Mengujakan apabila blog berjaya capai jumlah pageviews yang begitu tinggi. Ini antara impian blogger Malaysia, mahu dapatkan trafik tinggi, ingin blog terima jumlah pageviews beribu-ribu. Ini juga impian saya untuk blog, dan alhamdulillah, blog ini pernah merasa puluhan malah ratusan ribu pageviews dalam sebulan. Rahsia itu saya telah bongkarkan di entri ini - Rahsia Dapat Pageviews 100K Setiap Bulan

Tapi entri tersebut menunjukkan trafik sekitar awal tahun 2012, yang mana kecenderungan blog ini adalah berlainan. Jadi bagaimana pula dengan tahun 2013? Adakah blog ini berjaya capai seperti mana terdahulu?

Dengan berkongsikan pelbagai panduan untuk blogger Malaysia, alhamdulillah, jumlah pageviews blog ini masih lagi boleh mencapai tahap 100,000 sebulan, walau tidak setiap bulan seperti tahun sebelumnya.


Saya selidiki apakah yang menyebabkan trafik masih lagi boleh capai tahap sebegitu? Maka, saya kongsikan kepada anda penemuan saya untuk mencapai pageviews 100K sebulan - tetapi bukan setiap bulan ehhh ....:P

Tips Pageviews 100K Sebulan

Tips pageviews 100 ribu sebulan melibatkan apa yang terkandung dalam blog anda. Jika entrinya saling kait dan terhubung, in Sha Allah, ia boleh tercapai, tak mudah tapi tidak mustahil. Jadi, pastikan entri-entri anda saling terkait dengan kata kunci tertentu bagi membolehkan impian capai 100K ini direalisasikan.

Blog Ada Fungsi Readmore

Ada blogger tak suka dengan widget readmore ini, tetapi ini merupakan salah satu cara berkesan untuk blog menambah angka pageviews. Untuk merealisasikan tips ini, apabila anda berkongsi entri, pastikan bukan URL entri yang anda kongsikan, tetapi URL blog anda - iaitu paparan utama blog.

Cara buat readmore mudah dalam blogspot - Klik Sini

Letak Widget LinkWithin, Nrelate atau Outbrain

Widget yang menghubungkan entri terkait satu sama lain. Letakkan ia di bawah entri. Jangan letak di atas entri kerana ia akan membuatkan blog anda kehilangan kelebihan daripada segi SEO.

Cara pasang dan guna nRelate - Klik Sini

Buat Pautan Dalaman Pada Entri

Kadangkala widget seperti di atas tidak menarik perhatian pengunjung atau gagal memberikan entri terkait yang anda mahukan, maka anda boleh buat pautan secara manual kepada entri berkaitan di dalam entri anda. Hanya highlight perkataan atau ayat tertentu dalam entri tersebut dan buat pautan menerusi klik Link dalam editor post blog anda.

Cara buat autolink mudah dalam blogspot - Klik Sini

Pasang Widget Komentator di Sidebar

Komen pembaca boleh pengaruhi pengunjung lain untuk klik dan baca entri yang dikomen. Tak perlu papar banyak komen pembaca, cukup sekitar 5-7 komen. Ini adalah kerana untuk menghadkan jumlah pautan dalam blog bagi tujuan SEO (100 pautan disyorkan).

Pasang Widget Popular Post di Sidebar

Popular post ada 3 kategori, iaitu mingguan, bulanan dan juga sepanjang tahun. Anda boleh gunakan ketiga-tiga ataupun salah satu. Ia terpulang. Jika anda dapati terdapat perbezaan nyata, maka letakkan ... jika entri yang popular itu adalah sama sahaja dalam mana-mana 3 kategori, maka pilih hanya satu.

Pasang Widget Entri Terbaru

Jika blog anda tidak ada fungsi readmore di paparan utama, pastikan anda letak widget papar entri terkini di sidebar. Cara ini merupakan teknik gantian untuk readmore.

Cara letak entri terkini dengan mudah guna Script - Klik Sini

Pasang Widget Entri Banyak Komen

Widget ini bagi mempengaruhi mereka yang suka tinggalkan komen dan pendapat. Ada pengunjung yang ada rasa ingin tahu amat tinggi akan klik dan baca entri-entri tersebut. Ia seolah menampakkan ia sebuah entri 'kontroversi' yang melibatkan ramai untuk bersuara.

Sticky Post atau Featured Post

Paparkan atau beri kelebihan pada entri yang paling hangat dalam blog anda menerusi sticky post atau featured post. Selalunya diletakkan di bahagian atas entri anda. Pendekatan readmore diperlukan untuk papar featured post ini. Ramai yang letakkan entri kontest, giveaway dan juga entri segmen menerusi kaedah ini. Ini secara langsung buat pengunjung baru akan klik pada entri berkenaan dan menambahkan pageviews secara tidak langsung, walaupun tujuan asal mereka adalah untuk baca entri terkini atau disebabkan oleh carian di internet.

Selamat mencuba.


19 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. camtu rupanyer..
    ada separuh widget dh pasang dh..
    nk pasang suma amik masa jugak.
    thanx bro HH sudi share.

    BalasPadam
  2. thanks bro, insya Allah aan dipraktikkan semua :))

    BalasPadam
  3. ada ilmu baru dan ada yg sudah aku buat dkt blog aku ni...

    BalasPadam
  4. thanks abang hasrul hassan atas perkongsian ini...

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum...bro HH,

    Terima kasih bebanyak atas tips yang diberikan nie... bagus sangat2..

    mselim3

    BalasPadam
  6. Masih tengah belajar..tq share info :)

    BalasPadam
  7. Terbaiklah, fuhh hebat.. akan dimanfaatkan perlahan2 insyaallah.

    BalasPadam
  8. Ada teknik yang pernah saya praktikkan. Tapi kebanyakkannya telah saya kurangkan macam popular post dan entri banyak komen tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, lihat pada kesesuaian, saya sendiri kadangkala akan buang .. dan kemudian masuk balik atas keperluan.

      Padam
  9. Salam tuan. Terima kasih banyak2 kerana mengutarakan perkara-perkara yang jarang blogger baru tahu.

    BalasPadam
  10. boleh share tutorial mcm mne nk buat reply comment?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah buat entrinya sebelum ini .... baca di sini - http://www.hasrulhassan.com/2013/07/cara-bolehkan-reply-pada-sistem-komen.html

      Padam
  11. Assalamualaikum! Tips yang sangat baik dan berguna untuk saya. Terima kasih.

    BalasPadam
  12. Terima kasih atas tip-tip yang dikongsi sifu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement