Ya. Saya akui, SEO memang memeningkan. Tetapi, kalau anda memang ada niat nak belajar dan mengetahui selok-belok SEO, benda pening pasti akan ada ubatnya. Saya juga macam anda, mana ada pembelajaran formal mengenai SEO ini. Segalanya saya belajar secara online. Saya dapatkan ebook mengenai SEO, dan baca ... cuba praktikan mana yang boleh.

Pening tu biasalah. Dalam kehidupan kita seharian pun, ada kala sakit kepala, sakit sendi dan tak terlepas pening kepala. Nah, kalau pening ambil ubat. Apa susahnya?

SEO (Search Engine Optimization) Memang Memeningkan Tetapi Berbaloi


Mungkin tahap pemikiran tidak sama, tetapi percayalah, segala ada daya usaha nak belajar dan mengetahui mengenai sesuatu ilmu yang baik, segalanya akan dipermudahkan. Saya lihat ramai, terutama blogger baru macam acuh tak acuh saja dengan SEO. Tapi melaung sana-sini mahu trafik mencanak, dan blog dikunjungi orang. Usaha? Zero atau hampir zero.

Anda ping sana-sini, siapa sangat yang akan klik pada entri dan pautan anda itu? Lebih-lebih lagi kalau entri kita biasa-biasa sahaja, yang bukan kisah gosip, bukan kisah artis itu ini. Fakta atau auta apa yang saya katakan ini? Benar bukan? Kalau tak ada entri sensasi dikongsikan di Facebook, di Twitter .... di laman web agregator macam Busuk, Kartikel, Pingje, Ohbelog tak mungkin akan ada entri yang diklik ..seriusss punya.


Jadi, SEO amat-amat penting kalau mahu dapatkan trafik organik menerusi enjin carian. SEO amat penting buat blogger yang malas nak ping sana sini. SEO amat penting kalau mahu pengunjung yang mahu dan benar-benar baca entri anda.

SEO memang memeningkan, tetapi habuan diberikan akan jadi lumayan. Tak percaya? Tanyalah mana-mana blogger yang berjaya buat duit menerusi blog .. kebanyakkannya berjaya disebabkan entri SEO yang menjual produk-produk tertentu.

Menerusi SEO, blogniaga akan dapat jualan. Menerusi SEO, affiliater akan dapat komisen.


Kalau anda tidak mahu dapat semua yang saya dah beritahu ini, maka lupakan SEO .. kerana yang pasti blogger yang ada nama akan terus akan gah nama mereka dalam dunia blog Malaysia dengan ribuan follower. Dan kita, anda dan saya .. akan terkucil di belakang cuba mengejar ...
...
......
Dan hanya SEO yang dapat bantu kita untuk diketengahkan dalam dunia blog Malaysia!

 

20 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Nice tips, sy pun tengah mentelaah cara-cara menghasilkan entry mesra SEO ni..thanks bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambil masa .. serius. Saya sendiri pun tak khatam soal SEO ni.

      Padam
  2. Assalammualaikum..HH.

    Link yg bro kasi tu ada error...Oops! Google Chrome could not find teampenang.jomniaga.com... naper yer...

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Errr saya boleh je buka ... :P saya guna Firefox

      Padam
  3. Masih belajar...
    Tapi banyak trafik yg datang kat blog aku pun mmg dari google..

    BalasPadam
  4. Setuju sangat!.

    Walau kita ada blog yang bagus, tapi kalau tak ada traffik, susah juga, sapa mau baca..

    p/s: Masih dalam proses pembelajaran lagi pasal selok belok SEO nih.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan mudah tetapi benda susah belajar ni, kalau dah pandai memang berbaloi

      Padam
  5. setuju tu..SEO mmang susah skit nak faham..sbb sedang belajar ilmu SEO

    BalasPadam
  6. Betul!!! Tapi memerlukan usaha dan pengorbanan yang bukan sedikit. Pening dan memenatkan...hehehehe

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah tak rugi cik akak membaca entri kat sini...
    sebenarnya cik akak berhajat nak belajar bab seo nie...
    maklumlah memang 100 peratus tak reti....

    bila semak bagi seo....alamak zero...what happen....huhu...

    memang tak dinafikan belajar seo ini memang memeningkan...lebih-lebih lagi nak berkongsi artikel tanpa copy & paste....

    makseh admin yang baik hati...atas perkongsiannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca entri ini.

      Padam
  8. sampai sekarang saya masih tak faham pasal SEO ni HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. SEO ialah seni untuk mendapatkan trafik blog menerusi enjin carian Google, Yahoo dan Bing.

      Padam
  9. Nanie blur la SEO ni.. aduyaiii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanie .. saya dulu pun blur gak ... siap buka kamus tu .. hahahahaa

      Padam
  10. kena beli buku utk keyword SEO tu lah yer bro.. :)

    BalasPadam
  11. yup..blogger wajib tahu...kalau taktahu..tak layak lagi jadi blogger..:D

    BalasPadam
  12. banyak lagi yg aku kena belajar ni

    BalasPadam
  13. Macam nak main SEO balik je lepas baca entri ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement