Langkau ke kandungan utama

Tips Ketahui Laman Web Jual Ubat Palsu atau Haram

Saya ditegur oleh isteri mengenai satu iklan yang dipasang di blog - mengenai ubat (tak perlu saya beritahu apa, anda mungkin sudah sedia maklum). Jadi, saya agak terpanggil untuk mendapatkan kepastian. Bukan apa, tidak mahu di kemudian hari timbul akan masalah. Persoalan sekarang, bagaimanakah kita nak tahu iklan berkaitan ubat, pemakanan kesihatan dan yang berkaitan adalah selamat untuk dipaparkan?

Saya bukan mahu menutup rezeki orang lain, apatah lagi nak hasut sesiapa. Tetapi adalah lebih baik kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang warga prihatin. Kesihatan jangan dibuat main, boleh mati ooo ....

Tips Ketahui Ubat Palsu dan Laman Web Jual Ubat Haram

Bagaimana nak tahu sesuatu ubat itu palsu? Bagi saya yang tiada ilmu mengenainya tentulah tak pandai sangat nak cerita, apa yang boleh dilakukan ialah dengan meminta pertolongan orang lain, badan lain, agensi yang berkaitan untuk lakukan apa yang patut dilakukan. Kita sebagai pengguna ada hak nak tahu, betul tak?

Tips Ketahui Ubat Palsu

Tips untuk ketahui ubat palsu, cara saya ialah dengan membuat pertanyaan kepada agensi berkaitan, dan dalam soal ubat-ubatan yang diiklan di internet, atau lebih khusus di blog. Bagi kes ini, saya menggunakan khidmat pertanyaan ubat-ubatan di portal Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Borang pertanyaan online Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia
Adalah lebih baik bertanya dahulu sebelum membuat kesimpulan tanpa fakta. Saya kemukakan pertanyaan tertentu bagi mendapatkan kepastian.

Tips Ketahui Laman Web Jual Ubat Haram

Cara kedua ialah dengan membuat pertanyaan pada agensi berkaitan dengan pengurusan dunia maya ini, tidak lain tidak bukan SKMM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Hanya isi borang yang disediakan, dan usulkan pertanyaan anda. Ia untuk memastikan anda sebagai blogger tidak mengiklankan atau mempromosikan sebuah laman web yang mungkin akan mendatangkan masalah di kemudian hari.
Borang aduan online SKMM Malaysia

Mengapa perlu dilakukan sedemikian? Ini adalah kerana bagi mengelakkan blog atau laman web disenaraikan di dalam tajuk berita ini:

131 Jual Ubat Haram

Petaling Jaya: Kementerian Kesihatan mengesan 131 laman web menjual ubat haram, termasuk perangsang seks dan produk pelangsing badan, dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Daripada jumlah itu, empat laman web sudah ditutup Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyalahi Akta Racun 1952 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956. Kita sentiasa memantau laman web penjualan ubat bagi memastikan ubat berkenaan didaftar dan mendapat kelulusan kementerian,” Datuk Eisah A Rahman,Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi

Dalam tempoh itu juga, kementerian memeriksa 888 bungkusan di pintu masuk utama dan pusat mel seluruh negara serta merampas 21 bungkusan mengandungi ubat tidak berdaftar bernilai RM76,600.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datuk Eisah A Rahman, berkata pihaknya tidak berkompromi dengan penjualan ubat haram melalui internet kerana membahayakan kesihatan orang ramai. - Berita Harian


Ingat tajuk entri mengenai Tamak Selalu Rugi? Jangan sebab ketamakkan, kita akhirnya akan kerugian, menjadi anjin yang kehilangan tulang yang digongong ....

Laman pautan - Bahagian Farmasi KKM Pertanyaan Ubat dan Pertanyaan/Aduan Laman Web SKMM




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. ada betulnya jugak tu..produk vimax tu tuk apa bro...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu.. entah.. tu kena lihat laman web yang disertakan. Saya no komen. :)

      Padam
  2. oh ada cara rupanya nak cek.. biasanya deno ambil ubat deno setiap bulan di hospital jadi takde keraguan tentang ubat dah :)

    BalasPadam
  3. p/s: maaf bertanya macam mana nak buat kotak komen ada latar berwarna spt warna hijau ini ya? terima kasih :)

    BalasPadam
  4. I see.tq saudara. Nice sharing..berguna utk semua blogger yg buat jualan...

    BalasPadam
  5. kena berhati-hati untuk beriklan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …