Tak Suka Blog Tak Ada Update Terkini

Bagaimana mahu mendapatkan pembaca setia? Tak mahu cerita banyak sangat, saya cuma bagi satu sahaja tips yang telah ramai guna, dan berjaya. Untuk mendapatkan pembaca setia yang bertambah dari sehari ke sehari ialah dengan memastikan blog anda ada update terkini setiap hari!

Tak Suka Blog Tak Ada Update Terkini

Ya, update terkini setiap hari! Itu perkara paling asas dan saya fikir paling mudah untuk blog mendapat pembacanya sendiri. Saya sendiri tak suka blog tak ada update terkini - terutama blog-blog saya sendiri. Saya berasa agak kejam pada diri apabila sudah ada blog, sudah ada pengunjung tetapi blog dibiarkan bersawang tanpa cerita, tanpa perkongsian, tanpa perkara yang boleh boleh dicoretkan.
Ohblogger Malaysia Tips Dapatkan Pembaca Blog - Tak Suka Blog Tak Ada Update Terkini

Ramai Selebriti Dapat Pengikut Ramai Kerana Kerap Update Status

Agak malang terutama bagi blogger baru tidak ambil kesempatan untuk mendapatkan pembaca sendiri menerusi update-update terkini. Sebagai fakta dan info, ada salah seorang pengguna Twitter berjaya mendapatkan lebih dari sejuta follower hanya kerana update status Twitter setiap seminit! Dan jangan tak percaya, antara ramai selebriti Malaysia, jika dia seorang selebriti yang paling suka kongsikan perkara-perkara yang dia lakukan di dunia maya - samada Facebook, Twitter atau Instagram, maka merekalah yang paling ramai punyai peminat dan pengikut.

Contoh: Lisa Surihani, Nora Danish, Faizal Ismail dan beberapa nama lagi yang tak dapat nak disebutkan.

Blogger Kerap Update Disukai Ramai

Maka, begitulah juga dengan blog. Lihat bagaimana blogger seperti Ben Ashaari, Lyssa Faizureen mahupun Mat Gebu. Mereka antara blogger yang kerap update blog. Dan saya boleh senaraikan ramai lagi blogger lain seperti Mialiana, Hanif Idrus, Anarm .... yang juga kerap update blog mereka. Tengok pencapaian blog mereka dari sehari ke sehari.

Serius, jika anda singgah di blog pada satu hari dan lihat ada sehingga 3-4 entri yang diterbitkan pada sela masa dalam sehari itu, pasti anda ingin tahu dan baca yang lainnya. Apatah lagi jika entri itu saling berkait. Bukan sahaja dapat pembaca, tetapi juga meningkatkan pageviews blog anda juga.

Tak percaya? Cubalah anda terbitkan dalam sehari paling minima 3 entri dan lihat kesannya dalam masa seminggu. Ya, buat 3 entri minima sehari dalam masa seminggu ... bermakna ada lebih kurang 21 entri seminggu. Boleh? Cuba dululah ...

Ramai tak suka blog tak ada update terkini, apatah lagi andai blog itu sudahpun punyai pengikutnya sendiri.


{ 24 comments.. read them below or add one }

Dedi Ariko Dedi Ariko October 28, 2013
Info menarik kawan. Kunjungan pertama... Salam kenal saya blogger Indonesia
cik laili cik laili October 28, 2013
bila sibuk dengan kehidupan seharian, blog memang akan dibiarkan begitu saja. saya akan utamakan apa yang lebih utama. untuk maintain trafik blog walaupun takde entri terkini - pastikan ada beberapa entri yang top & memang sentiasa dicari oleh pembaca..
Nurullai Abdullah Nurullai Abdullah October 28, 2013
Akan dipraktikkan!!! ThanksHH.
nur amni nur amni October 28, 2013
betul tu. saya akan cuba update sekerap yang boleh....tq for the info.sgt berguna utk saya yg masih baru ni...tq sgt2..semoga blog tuan lg bertambah gempak dan top..
Penjejak Mimpi Penjejak Mimpi October 28, 2013
Betul tu HH. Saya akan cuba petua tu.. in shaa Allah..
mrhanafi mrhanafi October 28, 2013
wow menarik juga petua nie..cabaran nak cari bahan untuk entri je..
Aina Aina October 28, 2013
Terima kasih atas perkongsian :) pecah otak nak cari idea neh
Eraz Fadli Eraz Fadli October 28, 2013
Alhamdulillah.. Setakat ni blog ter update setiap hari.. :)
kucha lana kucha lana October 28, 2013
aku skang ni dpt maintain satu entri je sehari..itu dh kira okey la
Shark Kay Shark Kay October 28, 2013
btuil tu bro HH..
kene slalu rajin.
orang rajin murah rezeki:)
suaramirza suaramirza October 28, 2013
Assalamualaikum Bang Hasrul. Usul saya sebaiknya dibahas juga tentang beragam virus di internet,karena beberapa waktu yang lalu blog saya telah di-blok oleh google,karena dianggap mengandung virus malware.
suaramirza suaramirza October 28, 2013
Silah dibaca >> https://perahucadik.wordpress.com/category/malware/
suaramirza suaramirza October 28, 2013
Blog utama saya sebelumnya yaitu (http://suaramirza.blogspot.com),halamannya kini sudah di-blok oleh google,kini blog utama saya adalah https://perahucadik.wordpress.com
Bin Muhammad Bin Muhammad October 28, 2013
Sekurang-kurangnya dapat satu entri sehari pun sudah cukup bagus. Bukan mudah menerbitkan entri jika tidak sebagai blogger sepenuh masa.
Raudzah Z Raudzah Z October 28, 2013
agak sukar nak publish more than one entry per day..tapi memang betul apa yang HH cakap. Setiap entry ada pembacanya..So automatically jika banyak entry yang dipublish banyak pembacanya. Tapi nak pilih entry yang disukai sememangnya agak sukar..
Incik Zarif Incik Zarif October 28, 2013
kena sahut cabaran macam ni. 3 entry 1 hari. hehe
Muhammad Zul Fahmi Muhammad Zul Fahmi October 28, 2013
terima kasih atas perkongsiannya
Encik Afendi Encik Afendi October 28, 2013
nk dpt trafik kena cari tajuk yg sesuai...pengunjung akan maintain...

update sehari 1 entri pon okay...asalkan entri tu berkualiti
Hairul Hafiz Hairul Hafiz October 28, 2013
Cuba update blog sekerap mungkin
deno deno October 28, 2013
Betul, kena update setiap hari kan en. hasrul? deno pun sekarang update setiap hari blog, sekarang ni maintain 3 entri setiap hari^^

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.