11 Oktober 2013

Rahsia Peroleh 4-5K Pageviews Sehari

Semasa saya mula berblog, mendapat puluhan pageviews sehari memang mengujakan. Kemudian, makin bertambah excited apabila blog berjaya terima sehingga ratusan pageviews sehari. Tatkala itu, apabila nampak potensi trafik yang semakin baik, saya pasang Nuffnang dalam blog. Dengan bantuan komuniti Nuffnang, blog berjaya dapat ribuan pageviews sehari. Dan alhamdulillah, kini blog sudah mampu terima 4,000-5000 pageviews dalam sehari. Apakah rahsia untuk peroleh 4-5K pageviews sehari ini? Saya akan kongsikan rahsia blog ini.....

Mengapa trafik itu penting? Trafik penting untuk sebuah blog jika mahu blog itu memberikan sesuatu kepada anda, dan juga kepada masyarakat. Tanpa trafik, blog yang anda susah payah buat, susah payah hari-hari tulis entri .... memang ibarat mayat, tak dipeduli ... mereput je setiap hari. Apa guna letak iklan sana sini, pasang Nuffnang, pasang banner affiliate andai blog tak dapat jana trafik.

Rahsia Peroleh 4-5K Pageviews Sehari

Rahsia Peroleh 4-5K Pageviews Sehari

Rahsia Peroleh 4000-5000 hits Sehari

Rahsia Peroleh 4000-5000 hits Sehari

Tips Blog Peroleh 4000-5000 sehari Sehari

Tips Blog Peroleh 4000-5000 sehari Sehari

Bagaimana blog dapat pageviews 4-5 ribu sehari?

Mahu dapat trafik sehingga 4-5 ribu sehari?

Apa rahsia blog ini sehingga mampu dapat sebegitu banyak pageviews?

Tiada Kaitan Dengan Jumlah Pengikut

Ok. pertama sekali, saya ingin katakan ialah ia tiada kaitan dengan jumlah follower blog ini. Kalau blog lain tu ... mungkinlah. Blog ini punyai follower tak lebih daripada 5 ribu. Agak kecil nilainya jika nak dibandingkan dengan 'umur' blog ini yang telah wujud sejak 2010 lagi (malah sebelum itu lagi). Blog-blog yang seangkatan, dah ada yang sampai 15 ribu, 20 ribu followers.

Tiada Kaitan Dengan Jumlah Fanpage Like

Kedua. Fanpage blog ini juga tak berapa gah, kurang 3k. Jadi sumber trafik mungkin agak kurang dari situ.

Bukan Sebab Giveaway, Kontes atau Segmen

Ketiga. Tak seperti blog lain yang punyai kemampuan, saya jarang buat giveaway, segmen atau kontes. Kalau ada, saya akan hanya buat di fanpage blog ini, sebab disana terletak pengikut tegar yang perlu diberikan keistimewaan. Jadi, sumber trafik daripada sebab-sebab itu agak tidak berkemungkinan.

Jadi, apakah rahsia sebenar blog ini?

  • Kongsi entri paling banyak dapat hits ke enjin carian dengan ping entri tersebut.
  • Kongsi entri yang hits pada minggu tersebut di laman web agregator/ping seperti Busuk, Kartikel, Ohbelog, Guablog, Apesal.
  • Kongsi entri yang disukai tersebut ke Facebook.
  • Kongsi entri yang popular ke group-group dalam Facebook.
  • Tweet kembali entri tersebut, dan cuba tag beberapa rakan yang ada ramai follower.
  • Kongsi entri tersebut di fanpage yang ada kaitan dengan entri. Contoh, kalau ia berkaitan entri buat duit, cari fanpage atau group yang ada ahli yang suka mengenai duit ... terutama fanpage pengiklanan.
  • Buat entri pelbagai topik tapi masih dalam niche am blog anda.

Sekarang saya dah dedahkan kepada anda beberapa rahsia blog ini. Anda suka, anda like. Anda mahu anda ikut. Anda nak lebih lagi ... jangan lupa ikuti blog ini di Fanpage Facebook.

Err .. tapi tidak dinafikan, kerana ramai rakan-rakan blogger seperti anda yang sudi bantu dan tolong .... tolong Like, tolong G+, tolong tweet .... terima kasih banyak-banyak.

Dah dah ... mana leh dedah banyak, nanti tak karuan jadinya. Ibarat seorang gadis cantik menunjukkan betis .. mana boleh tunjuk peha .... kan kan?

Selamat berblog kawan-kawan.




Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

31 Komen Rahsia Peroleh 4-5K Pageviews Sehari

bro tunjuk la sikit paha tu..hahaha

Tak nak .... nanti ramai yang lari

Setakat paha tak apa...jgn sampai atas paha....nanti jadi 50,000 pageview pulak.

Setakat paha tak apa...jgn sampai atas paha....nanti jadi 50,000 pageview pulak.

Aku cuba praktikkan.. ^__^ terima kasih atas ilmu yg dicurahkan..hehehe

next entry bolehla senaraikan facebook group yang boleh kita share entry ye..

Sekarang ni semakin ramai blogger yg dah bijak bermain entri/keyword SEO, bukan setakat 4~5K tapi mencecah belasan ribu PV sehari. Seronok melihat perkembangan ini dan memberi persaingan yg sihat.

thanks for the tips HH. Saya akan cuba ya

baik sy teringat kembali, jangan nak syok sendiri dengan penulisan mcm artis atau cerita merapu kononnya. aku asyik tengok kat sorang blogger tu, setiap hari keluar entri lama yang berunsur tidak sopan, dekat grup fb tu. alahai, dah hilang idea ke ya?

suka ayat yang last tu abang hasrul...he he he... betul dan ada kebenarannya...

Hahahaha .. kau jangannn ... siap kena banned nanti Google Adsense aku ..

Sama-sama ... harap dapat bantu banyak lagi blogger dapat pageviews best2 ....

Ohh saya dah share .. ada lebih 100 facebook group saya dah senaraikan ...

Hmm kalau group kendalian saya, dah memang blocked dah ...

tengah usaha ikut ni sbb pview pling tgi pun 200 je.. hukhuk...sdh..

mmg btl apa yg dikongsikan tu.....sy pun mmg bt seperti yg di kongsikan diatas.....mmg berhasil....

akan cuba diperaktikkan..thank you bro..salam jumaat..

Regards,
-Strider-

terima kasih kerana kongsikan tips2 tu..jauh lagi perjalanan nampaknya...

thanks !
suke idea ni
hum try praktik !

Mesti di praktis ni. Tq. Bro. Moga murah rezeki. Selamat Hari Raya korban. Korbankan lebih byk rahsia bro...

Haha..thanska kongsikan ilmu untuk saya..insyaAllah..akan saya guna ilmu yang bro kongsikan ni..

PV sy menaik menurun. Antara seribu lebih ke 2ribu je setiap hari... tips ni amat baik utk sy praktikkan. Terima kasih ya sifu

fuhh! memang terbaiklah tips ni .. tapi bila mengamalkannya, aka habis tenaga jugaklah .. semua tu strategi tarik trafik yang percuma.. tekniknya banyak tapi kita akan 'burn out' bila nak buat .. kena buat satu demi satu

Menarik tapi meletihkan. PV saya tak byk sgt pun tapi saya akan usahakan lebih lagi utk memajukan blog saya nih

Haritu dah komen, ni nak komen lagi. hehe...
Kengkadang saya jadi malas nak ping sn sini sebab, bila sy ping, takde org komen pun kat entri tapi bila sy tak ping, ramai lah plak yg komen... Musykil sungguh... PV masih camtu gak la... seribu ke 2ribu je tiap hari. Mungking entri saya tak cukup mantop macam sifu kowt... hehe...


EmoticonEmoticon