Langkau ke kandungan utama

Tahun Melawat Malaysia 2014 - Peluang Blogger Tempatan Dikenali Dunia

Ya, 2014 adalah merupakan Tahun Melawat Malaysia. Jadi, ini satu kesempatan yang cukup cerah untuk membina jenama tersendiri. Ini adalah peluang untuk blogger tempatan dikenali seluruh dunia. Ini peluang untuk blog menjana trafik dari seluruh dunia.

Tahun Melawat Malaysia 2014 - Peluang Blogger Tempatan Dikenali Dunia

Visit Malaysia 2014

Saya memetik laporan dalam Berita Harian Online:

Kuala Lumpur: Kempen Melawat Malaysia 2014 akan dipromosikan melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Ketua Pengarah Tourism, Datuk Mirza Mohammad Taiyab, berkata bagi tujuan itu juga satu seminar berkaitan kepenggunaan sosial bertajuk TB2TV Blogger Seminar Malaysia 2013 (TB2TV) akan diadakan bermula hari ini hingga 20 Oktober.

“Dengan kaedah terbaru ini, ia membantu menjana minat orang ramai menjengah blog penulisan pelancong luar dan tempatan secara global mengenai Malaysia. “Seminar juga akan memberi pendedahan kepada penulis blog tempatan mengenai penggunaan laman sosial secara maksimum selain berkongsi cara mengaplikasi pengetahuan masing-masing,” katanya ketika berucap merasmikan TB2TV, di sini, semalam.

Mengenai seminar itu, Mirza berkata, panel khas yang dijemput akan mengajar penulis blog tempatan mengenai penggunaan kamera, penyuntingan, penulisan, bersosial atas talian dan pengendalian aplikasi khas di tahap profesional. 

Hmm .. errr ada mana-mana atau sesapa yang dijemput ke seminar di atas tak? Jika anda, bolehlah kongsi sedikit ilmu pengetahuan ye tak?

Jadi, bagaimana nak manfaatkan Tahun Melawat Malaysia 2014 ini untuk blogger Malaysia? Saya cadangkan kepada rakan blogger semua untuk buat entri mengenai Tahun Melawat Malaysia 2014, gunakan keywords berkaitan Malaysia seperti tempat menarik, destinasi pelancongan, percutian bajet dan sebagainya.

Ada gambar tempat menarik? Kongsikan dalam entri-entri anda. Buat entri santai mengenai tempat menarik pernah anda pergi. Jangan lupa letakkan info-info penting tentang cara nak pergi, kalau ada tiket masuk - nyatakan harga tiket, letak peta dan sebagainya. Semua ini merupakan cara-cara untuk blog dapat trafik sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Selamat mencuba.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. menarik tu
    dapat kembangkan skill menulis

    BalasPadam
  2. Idea bagus ni, peluang yang tak boleh disiakan. Thanks bro HH :)

    BalasPadam
  3. Idea terbaik yang boleh diaplikasikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, blogger Malaysia akan dapat tempias manfaat dari kempen ini.

      Padam
  4. buat 1 contest tahun melawat malaysia 2014...kan best..boleh ramai blogger yang hasilkan entri berkualiti di samping menang hadiah..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. nice idea... disamping mempromosikan tempat percutian kan.. :)

      Padam
    2. Hmm, saya tak mampu nak buat sekarang ni .. modal tak cukup.

      Padam
  5. Satu inisiatif yang menarik..Harapnya bajet yang diberikan itu digunakan sebaik mungkin..

    BalasPadam
  6. bagus idea ni bro..nnt bleh dipraktikkan kan

    BalasPadam
  7. Menarik.. dahh boleh start guna keywords tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Boleh gunakan dari sekarang .. molek sangat dua bulan untuk masak ranum .. hehhee

      Padam
  8. Idea bagus. terima kasih sifu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Hazanis yang cantik .. hehehehe :)

      Padam
  9. peluang yang baik..sukar untuk dilepaskan.

    BalasPadam
  10. beruntung kepada blogger yang dapat jemputan seminar tu.

    btw, thanks HH. tips ni akan saya cuba gunakan after balik dari Sabah nanti

    BalasPadam
  11. cadangan yang bagus ni,,, huhuu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…