Langkau ke kandungan utama

Takrifan Sebuah Entri Berkualiti

Ada yang kata, kalau nak buat entri yang berkualiti, perlu panjang-panjang. Ada pula yang kata, nak entri berkualiti kena tulis dengan bahasa skema. Ada pula yang dok tambah, kalau nak jadikan sebuah entri blog itu berkualiti, mesti dan perlu letakkan gambar. Jadi, apa sebenar takrifan sebuah entri yang berkualiti?

Takrifan Sebuah Entri Berkualiti

Bagi saya, sebuah entri yang berkualiti tidak semestinya panjang, tidak semestinya perlu tulis dengan ayat-ayat skema, dan tidak semestinya perlu ada gambar.

Saya berikan anda satu metafora untuk difikirkan.

Fikirkan semasa anda di sekolah.

Buku teks, ayat semuanya memang skema. Adakah ia sebuah buku teks yang berkualiti? Tidak juga, kerana kadangkala ada sahaja kita sebagai pelajar diminta untuk mencari sumber lain seperti tajuk buku lain di perpustakaan. Jadi, entri dengan ayat skema bukan petanda ia sebuah entri berkualiti. Namun, tidak dinafikan ia boleh dijadikan salah satu daripada banyak untuk menjadikan sebuah entri itu berkualiti - kerana kualiti ini perlu memenuhi permintaan akan pembacanya.

Fikirkan semasa anda remaja, yang suka baca novel.

Novel, kadangkala ayat digunakan bukan ayat skema. Malah, ada novel yang guna bahasa seharian dan bahasa pasar, campur aduk dengan pelbagai slanga, dengan dialek. Adakah ia sebuah novel yang tiada kualiti? Lihat berapa banyak novel yang kini diangkat ke layar perak, dan berjaya dengan kutipan juta-jutaan.

Fikirkan pula sebuah pamplet iklan, ataupun papan tanda iklan.

Tak banyak ayat pada papan tanda iklan. Tapi ia boleh menarik perhatian ramai. Adakah ia sebuah papan tanda iklan yang tiada kualiti. Hanya letak gambar seorang lelaki pakai baju ada huruf S dan angkat sebuah jet ... dan letak waktu tayangan serta lokasi. Perghh berbaris orang nak tengok lelaki itu dalam sebuah tempat separa gelap.

Takrifan Kualiti Pada Entri Itu Subjektif

Kualiti ini sebenarnya agak subjektif. Ia bukan mengenai apa yang telah kita tulis, ia mengenai apa yang telah orang lain baca. Mereka yang membaca itu yang boleh takrifkan apa itu kualiti pada sebuah entri dalam blog. Anda; perlu juga baca untuk tahu samada entri itu ada nilainya.

Lain pembaca, lain pemahaman. Anda tidak boleh suruh seorang kanak-kanak untuk nilai kualiti sebuah buku novel bertajuk Hingga Hujung Nyawa, tapi boleh suruh dia untuk baca komik Upin Ipin dan tanya ... "Best tak komik tu..."

Sama juga apabila anda minta seorang Profesor Bahasa Melayu menilai sebuah Komik Jepun .. samada komik itu berkualiti atau tidak.

Makanya, takrifan kualiti sesebuah entri hanya boleh dilihat dari respon pembaca. Jika ada respon yang baik, maka entri tersebut bolehlah dianggap sebagai sebuah entri yang ada kualitinya tersendiri. Dan respon pembaca ini ada dua cara dinilai - dari segi komen dan dari segi trafik terus (direct traffic); serta backlink yang diberikan kepada entri tersebut.

Apapun, untuk hasilkan sebuah entri yang berkualiti adalah terletak pada diri kita. Apa yang ingin disampaikan itu telah disampaikan atau tidak. Jika anda tulis panjang berjela sekalipun, kalau buat orang keliru dan geleng kepala .... apa guna ye tak?



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Terlalu subjektif untuk menilai kualiti sesebuah entri jika tidak di khususkan kategori penilaiannya.
    Cuma satu sahaja penilaian kualiti yang sama iaitu kualiti entri yang di nilai oleh Google. Jika lengkap tekniknya maka ianya sebuah entri berkualiti dan layak di muka hadapan enjin carian.

    BalasPadam
  2. Semuanya bergantung kepada yang menulis dan membaca.

    Thanks atas infonya.

    BalasPadam
  3. ianya bergantung juga kepada selera pembaca blog itu. sebab itu, niche sesebuah blog amat penting kerana ia boleh mensasarkan golongan pembaca yang tertentu dan setia

    BalasPadam
  4. bagi aku antr tu berkualiti jika isinya bagus dan berguna..serta memberi maklumat yg tepat

    BalasPadam
  5. terima kasih diatas info ini tuan..

    BalasPadam
  6. deno entri tak terlalu panjang, kalau panjang pun mesti berkenaan SLE aka LUPUS :)

    BalasPadam
  7. btw, terima kasih atas perkongsian mr. HH :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…