Saya sudah berblog sejak dari 2008, dan blog ini pula diperkenalkan sejak 2010. Kini, blog ini sudah berjaya catat pageviews sebanyak 5 juta (masih kecil dibandingkan dengan blog seusia). Jumlah pengikut blog tak ramai, cuma dalam lingkungan 4200 sahaja. Ranking trafik dalam Alexa, Malaysia sekitar 190-210; manakala dalam dunia dalam 34,000.
hasrulhassan.com - panduan ohblogger blogspot Malaysia
Dari segi trafik, sehari boleh dapat dan terima antara 3,000-8,000 pageviews. Ini menjadikan purata sebulan boleh dapat dalam 90-120K pageviews daripada pengunjung unik (UV).

Dari segi income menerusi pengiklanan (termasuklah affiliate), purata sehari boleh dapat RM2.50-RM5.00. Ini hanya untuk satu blog, dan tidak termasuk beberapa blog lain yang jumlahnya saya tak mahu beritahu .. :)

Dari segi jumlah komen, rata-rata boleh ada antara 10-15 komen daripada pengunjung dan rakan-rakan sahabat pembaca setia blog ini.
Komen pembaca blog Ohblogger Blogspot Malaysia

Nilai Sebuah Usaha

Saya pula, purata harian saya terbitkan entri adalah antara 3-5 entri baru. Masa yang saya habiskan dengan blog dalam lingkungan 4-10 jam sehari; termasuklah kerja-kerja promosikan entri dan blog selain kemaskini fanpage blog dan group Kelab Blogger Belia.

Selain itu, saya ambil servis untuk admin beberapa page di Facebook. Saya juga buat servis reka dan bina blog dengan caj tertentu. Semuanya itu saya lakukan hampir serentak dengan sebuah komputer yang dimiliki sejak 10 tahun yang lalu.

Usaha Itu Perlukan Pengorbanan

Tidur tidak menentu. Kadangkala 10 malam saya dah lena, ada masa sampai jam 4-5 pagi pun masih lagi berada di depan komputer - menelaah dan belajar ilmu baru menerusi pelbagai jenis ebook yang saya beli. Adakala saya buat trial and error beberapa fungsi dalam blog. Ada masa saya akan blogwalking cari idea sana sini. Ada ketika, saya cedok dan hadam ilmu daripada blogger-blogger lain (termasuk blogger baru) bagi bantu saya untuk berikan yang terbaik bagi pembaca blog ini.

Semua di atas adalah nilai dan usaha saya dalam memastikan apa yang diceritakan di awal entri tercapai. Usaha berterusan, maka hasilnya juga lumayan. Kalau sekejap-sekejap, memang sukar. Ini nilai usaha saya, nilai pengorbanan yang telah dilakukan untuk blog ini.

Maka, kalau anda kata saya boleh itu ini dengan mudah menerusi blog - cuba baca balik dan lihat apa usaha yang telah dilakukan.
Terima tawaran pengiklanan untuk blog

Ambil Kesempatan Atas Usaha Bertahun

Tolong jangan ambil kesempatan atas penat lelah saya memajukan blog ini. Ada yang mungkin tak faham, mereka ingat dunia blog macam buat kerja rumah budak darjah 1, tulis-tulis hantar kat cikgu terus leh dapat 4-5 bintang.

Ingat mudah ehhh? Cubalah anda jual kuih cekodok ikut blog ... walaupun cekodok anda itu dah dimakan oleh pak menteri atau Perdana Menteri Malaysia sekalipun.

Nak follow blog ini? Follow ikut pautan ini - Follow Using GFC


11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ambe faham situasi tersebut walaupun ambe baru jerk dalam blog. Inilah usaha yang ramai orang tak nampak. Bukan mudah nak achieve sampai satu-satu tahap. Susah payah kita mendaki untuk sampai ke puncak.

    Kpd mereka-mereka yg selalu salah paham, sedarlah. Tak salah untuk ke puncak yang sama, tapi sekurang-kurangnya mendakilah sekali dengan menurut laluan yang sama yang telah pun terbina.

    Tidak ada short-cut untuk berjaya. It might be something wrong somewhere if they like to think in that way.

    BalasPadam
  2. usaha itu perlu..tak ada jalan singkat

    BalasPadam
  3. Assalam Tuan HH. Usaha gigih dan banyak pengorbanan yang mengagumkan..

    BalasPadam
  4. terlalu perit untuk setup dengan baik sesebuah blog, segala susah payah, jerit perit, keringat yang mengalir pada blog merupakan satu mukadimah untuk target diri kita sendiri di samping memberi ilmu kepada orang lain....lagi banyak kita memberi lagi banyak yang kita dapat dan hargai sesebuah blog yang memberi ilmu tanpa mengharap apa-apa pun.....

    BalasPadam
  5. Saya suka blog ni.sejak kali pertama terjumpa blog ni melalui google,setiap entri baru tak pernah saya miss.semuanya saya mesti dan wajib baca.

    sebelum ada blog sendiri,saya tak tahu betapa susahnya nak takecare of blog.rupa2nya bukan senang,usaha yang gigih sangat2 perlu.apatah seorg newbie seperti saya.

    Masih dalam proses pembelajaran... Thanks for all info dn tips.

    BalasPadam
  6. memang bukan mudah abang HH...Farah akui dan memang banyak pengorbanan kan? tentang tidur tu memang betul, tidur Farah sebagai blogger dan waktu rehat Farah sebagai blogger tak sama dengan orang lain... orang dah sedap berdengkur masih lagi buat research untuk entri2 baru... dan juga mencari ilham dan cuba menaip entri yang sebaik boleh... tapi ramai yang tak faham apa itu blogger yang sebenarnya...great piece of entry abang HH...

    BalasPadam
  7. memang membutuhkan kerja keras dan usaha tidak kenal menyerah untuk menjadi seorang blogger yang sukses walau aral selalu menghadang.
    Terima kasih atas berbagi ilmu dan pengalamannya ini Bang HH

    BalasPadam
  8. Sgt kagum dgn HH, u will always be my mentor in bloggersphere :)

    BalasPadam
  9. Tiada kejayaan yang datang bergolek, segalanya perlukan usaha dan pengorbanan...hanya yang cekal dan tidak berputus asa sahaja akan berjaya. Semoga HH terus maju jaya!

    BalasPadam
  10. ada usaha ada hasil. terpulang pada pemilik samada nak buat blog untuk suka2 atau dapatkan pendapatan. nak top memang susah tapi bila dah berjaya, baru kita rasa berbaloi dengan masa yang telah dihabiskan :)

    BalasPadam
  11. Saya faham usaha HH untuk beri yang terbaik kepada pembaca dan pengunjung blog ini apatah lagi blog HH lebih memberi tumpuan kepada panduan blogging. Sebagai seorang blogger, walaupun masih baru aktif dgn personal blog, but as a former fan blogger, saya berusaha untuk cari updates terbaru dan dari sumber yang sahih supaya saya tidak sebarkan sebarang gossip atau berita tidak sahih. usaha itu kadang2 orang tak pandang tetapi bagi yang tahu hargai usaha itu, saya sudah cukup berpuas hati.

    Terima kasih kpd HH sebab bnyk beri tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya mula kembali aktif dgn personal blog ni. Saya hargai segala usaha HH selama ini. Mungkin saya tak selalu komen disini tetapi baca blog HH sudah jadi kemestian untuk saya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement