebook misalnya, ada banyak kumpulan atau komuniti blogger. Pilih mana yang boleh buat anda menonjolkan diri. Jika ia sebuah komuniti yang besar - ada lebih 10-20 ribu ahli, maka kekerapan anda kongsi entri di situ jadi keutamaan. Jika ia sebuah komuniti kecil - dalam 1-5 ribu ahli, maka kurangkan kekerapan ping; buat secara berkala - lebihkan kepada interaksi dalam komuniti tersebut kerana kehadiran anda akan lebih diketahui. Kongsikan pendapat menerusi ruangan komen di link-link atau URL entri blog ahli yang lain. Jangan spam dengan URL blog anda!

Wujudkan Fanpage Sendiri

Jika anda telah mempunyai pengikut dan pembaca setia, digalakkan untuk wujudkan fanpage blog anda sendiri. Aktifkan diri anda sebagai admin dengan lebihkan interaksi anda dengan mereka yang dah jadi ahli (fan) blog anda. Sesekali, anda kongsikan entri anda yang menarik (bukan semua) yang ada kaitan dengan niche fanpage tersebut. Katakan anda buat Facebook Fanpage blog anda dengan nama - Pakar Buat Kek, jadi kongsikan entri-entri yang ada kaitan dengan buat kek ... ia akan bina kredibiliti, bukan sahaja Fanpage akan bertambah orang suka, malah boleh jana trafik berterusan untuk blog anda.

Aktifkan Dalam Google+

Ramai yang kurang ambil perhatian mengenai Google+ dan Google Page. Ia sebenarnya satu medium sangat baik untuk anda menerima trafik blog anda. Kongsikan entri-entri anda menggunakan pendekatan mesra blogger dan mesra komuniti Google+ dengan memasukkan mereka dalam entri anda. Hanya dengan menggunakan tanda +; anda dengan mudah boleh tag seseorang atau sesebuah komuniti dengan mudah dalam entri blog anda. Secara automatik, entri blog anda akan dibaca oleh mereka yang kena tag ... dan berikan kelebihan jika mempunyai hashtag atau kata kunci tertentu.

Kekerapan Kemaskini Entri Blog

Tidak disangkal lagi, jika blog anda kaya dengan informasi menarik dan bermanfaat, trafik akan hadir setiap masa ke blog. Lain orang lain cariannya, lain orang lain bacaannya. Kena pandai dan bijak cari bahan yang sesuai untuk blog anda, dan jadikan ia entri dalam blog. Banyak blog yang berjaya dapat trafik tinggi dek kerana kekerapan update entri ini.

Namun, ada juga blog yang kurang update tetapi masih berupaya jana trafik tinggi - ini adalah disebabkan blogger tersebut buat entri terpilih yang boleh menjana trafik yang mencanak dengan pendekatan kata kunci yang panas serta popular. Selamat mencuba.

Anda boleh pilih mana-mana yang anda mahukan untuk jana trafik tinggi bagi blog anda. Tidak semua sesuai, bergantung dengan penyampaian, isi kandungan, reka bentuk blog dan beberapa aspek lain; namun secara amnya kebanyakkan blog yang berjaya hasilkan trafik yang beribu-riban sehari adalah disebabkan faktor-faktor di atas tadi.


18 November 2013

Destinasi Pelancongan Visit Malaysia Pilihan Blogger Malaysia Pt 4

Apa ada di Malaysia? Hmmm .. banyak sebenarnya yang ada di Malaysia, dan paling menarik ialah ia tidak terdapat di tempat lain. Kalau ada pun, tak seunik apa yang ada di sini. #VMY2014 bakal menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terkenal di dunia. Dan mempromosikan tempat menarik di Malaysia adalah menjadi satu agenda oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

Dan alhamdulillah, dengan bantuan beberapa rakan blogger, destinasi menarik untuk #VMY2014 diperkenalkan. Mari lihat apa cadangan mereka mengenai tempat menarik di Malaysia. Pengalaman mereka boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang mahu bercuti.

Destinasi Pelancongan Visit Malaysia Pilihan Blogger Malaysia Pt 4

Pulau Tioman Pulau Tercantik

Saya masih lagi belum tiba ke Pulau Tioman, yang terletak di sebelah timur negeri Johor Daruk Takzim. Ia merupakan antara destinasi pelancong popular di Malaysia dek kerana ianya merupakan antara pulau tercantik di dunia.
Destinasi #VMY2014 Pilihan Blogger Malaysia - Tioman

Pulau Tioman adalah pulau bebas cukai, dan memiliki pelbagai tawaran menarik untuk bersantai yang bebas daripada hiruk pikuk kotaraya. Di sinilah anda boleh melihat keindahan pulau dan pantai yang cantik dan bersih. Apa lagi yang ada di Pulau Tioman? Boleh rujuk entri ini - Pulau Tioman Antara Pulau Terbaik #VMY2014

Cameron Highland - Cameron Valley Tea House

Destinasi pelancongan yang paling kerap saya pergi di Malaysia. Memandangkan lokasinya di tengah-tengah antara timur dan barat, selatan dan utara; ia menjadi salah satu destinasi pelancongan yang popular bagi semua lapisan masyarakat.

Ada banyak tempat menarik di Cameron Highlands. Setiap kali saya ke sana, pasti akan ada tempat baru yang dilawati. Antara tempat yang best adalah Cameron Valley Tea House. Anda boleh baca pengalaman blogger ini semasa berada di sana - Berjimba di Cameron Valley Tea House
Destinasi #VMY2014 Pilihan Blogger Malaysia - Cameron Highlands
Oh ya, untuk pengetahuan, saya sering mendapatkan teh jenama Cameron Valley sebab ia sedap dan eksklusif - tidak dijual di mana-mana tempat (kalau ada pun terhad). Ia ada rasa lebih sedap dengan aroma lebih wangi. Ia menjadi antara trademark terkini di Cameron Highlands selain Boh Tea.

Ada dua lokasi Cameron Valley Tea House. Satu di Ringlet dan satu lagi selepas Tanah Rata dari arah Tapah.


Bagaimana Nak Dapatkan Iklan Advertorial?

Sebenarnya saya bukanlah pakar untuk beritahu anda mengenai tips dan panduan bagaimana nak dapatkan iklan advertorial dalam blog. Tetapi, saya lihat dan boleh kongsikan beberapa tips jika anda mahu mencuba, manalah tahu dengan tips ini anda akan dapat peluang lebih baik daripada saya. Mengapa? Sebab untuk dapatkan iklan advertorial ini, apa yang paling penting adalah cara anda menulis mengenai sesuatu.

Bagaimana Nak Dapatkan Iklan Advertorial?

Buat duit dengan blog menerusi Advertorial

Ya. Itu adalah rahsia utama untuk mendapatkan iklan advertorial. Anda perlu pandai guna ayat dan bahasa yang sesuai bagi menulis satu entri advertorial ini. Bukan mudah. Saya sendiri masih lagi belajar. Dan alhamdulillah, ada juga pihak yang berminat mahu mendapatkan advertorial daripada saya dan diterbitkan dalam blog ini.

Opps lupa pula. Advertorial adalah salah satu cara blog anda boleh menjana pendapatan. Untuk pengetahuan, satu entri yang anda tulis (advertorial) mengenai satu-satu produk, laman web, blog, laman Facebook, atau promosi sebuah kedai basikal (contohnya) boleh memberikan anda income yang cukup lumayan. Ada yang sanggup bayar anda sehingga RM1000 malah lebih untuk anda hanya tuliskan mengenai mereka dalam blog anda!

Jadi, dalam entri ini saya cuba berikan sedikit tips untuk bantu anda dapat iklan berbentuk penulisan atau advertorial ini.

Uji Skil Penulisan

Pertama sekali, anda perlu uji dahulu skil penulisan advertorial anda. Perlu cari cara, rentak, lengok, nilai keikhlasan anda dalam menulis sebuah advertorial. Untuk itu, anda mesti dengan rela hati cuba buat satu, dua, tiga malah sepuluh iklan advertorial percuma. Paling mudah, anda buat iklan advertorial yang ada kaitan dengan iklan-iklan di ChurpChurp, 8Share atau iklan rambang dalam Nuffnang. Lihat klik yang dijana. Kalau bagus, ia boleh jadikan satu bahan untuk anda jadikan bukti bagi mempromosikan khidmat advertorial di blog anda.

Skil Cari Fakta

Keduanya, anda perlu ada skil untuk mencari fakta. Sesetengah perkara anda tidak boleh dapat dengan mudah. Jadi anda perlu cari info dan maklumat yang boleh bantu anda untuk menghasilkan sebuah entri advertorial yang baik. Sesetengahnya hanya menggunakan pendekatan mudah dan sambil lewa, jadi akibatnya ... iklan advertorial takkan bertahan lama. Perlu bijak cari fakta dan keperluan lain bagi menulis sebuah entri advertorial ini.

Pengalaman Sebenar

Ketiganya, pengalaman sebenar sangat penting. Jika tidak ada pengalaman, pengetahuan anda mengenai sesuatu juga boleh digunapakai. Daripada pengalaman saya, jika seseorang itu menulis advertorial berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sebenar (sendiri), maka iklan advertorial itu lebih berjaya dan disukai.

Cakap Perkara Betul

Keempat, jangan hipokrit, cakap benda yang betul. Ini adalah antara kegagalan saya dalam menulis sebuah entri advertorial. Memang benar, apabila mahu membuat penulisan mengenai sesuatu terutama daripada pelanggan yang mahukan advertorial itu ditulis - kita akan terikat untuk tulis benda yang elok sahaja. Tetapi, ada ketika ... kita perlu selitkan beberapa perkara yang agak kontra, bagi melindungi pengunjung dan pembaca advertorial kita. Tak perlu banyak, cuma buat perbandingan yang boleh nampak dengan jelas. Anda juga boleh melakukan secara halus agar tidak mengguris hati pengiklan.

Ceritakan Manfaat

Kelima, kongsikan perkara yang boleh berikan manfaat; jika anda menulis advertorial mengenai produk - cerita mengenai manfaatnya buat anda .. bukan buat pengunjung atau pembaca blog anda. Anda uji sendiri produk, rasakan kebaikan yang diberikan dan anda tulislah apa yang anda rasa itu. Jujur dan ikhlas.

Cara-cara di atas merupakan perkongsian saya tentang bagaimana nak dapatkan iklan advertorial. Anda boleh samada gunakan semuanya atau guna beberapa cara yang saya katakan. Terpulang kepada anda. Ini adalah kerana pengiklan ada banyak jenis dan ragamnya. Cuba dapatkan persefahaman yang jelas dahulu sebelum anda menerima sebarang tawaran menulis advertorial.

Mudah-mudahan entri ini dapat bantu anda sebagai blogger jana income dari blog, in Sha Allah.

p.s: Nak dapatkan advertorial daripada saya? Klik sini.