Skroll Bar Pada Arkib Blog

Jika anda sudah ada blog agak lama, maka jumlah entri juga dah makin banyak. Bila sidebar blogspot anda punyai widget arkib (archieve), kemungkinan bahagian itu sahaja akan penuh dengan tajuk-tajuk entri samada baru mahupun lama, menjadikan blog anda agak kelihatan memanjang ke bawah.
Cara buat Skroll Bar Pada Arkib Blog

Skroll Bar Pada Arkib Blog

Salah satu cara untuk menjadikan bahagian arkib blog itu tidak melorot ke bawah di bahagian sidebar blog, adalah dengan menjadikan kotak widget arkib itu punyai keupayaan untuk skroll. Skroll bar ditambah bagi menghadkan paparan dan membolehkan widget tersebut tidak memanjang ke bawah.

Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menambah kod CSS berikut di bahagian CSS blogspot anda. Cukup mudah, tak perlu pening kepala.

Anda boleh tukar ketinggian bahagian tersebut dengan tukar nilai 200px tersebut. Pastikan ia ikut kesesuaian blog anda. Jangan sampai ia terlindung dan buat tajuk entri-entri terkini atau entri mingguan terkini tidak dapat dipaparkan.

Sebenarnya, fungsi scroll bar ini boleh digunakan juga untuk widget-widget lain. Jika anda faham kod CSS di atas, maka memang mudahlah nak buat.

Selamat mencuba.


{ 14 comments.. read them below or add one }

kucha lana kucha lana October 08, 2013
pernah buat yg ni..tapi dh buang sbb rasa mcm dh semak dgt dkt sidebar tu...
Montana Montana October 08, 2013
menarik2 brooo,,,terima kasih atas perkongsian
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid October 08, 2013
skroll bar ni memang sangat membantu...
Khir Khalid Khir Khalid October 08, 2013
Belum pernah mencuba.. t kasih diatas perkongsian..
Ainim Suju Ainim Suju October 08, 2013
HH, nak tny, CSS ni yg kat HTML code tu ke?
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal October 08, 2013
Assalammualaikum...HH,

Terima kasih atas tutorial nie.. sroll bar nie.. nampak kemas. Baru nampak pro...kan!

mselim3
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 09, 2013
Pilihan di tangan anda, rasa ia sesuai maka gunakan, jika tidak boleh je kongsi pada yang lain ...:)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 09, 2013
Ya, kalau blog dah sendat padat, ia memang satu yang boleh bantu untuk blog nampak kemas seragam.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 09, 2013
Terima kasih kerana kesudian membaca blog ini .. moga apa yang dikongsi boleh dipraktikkan dan dimanfaatkan sebaiknya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 09, 2013
Ya, CSS ini dalam HTML blog ... kat bahagian bbskin tu ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 09, 2013
Pro tu tidaklah juga, tapi memang boleh memberikan kekemasan pada blog.
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad October 11, 2013
hah, jumpa dah. toche sifu :)
Sharifah Jamil Sharifah Jamil November 13, 2014
alhamdulillah..telah berjaya..terima kasih...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.