Muat Turun Teks Ucapan #Bajet2014

Bajet 2014 telah pun selamat dipersembah dan dibentangkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Ada yang suka, ada yang tak berapa nak suka. Begitulah, seperti mana sebuah kehidupan, ada putih ada hitamnya. Dalam pemikiran, mungkin inilah hasil terbaik yang boleh diberikan oleh para pimpinan negara kepada rakyat yang telah memilih mereka.

Banyak perkara yang menarik dalam #Bajet2014 kali ini. Saya nak ulas panjang tidaklah pandai dan reti sangat, memandangkan saya hanya ambil mata pelajaran perdagangan hanya dari tingkatan 1-3 sahaja. Masuk IPT awam pun dalam bidang yang jauhhhhh daripada bidang yang membolehkan saya beri pandangan bernas mengenai #Bajet2014. Apa yang boleh saya kata, adalah pandangan kasar dengan ilmu yang tak cukup garam.

Perkara yang paling menarik perhatian tentunya sekali mengenai bonus kakitangan kerajaan yang akan diberikan pada awal Januari 2014. Itu satu perkhabaran gembira buat isteri saya. Sudah ada kira-kira sendiri dalam pemikirannya.

Yang kedua, ialah mengenai bantuan BR1M yang dinaikkkan serta juga bantuan khas untuk pesara kerajaan.

Dan yang ketiga, hmmm tentulah isu kenaikan gula. Satu kenaikan yang pada saya akan memarahkan lagi ramai pengguna Malaysia. Alasan kenaikan harga gula untuk kesihatan pada pandangan saya tidak praktikal. Mengapa? Kerana dengan kenaikan harga gula, semua produk yang samada ada gulanya 60% mahupun 0.06% tetap akan menaikkan harga.

Tak percaya? Cuba anda pesan Teh Tarik kurang gula. Adakah anda akan membayar harga minuman kurang daripada harga Teh Tarik yang memang dah banyak gula (susu). Ok, tak nampak sangat ... cuba pesan air Sirap kurang manis. Harga? Lain atau sama dengan pesanan biasa? Nak tak nak harganya tetap sama - kalau kekal samalah .. kalau dinaikkan .. tidakkah anda bayar lebih daripada sepatutnya sedangkan 'isi' dah kurang?

Jadi, saya tak berapa nak setuju sangat, melainkan ada mekanisma khusus untuk beri kelebihan pada mereka yang memang benar-benar nak kurangkan gula dalam makanan dan lebihkan manis dalam senyuman. Apa yang mereka dapat kerana usaha untuk kurangkan gula? Banding pula dengan mereka yang memang tak kisah pasal gula dalam makanan tetapi bising harga gula naik ....  fikir ni.

Ok. Banyak lagi perkara samada baik dan tak berapa baik boleh anda dapat, hanya setelah anda teliti teks ucapan #Bajet2014. Untuk itu, anda bolehlah muat turun teks ucapan berkaitan #Bajet2014 ini di pautan berikut: Teks Ucapan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri

Apapun, harapkan yang terbaik buat Malaysia. Dan semoga Allah S.W.T berikan kesejahteraan pada kita semua. In Sha Allah.


Muat Turun Teks Ucapan #Bajet2014

2 comments.. read them below or add one

Sukma Haron Sukma Haron October 26, 2013
malam ni makan kat rumah jer......huhu

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.