Langkau ke kandungan utama

Sukarnya Maintain Trafik Blog

Perkara yang sebenarnya hantui ramai blogger yang pernah merasa berada di puncak. Nak naik memang mudah, nak turun juga mudah .... yang sukarnya adalah untuk berada tetap di satu-satu pencapaian. Ya, memang sukar nak maintain trafik blog yang sudah tersedia tinggi.

Saya sendiri terkial-kial apabila nampak trafik blog ini menjunam turun.

Salah siapa? Salah diri sendiri.

Bukan mengenai idea yang tiada tetapi disebabkan entri yang kurang menyengat daripada biasa. Ini adalah kekurangan blog ini, tak dapat nak tarik pengunjung baru. Yang banyak berikan trafik adalah daripada rakan-rakan blogger yang sentiasa setia.

Malang sebenarnya bagi blog ini kerana tidak dapat memberikan sesuatu. Apabila nak terbitkan sesuatu, terfikir bahawa entri tersebut sudah pun diterbitkan oleh ramai blogger hebat lain. Bila Google, nampak sudah ada tajuk bersepah dengan perkara yang sama. Malah penulisan mereka adalah lebih baik.

Mungkin ini masanya .....

Masa untuk apa? Adakah ini masa untuk saya tukar dan rombak arah tuju blog ini barangkali.

Atau ....

Ini masanya untuk saya berehat dari menulis mengenai panduan, tips dan segala rahsia dunia blog?

Sukarnya maintain trafik blog, tapi dalam dok fikir akan kesukaran itu .... saya melihat diri saya memandu di lebuhraya yang kurang kenderaan .... tak selalunya akan memecut dan memotong, ada waktu perlu membiarkan orang lain pula memecut dan memotong. Jika semua nak saling berlumba, mungkin kecelakaan yang bakal menimpa.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. betul..susah nak maintain traffik blog..ada tinggi..ada rendah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau maintain baikkk punya, akan mudah nak pikat advertiser ..

      Padam
  2. Tapi saya dapat rasa blog HH punya traffic yang stabil dan konsisten...turun naik tu biasa lah..blog saya pun macam tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Mat, itupun sebab ada sedikit pengetahuan mengenai SEO yang membolehkan entri informasi mendapat tempat di enjin carian.

      Padam
  3. Boleh saja pelbagaikan topik tapi kekalkan entri panduan blogger yg mungkin diterbitkan pada masa yg tetap spt setiap hari isnin dan khamis atau mungkin sekali seminggu.
    Buat seperti majalah pun menarik juga... mempunya segmen tetap spt, berita, panduan, hiburan, isu panas dan sebagainya tapi tunjang utama tetap panduan blogger.
    Tidak salah HH menukar haluan tapi pleaseee....kekalkanlah entri panduan blogger. Walaupun berulang kali dan ramai yg buat...tapi HH juga adalah rujukan utama saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Bin Muhammad atas cadangan itu.

      Padam
  4. Sebenarnya trafik very fragile sekarang nikan HH..ada hari dia naik banyak and out of sudden the next day turun pun banyak. Kalau HH yang memang pro SEO and banyak dapat trafik dari search engine apatah lagi kita orang ni..memang terkial-kial nak maintain..satu cara yang agak senang ialah mempelbagaikan entries...banyka pilihan. Tapi core article still maintain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm ... kalau ikutkan kepala jingga ni ... memang ada banyak benda boleh tulis, tapi risau pula akan jejaskan kredibiliti blog ini yang sudah dikenali kerana panduan blogger ....

      Apapun, cadangan itu memang dalam pemikiran saya.

      Padam
  5. tapi aku rasa bro tetap juga kena tulis pasal panduan tuk blogger..aku pun banyak belajar dari blog ini..itu satu kerugian buat mereka yg ingin belajar...maybe bro akan pelbagaikan tapi masih kekal tulis pasal panduan blog tu

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum,,,bro HH,

    teruskan penulisan anda dalam menyemaikan benih2 ilmu utk blogger. Janganlah bersedih dan cepat putus asa. Rasanyer bro pernah dengar ayat ini :"Disebalik kesusahan itu terdapat kemudahan (kesenangan)."

    Insaallah bro HH, link blog HH ada kat blog mselim3 kalau ada bloggger baru kat blog mselim3 insaallah mesti visit HH.

    Bro selalu positif... memang mselim3 tak nafikan mood atau semangat berblog atau idea kita memang kekadang ada pasang dan surut nyer. Mselim3 berblog nie sebab minat, kalau dah minat insaallah segala yg susah boleh menjadi mudah..

    Kami kekawan sentiasa sokong bro HH.

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Saya ada jenguk blog mselim3 ... dan saya memang perasan mengenai link blog ini ... terima kasih banyak-banyak.

      Padam
  7. memang benar nak maintain traffik tu memang payah.. saye dulu 30k sehari vie sekarang 5k vie je sehari ..haha

    BalasPadam
  8. jangan mudah putus asa... teruskan penulisan. mungkin ada ramai orang yang dah pernah cerita benda yang sama, tapi olahan cerita setiap org berbeza.
    mcm saya sendiri pun datang membaca juga ilmu-ilmu yang ada didalam blog ini. tapi biasa jadi silent reader saja.. huhu~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Akuro San .. :) saya ada jenguk blog anda juga ..

      Padam
  9. tapi kekadang kita perlu berhijrah untuk tukar selera tetapi yang main sebagai panduan blogger tu kekalkan yea......nak maintain bukan senang macam blog saya lain ler HH....banyak panduan di sini.....

    BalasPadam
  10. Saya selalu je buka blog ni walau pun xde post baru...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh terima kasih banyak-banyak atas sokongan yang diberikan. Tak tahu bagaimana mahu membalasnya.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …